Sering Dihina & Dikecam

Saya merupakan seorang penghidap social anxiety disorder (moderate) dan ADHD (mild). Kesan ada kekurangan ni, saya sering disalah faham, dimarahi, dihina dan dikecam oleh ramai orang.

Sejak kecil pun dah biasa kena dari mak ayah dan guru² tapi masa tu mestilah tak tahu lagi yang saya ada social anxiety dan ADHD ni. Bila dah besar dah 20an baru pergi jumpa doktor.

Walaupun social anxiety disorder dan ADHD ni 2 benda yang berbeza tapi ada persamaan sedikit. Social anxiety ni sebenarnya kerisauan terhadap apa sahaja situasi sosial dan apa sahaja yg melibatkan pandangan manusia.

ADHD ni pula ada 3 jenis, yang pertama hyperactive, yang kedua inattentive dan yang ketiga combination type. Saya jenis inattentive.

Saya jadi macam blur dan lambat tangkap apa benda yang orang cakap atau apa benda yang saya patut buat sebenarnya. Orang yang ada ADHD jenis hyperactive pun selalu salah faham dan meluat dengan saya.

Jadi apa bila social anxiety dan ADHD inattentive tu bergabung, menyusahkan saya untuk berada dalam situasi sosial dan untuk bersosial. Saya rasa takut, selalu mengelak dan nak melarikan diri dari situasi sosial.

Bila saya cuba untuk bersosial pun, saya akan jadi pelik dan kekok. Semua perbuatan saya nampak pelik.

Bila saya cuba tanya soalan, bila saya cuba meluahkan perasaan, bila saya cuba nak memberi pendapat, bila saya cuba nak terangkan situasi saya, bila saya cuba nak pertahankan diri semuanya nampak pelik sebab ayat yang saya cakap atau saya tulis di media sosial semuanya nampak pelik.

Ayat yang saya tuturkan akan jadi meninggi seolah² saya nak cari gaduh ataupun terlampau merendah macam tak ada keyakinan diri sedangkan saya hanya takut. Gaya bahasa penulisan saya juga akan jadi sama ada terlampau defensif atau terlampau pesimistik.

Orang yang tak memahami atau tak cuba nak memahami saya akan terus menyalahkan saya, menghina dan mengecam saya. Kebanyakkan orang akan kata yang saya ni lembab, bodoh, nampak macam penipu, berpura² dan hipokrit.

Ada yang kata saya ni terlampau pemarah dan defensif. Ada yang kata saya ni tak beradab, biadab atau toksik. Semua ni berlaku kesan dari saya punya ADHD dan social anxiety.

Sedangkan apa yang saya hanya cuba buat ialah untuk cuba nak bersosial dan rasa diterima dalam situasi sosial.

Orang sekeliling, saudara mara, doktor² semua suruh dan nasihatkan saya untuk bersosial tapi bila saya cuba bersosial, semua pengalaman buruk je yang saya hadap.

Orang² yang suruh saya bersosial tu pun bukan tahu apa yang saya hadapi dan silap² kalau mereka tak kenal saya, mungkin mereka pun akan menilai saya sebagai orang yang tak beradab juga, mungkin mereka pun akan hina dan kecam saya juga.

Ini sebab mereka kenal saya, jadi mereka cuba untuk bersabar dan memahami saya walaupun mungkin mereka sendiri rimas dan tak suka saya.

Apa salah saya sebenarnya? Saya selama ni diam dan selalu mengelak dari bersosial tapi orang kata saya sombong dan bodoh sombong. Bila saya cuba bersosial tapi orang kata saya tak beradap pula.

Apa yang saya patut buat? Bukan mudah untuk saya berubah jadi macam majoriti manusia lain yang senang dan pandai nak bergaul dalam masyarakat. Saya terseksa sebenarnya. Saya ingatkan apa yang saya buat tu betul tapi rupa²nya salah dan orang tak suka.

Saya sentiasa hidup dalam kerisauan, teragak² dan tertanya² sama ada ‘betul ke apa yang saya buat, cakap dan tulis ni?’. ‘Sama ke apa yang saya fikir dengan apa yang saya cuba sampaikan ni?’. ‘Orang akan salah faham, menghina dan akan mengecam ke nanti?’. Saya jadi penat fikir macam ni.

Sejak saya tahu yg saya ada penyakit ni, kelebihan yang saya ada ialah saya mudah nak memahami dan jadi empati pada orang lain.

Saya tak mudah nak menilai seseorang berdasarkan apa yang mereka pamerkan kali pertamanya. Saya sentiasa memberi ruang untuk ada sifat tanda tanya supaya tak cepat sangat menilai seseorang.

Dulu sebelum saya tahu yang saya ada penyakit, saya pun termasuk dalam golongan pemikiran berkelompok.

Pemikiran berkelompok ni contohnya bila ada orang (A) buat salah dan ada satu orang (B) ni kecam orang (A), ramai² kelompok orang lain (C, D, E hinggalah Z) akan mengikut jejak langkah (B) untuk mengecam (A).

Sedangkan rupa²nya orang (A) tak salah tapi mungkin kerana dia ada masalah dalaman contoh masalah mental atau perbuatan dia tu di luar kebiasaan norma masyarakat, akhirnya dia dikecam.

Tapi sebenarnya bukan mudah untuk berubah dari ada pemikiran berkelompok dan menilai seseorang ni bila tinggal dalam komuniti yang ada pemikiran berkelompok. Bila kita ada pandangan yang berbeza dari orang lain, orang akan pandang serong dan kecam juga.

Kekurangan penyakit saya ni macam biasalah akan disalah faham, dihina dan dikecam tanpa sebab.

Banyak mana saya belajar ilmu sosial atau berapa kali saya pergi terapi pun tetap saya susah untuk memahami corak pemikiran majoriti orang, tetap saya susah untuk diterima dalam kehidupan masyarakat, tetap saya susah untuk bersosial.

Saya akan sentiasa jadi kambing hitam untuk dikecam sebab saya ni hanyalah kelompok minoriti.

Golongan tua akan kecam sebab saya tak beradab, golongan pertengahan akan kecam sebab anggap saya hipokrit dan toksik, manakala golongan muda akan kecam sebab saya ni pelik dan ketinggalan zaman.

Saya dah sah² ada masalah. Anda semua yang menilai ni bagaimana pula?

– Peluah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Anon… dont worry and dont think too much… just let them be… That is human.. we cant control them.. just think youre special for you to love yourself

  2. Cara penulisan dalam ni elok je tersusun teratur. Tapi kau tulis gaya penulisan kau nampak pelik. Tidak. Elok sahaja penulisan kau. Sangat teratur! Kau cuma anxiety risau dan judgemental terhadap diri sendiri. Over thinking yang tak perlu. Jika mampu menulis luahan dengan baik. Itu bukti kau mampu bersosial dengan baik. Orang narsistik sahaja tidak mampu meluah jujur perasaan dan pemikiran mereka kerana mereka sentiasa nak control dan manipulate everything. Kau cuma anxiety dan self critic terlampau. Maafkan diri kau dan terima diri kau sendiri seadanya. Tiada manusia sempurna cukup jadi terbaik yang kau mampu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *