Salam, terima kasih kalau approve confession ni. Sebenarnya nak tulis sejak raya haritu tapi busy dengan kerja lain, hari ni baru sempat nak menaip.
Nama aku Nini, baru berusia 32tahun. Muda lagi tu, aku selalu perasan yang diri aku muda tak salah kan. Confession aku bukanlah pasal suami idaman ke apa cuma aku terfikir kenapa jodoh aku tak sampai-sampai. Conclusion aku ialah mak bapak aku. Jodoh aku tak sampai-sampai mungkin sebab mak bapak aku. Macam serious je bunyinya kan, tapi aku rasa itulah antara salah satu punca utama.
Aku ni anak bongsu dari 8orang adik beradik. Aku sorang je yang solo, yang lain dah beranak-pinak dah semua. Semua berkerja dan merantau serata Malaysia, cuma aku je kerja yang paling dekat dengan kampung. Dekat pon takda lah dekat sangat, kalau nak balik kampung tu dalam 2jam setengah lah jugak. Aku akan balik kampung sebulan sekali lepas gaji sebab boleh lah hulur sikit-sikit kat mak bapak aku. Kerja aku ni kerja-kerja biasa je, gaji pon kurang dari RM2k, belum ada rezeki nak dapat kerja gaji tinggi agaknya. Tapi alhamdulillah setakat ni tak pernah tak cukup makan, aku mampu bagi mak bapak aku duit setiap bulan, dan aku pon dah berjaya beli rumah sendiri hujung tahun lepas.
Kalau nak cerita pasal adik beradik aku ni, rasa macam buka pekung didada pulak. Tapi takpa lah kot sebab aku bukan bagi nama sebenar dan mungkin orang tak kenal pon. Adik beradik aku balik kampung setahun sekali je. Ye diorang balik waktu hari raya je. Aku ada 2 orang abang, mereka berdua je yang balik ikut giliran dan yang perempuan semua TAK PERNAH balik beraya raya pertama sejak kawin. Yang perempuan semua akan balik raya ke2 atau seminggu lepas raya. Itu pon tidur satu malam je lepas tu terus balik. Dan aku rasa dah berbelas tahun kot mak bapak aku tak pernah jumpa menantu-menantu lelaki diorang sebab menantu-menantu diorang ni tak pernah ikut bini-bini diorang balik kampung. Tu menantu ke hantu aku pon tak tahu. Mak bapak aku malas nak bising-bising sebab tu hal rumah tangga diorang, asalkan diorang bahagia.
Mak bapak aku ni jenis “takpa lah takpa lah”, jenis malas nak bising-bising tapi makan dalam. Dulu mak aku takda bercakap pon pasal hal-hal ni tapi sejak dah tua-tua ni banyak pulak sesi luahan hati kat anak bongsu dia ni. Aku pon dengar jelah. Ala kalau dia tak cakap pon aku sendiri boleh nampak dan faham kot. Anak-anak semua berjaya tapi menghulurnya tiada. Bukan penting sangat duit tu tapi tanda ingatan tu yang penting. Telefon pon jarang, kalau ada hal penting baru telefon. Kalau bab-bab nak pinjam duit rajin pulak telefon. Kalau tak menghulur tu takpa jugak tapi ni siap meminjam. Abang aku sorang ni ada pinjam RM20k kat mak aku 8tahun lepas tapi sampai sekarang tak bayar-bayar. Mak aku telefon nak tanya khabar dia mesti tak jawab, dia ingat mak aku nak mintak hutang agaknya.
Musim pilihanraya haritu abang-abang aku ni rajin berkempen. Berpolitik tu bagi aku boleh tapi tak payah lah sampai mengguris hati orang tua. Orang tua ni kalau dah sokong satu pihak ni dari perpuluh tahun dulu, tak payah lah korang nak berkempen habis-habisan. Sampainya hati diorang kata mak bapak diorang bodoh. Aku tak suka politik, aku tak balik mengundi pon sebab semua politicians sama je tak boleh percaya. Mungkin tak berkat sebab kecilkan hati mak bapak, sorang abang aku ni kena buang kerja sebelum raya haritu. Semua tak tahu pon, tapi dia sendiri yang termeletup dalam insiden satu hari sebelum raya.
Insidennya ialah abang aku ni patutnya balik kampung wife dia tahun ni tapi tiba-tiba muncul pulak sehari sebelum raya. Mak aku tak sihat dan tak boleh buat kerja berat dah lama dah, so memang aku jelah yang buat kerja sorang-sorang non-stop. Mak aku tanya lah kenapa balik sebab mak aku memang tak buat persediaan apa-apa just sikit-sikit je untuk 3beranak. Dia jawab takkan balik pon salah. Aku tak pernah tengok mak aku meletup macam ni sebelum ni. Mak aku cakap memang tak salah tapi cuba lah bagitahu awal-awal, boleh lah perlahan-lahan sediakan apa yang mampu. Tengok adik kau tu kesian buat kerja sorang-sorang tak berhenti dari semalam (aku balik 2hari sebelum raya). Bini dengan anak-anak kau bukan reti nak buat kerja, sampai je terus terkangkang depan tv. Pergh terkejut aku dengar. Ye memang diorang tak pernah tolong buat apa-apa pon selama ni. Memang aku dan mak aku je yang buat semua. Tahun-tahun yang lepas mak aku masih larat lagi nak buat kerja sikit-sikit, cuma tahun ni dia tak berdaya sangat.
Abang aku pon meletup lah, dia cakap dia tengah susah takda kerja siapa pon tak tahu. Aku dengar je sambil mop lantai, dalam hati aku dulu bukan ke kata kalau pihak tu menang hidup akan senang. Dia bertekak dengan mak aku lepas tu terus start kereta dan blah tak kemana. Tinggal lah wife dan anak-anak dia yang still tak reti nak mencari kerja. Anak-anak dia dah bujang dan anak dara kot bukan budak kecik. Yang anak dara tu dah form3 still nak minum pon suruh maknya buat. Facepalm lah ini punya keluarga. Dah kecoh-kecoh tu, bapak aku pulak yang akhirnya pegi sapu dan bakar sampah keliling rumah. Bapak aku dah umur 80 lebih kot! Eloklah tu, anak blah tak kemana, bapak yang buat kerja. Kira kecoh lah sehari sebelum raya tahun ni.
Hari raya kan, semua bermaaf-maafan di pagi raya. So raya pertama dan kedua tenang-tenang saja. Masuk raya ke-3, baliklah kakak-kakak aku dan anak-anak mereka. Bertambah sengsara lah hidup aku sebab diorang ni pon jenis tak reti nak buat kerja. Mungkin salah mak aku jugak sebab dulu-dulu memang dia tak pernah suruh kakak-kakak aku ni tolong. Tapi masing-masing ada otak kot! Dulu mak kau ni sihat, sekarang dah tak larat. Oh takpa, ada adik bongsu merangkap maid boleh buat semua kerja.
Dah berkumpul semua, bapak aku ada announcement penting tahun ni. Aku dah tahu lama dah sebab aku sorang je yang balik kampung kan setiap bulan. Ayah aku cakap umur dia dah 80tahun lebih so dia dah jumpa peguam dan buat hibah apa yang perlu. Yelah nanti kalau meninggal senang sikit urusan. Dia hibahkan rumah dan tapak rumah kepada mak aku (fyi rumah banglo tu bina guna duit mak aku 80%). Mak aku dulu ada meniaga makanan so dia ada banyak menyimpan tapi dah habiskan duit tu untuk buat rumah tu. Tiba-tiba abang aku boleh cakap, peguam boleh lawan peguam. Dia boleh hire peguam untuk lawan peguam bapak aku, wtf bro! Bapak aku terdiam, tak sangka anak dia boleh cakap macam tu. Lepas tu abang aku boleh pulak kemas-kemas barang terus blah.
Bapak aku ni jenis tak banyak cakap, tapi haritu memang dia cakap semuanya dari A to Z. Cakap tentang pengorbanan mak aku dari baru kawin sampai sekarang, cakap pasal kakak-kakak aku yang tak sedar diri. Tetiba aku jadi heroin, aku rasa aku bukan lah baik mana pon tapi dia cakap aku sorang jelah yang boleh harap, yang rajin balik kampung. Setiap kali balik kampung akan sapu sampah, kemas rumah semua sebab mak dah tak larat nak buat kerja. Aku sorang jelah yang menghulur setiap bulan. Baju abah, baju mak, adik kau ni yang beli. Tu kuih raya adik kau jugak yang beli. Dah lah tak berjasa, sanggup korang nak halau mak korang?
Terdetik dihati aku masa tu mungkin inilah sebab kenapa jodoh aku tak sampai-sampai. Mungkin tugas aku untuk menjaga mak bapak aku masih belum selesai. Kalau bukan aku, siapa lagi? Allah dah tetapkan untuk aku jaga mak bapak aku selagi hayat masih ada. Takpa lah, kalau adik beradik aku sanggup nak halau mak diorang, aku masih ada untuk jaga dia. Korang nak berebut harta yang tak seberapa tu korang rebut lah. Aku dah ada rumah sendiri walaupon hanya rumah kecik je. Selagi hayat aku masih ada, insyaallah aku akan berbakti pada mak bapak aku.
– Nini
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit