Keluarga Narsistik

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Ini kali pertama aku meluah dalam ni. Selama ni silent reader je. Harapnya confession aku diterima.

Aku Zulaikha (bukan nama sebenar), usia penghujung 20-an.

Apa yang aku nak cerita ni berkenaan keluarga aku. Aku ni antara anak yang paling terbuang dalam keluarga.

Mak aku seorang yang narsistik. Semua benda aku buat salah & tak kena di mata dia.

Dari kecik aku dibantai ditambah dengan bebelan. Kadang-kadang bebelan tu berlarutan sehingga berhari-hari atau berminggu-minggu.

Adik-beradik aku pulak semua tak suka aku. Mak aku hasut diaorang untuk benci aku.

Bila aku takde kat rumah, mak aku akan mengumpat pasal aku kat adik-beradik aku yang lain. Diaorang baik dengan aku sebab nak duit je.

Dalam adik-beradik, aku belum kahwin lagi. Gaji aku tak besar mana tapi selalu ada lebihan tiap bulan sebab takde komitmen besar.

Adik-beradik aku bila pinjam duit memang liat nak bayar balik. Bila aku mintak diaorang akan mengadu pada mak aku.

Maka mulalah mak aku kata aku mengungkit, ataupun ayat yang sllu dia guna,”mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita”.

Ya, aku tau tu. Kalau setakat pinjam sekali dua tak bayar aku paham. Tapi kalau dah banyak kali pinjam dengan jumlah yang banyak macam mana aku nak diam je.

Walaupun aku takde komitmen sangat tapi aku ada juga barang keperluan @ reward setelah penat bekerja.

Lagi satu, mak & adik-beradik aku suka ejek aku ‘anak dara tua’ atau ‘tak laku’.

Bila aku tak jadi berkenalan dengan mana2 lelaki, mak aku suka salahkan aku. Padahal aku reject lelaki tu bersebab. Takkan aku nak kahwin dengan orang yang panas baran.

Mak aku bila nampak je lelaki tu berduit terus dia nak terima jadi menantu walaupun perangai ntah apa-apa.

Ayah aku? Ada je. Tak berani nk melawan mak aku. Sebab dia pun sama kena bebel tak boleh salah sikit. Kadang-kadang aku kesian tengok ayah aku. Tapi tulah nak buat macam mana.

Di bulan puasa ni korang tolong doakan keluarga aku ni berubah ya.

Oh lagi satu, baru ni aku ada mohon kerja di luar negara. Tolong doakan aku dapat kerja tu. Mana tau bila aku berjauhan nanti baru keluarga aku sedar yang aku ni berharga.

Terima kasih baca confession aku & maaf kalau tak best sebab first time tulis kat sini.

– Zulaikha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *