Kemaafan

Assalamualaikum… selama ni aku seorang silent reader di page ini. Banyak sebenarnya kisah-kisah hidup aku yang aku teringin nak kongsikan tetapi niat aku selalu terhalang kerana merasakan kisah aku tidaklah hebat dan tidak sesuai untuk diceritakan. Tetapi hari ini aku tergerak hati untuk berkongsi sesuatu.

Dahulu waktu di zaman baru kenal dunia aku macam korang jugak, pernah sukakan seseorang dan dikecewakan. Perkara normal kan? Betul tak? Bezanya, aku seorang yang sukar untuk memberi kemaafan. Boleh dikatakan aku ni seorang pendendam. Tapi aku bukan jenis yang balas dendam..

Bila putus cinta mesti hati kau kosong kan? Nak rasa sedih pun tak rasa. Makan tahun juga hati aku kosong masa tu. Aku senyum di luar aku gembira diluar tetapi dalam diam aku menangis. Semua ni mesti orang putus cinta pernah rasa kan? Lagi-lagi yang dah bertahun-tahun bercinta. Masa tu kalau korang nak tahu aku memang tak maafkan dia langsung dan siapa-siapa yang buat aku kecewa… Aku fikir biar lah aku tak maafkan mereka biarlah dia terseksa. Tetapi korang nak tahu, kot-kot dia tak fikir langsung apa-apa pasal kau dan takde rasa bersalah pun sebab dia rasa dia betul. Dia yakin dengan diri dia. Lama-lama kau yang makan hati sorang-sorang.

Korang yang sakit hati fikir taknak maafkan dia la ape la tapi dia? takde apa-ape weyh. Aku dulu pelik bila orang cakap bila maafkan orang kita jadi lagi tenang. Aku macam aik tenang ke? Orang tu yang salahkan dah sakitkan hati kita, ingat senang-senang ke nak dapat kemaafan kita, yang lagi teruk tu takde rasa bersalah dan tak minta maaf kat kita langsung. Kenapa kita pula nak sibuk-sibuk maafkan mereka?

Walaupun aku dah lama tak kontek dia tetapi hati aku kosong je. Tetap taknak maafkan. aku kaple dengan orang lain tapi hati aku takde kat org tu. Kau bayangkan lah. Pastu bila aku kaple dengan orang lain asyik putus je sebulan kaple putus. 2 bulan putus. semua tak kekal masa tu. Lepastu aku pertikaikan kenapa aku tak dapat2-dapat lelaki yang betul2 sayang aku?? Kenapa susah sangat? Kenapa aku asyik-asyik kecewa?

Tapi aku tak sedar masa tu aku pun ada lukakan hati orang lain jugak sebab kan masih ingat kat dia. Punyelah bodoh aku masa tu teringat-ingat lagi. Tapi 1 prinsip aku pegang aku takkan patah balik pada orang yang buat salah dekat aku. Sebab bagi aku nanti jadi balik benda yang sama penyebab putus tu ulang-ulang je. Sebab ada beberapa orang yang kau kenal diorang selalu teringat cinta lepas-lepas sampai sekarang tak kemana.

Lepastu kan sampai ada satu masa tu aku konon macam dah jumpa orang yang betul-betul sayang aku . Hari-hari contact aku. Kitorang pjj time tu. Hari-hari gayut. aku pun dah dibuai2 mimpi.. serius cakap pertama kali masa itu ada orang yang konon betul-betul ikhlas nak dekat aku. (dalam masa yang sama aku tak maafkan dia dan tak maafkan ayah aku jugak. Lupa nak beritahu aku marah dengan ayah aku sampai tak contact lama dan aku bawa diri masa tu)

Sampai lah suatu hari kitorang jumpa lepas 2 bulan kenal. Semua okay masa tu so aku lagi la gumbira dan ada rasa riak la konon.. tapi korang nak tahu? Lepas jumpa tu dia okay. Tapi seminggu lepastu TUP! drastik dia hilang tanpa dikesan weyhhh.. tanpa sebab tanpa musabab tiba-tiba hilang macam tu sahaja. Aku call nombor tak dapat dihubungi. Aku ingat lagi masa tu dia cakap dia nak pergi sembahyang dan akan mesej aku sekembalinya. tetapi lama aku tunggu tiada khabar. Aku sabar lagi, aku tunggu sampai 2 hari. Tiada khabar. Aku dah pelik, nak kata aku ada masalah dengan dia, aku positif tiada gaduh langsung. Korang bayangkanlah hari-hari contact tiba-tiba senyap tanpa sebab apa perasaannya? Dan aku terkelu terkejut semua ada.

Aku cari-cari dia. masa tu facebook pun bukan popular sangat kan? Aku pun bukan kenal sangat kan jumpa sekali sahaja. Aku korek-korek akhirnya dapat cari dia. Tetapi yang pelik dia buat-buat tak kenal aku bila aku call. Ko nak tahu dia rupa-rupanya dah kahwin! Terkejut gila aku masa tu. dah la sebelum tu aku pernah kena tipu dengan kekasih orang, tunang orang, sampai siap aku cakap lagi, janganlah pula aku kena tipu dengan orang yang dah berkahwin. Tapi last-last jadi jugak.

Masa tu aku kecewa sangat. aku fikir kenapa Allah buaat aku macam ni? Apa dosa aku? Aku luahkan dekat kawan baik aku. Dan dia tag aku di facebook dekat satu gambar yang buka mata aku tentang segalanya.

Dalam gambar tu ada madah(kata2 hikmah) yang aku ingat gambar tu tulis, kenapa kita dah rasa bahagia gila-gila tetapi kenapa Allah tarik sekelip mata?

Kau nak tahu apa sebabnya?

Walaupun kita rasa semua baik-baik kenapa Allah tarik orang yang kita sayang

Sebab kita tak maafkan orang ! Kita ada simpan dendam dengan orang sekeliling kita!

Macam aku masa tu aku tak maafkan ayah aku

Aku tak maafkan orang yang kecewakan aku

TUP! Terus aku terkedu. Aku terus rasa hinanya aku di sisi Allah. Memang la orang yang hilangkan diri tu tiada kaitan langsung dengan orang-orang lain, tetapi Allah nak memberi peringatan pada kita. jangan kita persoalkan. Allah lebih tahu, Allah nak didik kita atas dunia ni. ingat, akhirat yang kekal . Dunia ni ujian. Bila kita tak maafkan seseorang ibarat kau tak redha dengan kuasa Allah.

Sedangkan Nabi maafkan umat? Siapa kau tak maafkan orang?

Aku ni memang orang paling pendendam. Aku ingat apa orang buat dekat aku. Tetapi tak semestinya bila kau maafkan kau kena kembali pada orang tu.

Aku selepas baca quotes tu baru aku maafkan bapak aku dan semua orang. Aku call bapak aku yang selama ini aku dendam buat bodoh buat sombong aku nangis-nangis cakap aku minta maaf, dan aku call dia jugak setelah 2 tahun aku move on. aku cakap aku dah maafkan dia. Dan aku pun minta maaf. Dan kisah itu berakhir akhirnya di situ. Kau tahu apa aku rasa masa tu?

Rasa legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lepas tu aku rasa ketenangan. Aku rasa ‘clean’. Hati aku yang kosong dah ade isi balik. Bukan isi cinta pada manusia tapi pada Allah. Allah pulangkan balik hati aku tak payah aku tunggu cinta manusia. Korang tak rasa ke kalau aku masih lagi simpan dendam pada orang kalau aku masih lagi tak memaafkan orang aku akan kehilangan orang yang betul-betul ikhlas dengan aku? Sebab tu aku banyak kali cakap pada kawan -kawan aku, jangan pandang belakang, jangan toleh, yang dah lepas tu lepaslah bagi peluang untuk masa depan.

Allah tak kejam, kita yg kejam pada diri kita

Takdir semua orang tak sama. Jalan hidup aku macam ni, jalan hidup korang macam tu. Jangan fikir aku dapat yang baik bila buat macam tu, tetapi bila kau pula buat kau tak dapat yang baik pun? Jangan fikir macam tu. Fikir Allah Maha Besar dan Maha segala-segalanya…

Daripada
-Athrun-

– -Athrun-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit