Kembalilah

Bismillah.. Aku bukan lah yang terbaik.. Tapi aku sedang mencuba. Dan aku harap orang lain pon begitu..

Pertama nya biarlah aku dahulukan dengan ayat tersebut sebab tujuan aku menulis bukan lah untuk mengaibkan sesiapa.

Tapi hanya sekadar sebuah teguran buat semua ibu dan ayah muslim muda terutamanya termasuk lah diri aku sendiri.

Dan kenapa disini? Bukan di wall aku sendiri? Sebab aku tahu di sini lebih ramai yang akan membaca dan dapat manfaat dan disini sifat nya lebih umum bukan ditujukan pada sesiapa secara khusus..

Kawan…. Kembali lah pada Islam yang sebenar..

Kembali lah.. Demi anak-anak. Aku terpanggil untuk menulis apabila terdengar ayat dari khutbah jumaat semalam.

Aku rasa ramai yang mendengar khutbah yang sama memandangkan teks negeri selalunya seragam dibawah jabatan agama..

Khutbah mengisahkan perihal membesarkan anak dengan cara Rasulullah.. Cliche kan? Tapi percaya lah kawan, perkara ini tak boleh dipandang ringan.

Dalam panjang isi khutbah aku cuma nak highlight mengenai ibu bapa sebagai contoh terdekat anak2.

Bab kata khatib semalam, kalau kita tak tutup aurat dengan sempurna, mana mungkin anak mahu menutup aurat dengan sempurna.

Kalau kita berkata-kata masih tak elok, mana mungkin anak boleh berbahasa dengan elok.

Kalau kita kurang adab, mana mungkin anak akan beradab..

Allah.. Seakan terpanah dengan kata-kata khatib ini saat aku mendengarnya. Teringat masih ada lagi yang terkurang banyak dalam diri ini dan masih banyak yang perlu diubah.

Jadi mari lah kawan. Kembali lah pada ajaran islam sebenar.. Terutama pada yang sudah bergelar ibu bapa dan punya anak kecil.

Kalau bukan kita siapa lagi. Kalau bukan sekarang bila lagi.

Anak-anak kita melihat tingkah kita, melihat tutur kita. Ingat, kita bakal mencorak anak kita. Sama ada jadi seni atau contengan.

Sekian..

Yang masih mencuba jadi baik,

– Ver (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *