Kenapa Mereka Kejam?

Assalamualaikum semua.. Pagi ni mata aku bengkak. Semalam 2 jam aku dok tengok video2 tentang pengeboman rejim israel terhadap palestin. Menangis semalaman..

Aku rasa sedih. Kenapa mereka kejam? Memang tiada sifat kemanusiaankah? Seharian fikiran aku terganggu..

Dan aku buat 1 anggapan. Mungkin mereka sudah diterapkan dari seawal umur 1 hari untuk dehumanize rakyat palestine. Mungkin.

Satu persatu aku cuba ingat. Apa yang aku lalui selama aku hidup ni. Ye. Aku nampak macam mana didepan mata aku cara dehumanize tu buat.

Begini ceritanya. 3 hari lepas, aku lalui kehidupanku seperti biasa, mencuba sedaya aku sebagai manusia, yang dikurnia ilmu perubatan, memberi perawatan sebaik mungkin. Aku panggil satu nama ini, umur 3 tahun. Budak perempuan.

Dari rekod, 2 hari lepas beliau sudah datang, dapatkan rawatan dengan doktor lain, diberi nebulization disebabkan batuk yang semput. Ibu ayah dan budak tu tak pakai mask. 

Mata si kecil memandangku, seperti marah bercampur takut. Dia menyebut sesuai. Pelat tapi aku rasa aku boleh tahu apa dia cakap. “Nak pukul doktor”, berulang kali.

Aku rasa macam pendengaran aku dah kurang kot, ke aku yang tersalah dengar.

Aku tanya si ayah (yang mana sudah duduk di kerusi pesakit di penjuru meja, anak dipimpin tangan disisi ibunya). 

Si ayah senyum dan buat2 gelak “dia cakap dia nak pukul doktor, sebab hari tu dia dapat neb”-jawab ayahnya.

Tiada langsung teguran kepada anaknya.. seperti mengiyakan ayat yang keluar dari anak sekecil itu kepada orang asing yang pertama kali dia jumpa.

Aku terpinga-pinga. Apa salah doktor sebelum itu? Ada cucukkah? Salah treatment kah? Jahatkah?

Dalam 2 saat pertanyaan tu ada dalam kepala aku + aku cuba tenangkan diri dari sifat amarah, terkejut dan sedih.

Mungkin itu apa aku rasa tapi aku jadi speechless 2 saat tu. Memang aku pernah hadap benda ni dulu. Dalam 1000 pesakit, jumpa la jugak 1-2 macam ni..

Perihal kesakitan, situasi sekarang, pemeriksaan penuh anaknya (sambil aku cuba beramah mesra dan memujuk si kecil tu)

Dan apa tujuan dapatkan rawatan hari ni sudah aku ambil dan aku bagi kesimpulan setelah bandingkan rawatan doktor sebelum ni dengan apa yang ayahnya cerita, doktor tu sudah membantu anaknya. 

Dengan hanya bagi nebulization dan ubat. Tiada cucuk ambil darah, tiada cubit or dera anak mereka. Datang untuk review gejala sahaja. Dan anak mereka sudah sihat dan hanya sedikit berkahak.

Anak 3 tahun tak belajar perkataan pukul tu dari rahim. Anak 3 tahun tidak tahu, (belum mumayyiz) untuk beza mana betul dan salah, apa baik dan buruk.

Jadi dari mana dia dapat ideation tu untuk mencederakan orang asing yang telah mengubatinya?

Aku bukan nak perbesar hal ini. Tapi apa yang si ayah dan ibu buat tu, betul ke?

Menganggap betul ke untuk pujuk anak yang di neb (bukan invasive procedure), ajar ayat dan perbuatan dengan menyakiti orang yang membantu mereka. (Macam apa zionist buat kan?)

Budak tu tak cubit aku pun sebab aku dengan nada pura2 gelak menegur salah apa yang disebut anak mereka.

Mungkin ibu bapa tu tak tahu or dah diajar dari kecil juga yang doktor2 ni jahat, bukan manusia, zionist, pembunuh dan teruk tapi kau kena dapatkan bantuan mereka.

Kalau betul mereka sudah tegur semasa di rumah, budak tersebut takkan sebut benda tu depan aku.

Aku tahu lah sebab aku ada anak kecil 3 tahun juga. Explanation yang betul dan teguran yang betul boleh ubah persepsi si kecil dalam masa 2-3 minit sahaja.

Anak2 kecil ni umpama kain bersih dowh. 2 hari kat rumah dok ulang ayat sama la tu sampai dah ada mindset macam tu..

Ianya kecil tapi bayangkan, aku, 1 dari 10,000 doktor dalam malaysia jumpa juga benda yang sama. Sudah ada 10,000 manusia pemikiran yang sama,

Dan generasi2 ni juga kelak yang akan mewarisi kita, mereka berhimpun dah mengasimilasi pemikiran begitu- orang yang membantu patut dibalas dengan kekejaman dan kecederaan-

Dan itu hanya 1 ajaran dari sejuta ajaran lain.

Apa ajaran kita pada anak2 tentang menghormati guru2 (mengajar dan membentuk bangsa), pada polis2 (menjaga keselamatan negara), dan juga banyak lagi bidang2 lain yang turut membantu sesama manusia?

Aku takut dengan dunia sekarang. Aku takut apa anak2 aku bakal lalui…

Dan lagi sekali, aku sambung menangis…

Respond pada kisah aku ini, aku tahu mungkin ada yang tak setuju, siap kecam aku ke, yela budak kecik je pun, anxious sangat aku ni kot.. Aku cuma utarakan betapa aku risau..

Dan kerisauan ni aku nak ingat selama-lamanya dan aku nak terapkan dalam hati anak2 aku dan pembaca yang memandang positif luahan ini, supaya kita ingat selalu.

Kita yang bina diri kita, kita yang bina diri anak2 kita. Kita yang bina bangsa. Dan kita sayang masa depan keturunan kita..

Didik mereka cara betul dan didik hati kita juga untuk berfikiran positif, dan hidup dengan telus..

Tapi aku tak pukul rata… Banyak lagi aku jumpa ibu bapa yang sangat bagus..

Hati aku terpujuk kemudiannya sebab ada 2 budak girl later that day bagi aku stickers yang comel tanda berterima kasih dan sangat sopan dan cerdik. Tahniah buat ibu bapa mereka…

Dan itu satu punca semangat aku untuk terus menerus membantu memberi perkhidmatan terbaik buat yang memerlukan, dan bagi aku semangat juga untuk share luahan yang kecil tu.

– Doktor Manusia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Sebagai seorang mak anak perempuan aku ajar anak mesti dekat dengan mak. Kalau melompat berlari lari di khalayak umum sampai tak nampak depan mata memang aku akan jadi mak singa.

    Sebab aku pernah kena situasi aku dituding jari atas sesuatu walaupun itu kesalahan lelaki. Bila aku berdepan orang macam ni aku risau bukan apa kalau apa apa jadi pada anak takut semua diam tak bersuara.

    Lagi-lagi kalau takde depan mata aku. Anak aku comel esok membesar akan terbonjol dada dan pinggul. Jadi memang aku ajar rapat dengan aku, mak aku dan adik perempuan aku. Aku memang jenis kalau adik lelaki aku usik anak aku jam jam tu juga aku nyahkan keluar. Even kalau nak tinggalkan ada mak dan adik lelaki sahaja untuk tempoh lama pun aku akan sedaya upaya upah kiddocarer. Means itu orang berkecuali yang takkan sebelahkan adik lelaki aku kalau dia buat salah. Sesuailah dengan umur anak aku untuk aku control sedemikian rupa. Tak pernah sekali aku bagi anak aku naik kereta dengan adik lelaki aku sendiri. Inikan pula doktor guru polis. Kalau kau pernah dengar cerita Monalisa Smile ada satu ayat yang kata even gentlemen have dicks ya. Itu beza lelaki dan wanita. Sebab itu aku kalau dengar suami tak mesra dengan isteri dan ada anak perempuan better cerai je. Bukan sebab takut ada perempuan lain ke poligami ke tapi takut haruan makan anak. Laki minat ramai perempuan tak takut dik non, laki minat kanak-kanak itu baru seram ya. amat.

  2. Tak boleh samakan budak kecil dengan orang dewasa yang perang libatkan budak kecil. Budak kecil bukan boleh fikir. Mungkin kau seperti satu threat sebab ambil nebulizer memang kebanyakan budak tak suka pun. Takdenya budak tu nak membesar pergi attack orang pula. The small child is just being defensive because you are inconveniencing him or her. Dia tak pandang pun doktor treat dia sebagai satu help. Dia rasa tak selesa tak best mood tak ok dia marah lah. Sama je budak nak pergi cucuk tak pelik pun kalau meronta ronta satu klinik jangankan doktor dia marah dengan mak bapak semua dia marah. Takde kaitan budak banyak perangai takut doktor dengan perang dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *