Kenapa lelaki??

Saya buat confession ni sebab saya masih confuse dgn apa yg terjadi.. kenapa seoranv ibu lebih mementingkan anak lelaki drpd anak perempuan?? Padahal jelas bila saat seorang ibu meningkat umut dan tak larat lg pasti anak perempuan yg akan merawat seorang ibu itu.

Hal ini terjadi kepada saya, saya 3 beradik. 1 perempuan (saya) dan 2 lelaki(abang dan adik). Ibu lebih mementingkan abang dan adik lelaki.. saya tak kesah dan tidak peduli klu ibu meminta saya buat kerja rumah atau hidangkan makanan utk abang yg baru pulang kerja atau adik lelaki saya baru pulang sekolah. Sebab saya tau itu kewajipan saya sebagai seorang anak perempuan.

Saya cuma inginkan perhatian dan kasih sayang dr ibu. Sem ni saya dapaat menjadi salah seorang dean list (Alhamdulillah) tak macam sem lepas. Saya happy sgt.. saya pun ingin berkongsi bahagia dgn ibu. Tp ternyata ibu tak peduli pun malah terus berdiri dan pergi ke bilik adik lelaki saya. Saya berfikir mgkin ibu tak dgr. Saya beritahu ibu lg tntg result saya tp ibu mula masam muka dan cakap ke saya ‘berapa kali nak cakap. Ibu dgr lah. Kesian adik awak tu tak dean list. Siap kena repeat. Kenapa nak ckp ibu berkali2. Saja nak sakitkan hati adik awak ke?’ Sata terkedu dan terdiam. Setelah lama berfikir mgkin betul jga kata ibu.. mgkin adik saya terasa hati.

Malam ni saya tidur dgn ibu niat nya ingin bermanja dgn ibu setelah setahun pemergian ayah.. ibu asyik dengan telefon bimbitnya.. saya pon tgk lah facebook. Tgk video2 resepi supaya dpt menarik perhatian ibu saya. Dan ternyata ibu sedang whatsapp dengan adik saya sebab hari ni adalah ulang tahun adik yg ke 20.. dan utk pengetahuan semua ibu tak pernah ingat ulang tahun saya even umur saya skrg ???.. dan setelah selesai ibu whatsapp dgn adik saya dia terus tidur.

Kadang2 saya rasa saya cuma penyebuk je dgn keluarga bahagia dorang.. cuma sebagai watak tambahan yg klu kat drama2 dapat rm50. Masalah ni pernah terjadi ke kat korang?? Korang rasa kenapa seorang ibu tu terlalu sayang ke anak lelaki berbanding anak perempuan?? ???

– -sis yang mencuba positif-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit