Pelacur Atau Pengemis?

Aku harap apa yang aku ceritakan ini menjadi pengajaran dan orang lebih berwaspada apabila ingin hire private nurse.

Dia ni seorang wanita, tinggi lampai, bertudung, nama macam ada mix jawa sedikit. Nama dia Ideyla, bukan nama sebenar. Aku mohon maaf seandainya cerita ini mengelirukan.

Arwah Nenek aku stroke. Jadi anak-anak hired seorang private nurse. Hmm nak kata nurse tak juga lebih kepada penjaga/ nanny sebab dia yang tolong mandikan, bagi makan (tak perlu memasak sebab makanan dah disediakan) dan tukar pampers. Physio tak ada dilakukan.

Itu sahaja jobscope dia, maksudnya selepas waktu makan Nenek aku, dia duduk tak ada kerja. Nenek aku dah uzur masatu, yang tahap tak diwajibkan solat dan puasa. Nenek aku most of the time akan tidur.

Aku tak pasti kalau rate bayaran ni kira biasa atau luar biasa, dia dibayar 1 jam RM50, at least sehari paling minimum dia 4 jam tapi biasanya lebih, dengan kata lain sehari bersih dia dapat RM200++.

Alhamdulillah keluarga kami mampu untuk memberikan service yang terbaik buat nenek kami. Adakah bagi kalian harga ini terlampau mahal? Dia akan datang setiap hari pada waktu pagi dan petang kecuali kalau weekend.

Tapi kalau ikutkan, kalah orang yang kerja pejabat bagi aku gaji tu untuk sebulan. Sambil-sambil tu dia ada juga kerja di rumah orang tua area Ayer Keroh (pada masa itu).

Selama 3 bulan dia bekerja, kami puas hati walau ada benda pelik dari segi peribadinya. Dia sangat ringan mulut dan ceria.

Dia jenis tinggi, memang tinggi ya, macam model lah figure dia. Bertudung. Katanya, budak sekolah agama. Tutur bicara dia juga jenis boleh ambil hati orang.

Setiap hari anak- anak akan datang, pagi dan petang (sebelum dan selepas kerja) dan weekend.

Jadi aku harap pembaca faham dan tahu, yang mereka ini ialah orang yang sangat bertanggungjawab. Bukanlah mereka ini jenis yang lepas tangan. Jadi kami ambil Ideyla ini untuk jaga Nenek ketika office hour, hanya pada waktu tertentu.

Selama 3 bulan dia jaga, lepastu nenek aku meninggal. Minta pembaca sedekahkan Al Fatihah untuk arwah Nenek aku.

Jadi setelah Nenek meninggal, Allah tunjukkan sifat sebenar Ideyla. Semasa hari pengebumian Nenek, ketika itu kami berada di kawasan perkuburan, dan setelah Nenek dikebumikan, kami beransur-ansur pulang.

Alhamdulillah ramai kenalan dan rakan handai yang menghadirkan diri memberi penghormatan terakhir. Dan kenalan-kenalan Atuk dan Nenek, mereka boleh dikatakan otai dan juga orang yang berjaya.

Jadi semasa aku nak pulang, tiba-tiba Ideyla datang dekat aku dengan muka yang ‘excited’, dia bertanya pada aku, ‘Siapa tu? Kenal tak? Yang tu siapa?’.

Pada waktu ini, Sesungguhnya aku sedih dan kepenatan, aku hanya jawab acuh tak acuh pada pertanyaan dia dan aku pun tidak begitu mengenali mereka. Apabila dia tidak berpuas hati dengan jawapan aku, dia mendengus pada aku, ‘Hish, tu pun tak tahu, dah lah tanya orang lain jela’.

Sejujurnya aku terkejut dan aku rasa pelik, kenapa Ideyla perlu bertanya soalan sebegitu dengan perasaan yang gembira dan kenapa dia perlu marah aku? Tapi disebabkan aku perlu bergegas pulang untuk tahlil di rumah, aku abaikan peristiwa itu.

Tetapi bila difikirkan balik, bagi aku Ideyla ni rasa ‘excited’ melihat sahabat rakan handai Atuk dan Nenek yang menaiki kereta berjenama.

Di sini boleh kita lihat, sama ada dia merupakan orang yang materialistic ataupun dia cuba mencari mangsa untuk dikumpulkan.

Sebelum ini, kami pernah mengambil nurse Physio, tetapi hanya sekejap kerana nurse tersebut sudah mula bekerja tetap di hospital. Nurse tersebut keep the boundaries on the client. Dimana dia tidak terus mengganggu Atuk/Nenek apabila dia berhenti bekerja di situ. Dan perkara ini normal.

Malangnya, Ideyla, dia terus mengganggu Atuk. Pada ketika ini, keluarga kami sudah tidak mengambil dia bekerja kerana Nenek sudah meninggal, jadi Ideyla ni nak buat apa, jadi berhentilah.

Sebagai manusia yang normal dan sihat akalnya, Ideyla perlu tahu dimana boundaries dia.

Namun, dia berperilaku di luar tabii, dia memaksa-maksa setiap keluarga kami untuk mengambil dia bekerja di rumah kami sendiri, dia berkata dia boleh menjadi pembantu rumah, dia boleh lipat kain dan etc.

Kami penat kerana perlu menghadapi manusia yang kurang akal sihatnya dan tidak memahami bahasa manusia. Tidak dapat pada keluarga kami, dia mula menumpukan seratus peratus target pada Atuk.

Malam-malam dia akan call Atuk. Kami tidak tahu apa perbicaraan mereka, hampir setiap malam mereka OTP. Dan ini tidak normal. Adakah Ideyla ini Pelacur?

Pernah satu ketika, kami block nombor dia daripada telefon atuk kami, tidak kami sangka, beberapa hari selepas itu, dia datang bersama sepupunya ke rumah atuk kami. Sangat menarik bagi saya terhadap ketebalan muka Ideyla ini.

Tidak kami tahu apa yang dia ceritakan kepada sepupunya untuk turut hadir bersamanya atau mungkin sepupu Ideyla ini bersekongkol sekali?

Jadi hadirnya diri Ideyla ini ke rumah Atuk kami, beliau mula membuat cerita sedih dan bertanya kenapa dia tidak dapat menghubungi Atuk kami. Kami bernasib baik kerana ahli keluarga masih berada di rumah Atuk.

Di pertemuan ini, pakcik dan makcik saya sudah memberitahu dengan tegas dan jelas untuk tidak bertemu dan menghubungi lagi Atuk kami kerana tugas dia sudah berakhir. 

Jadi apa tujuan Ideyla ini yang masih leech pada Atuk? Di manakah professionalism Ideyla dalam bekerja? Jadi di sini sudah jelas bahawa Ideyla ini memang tidak mempunyai niat yang baik.

Kami ingat setelah itu, dia tidak lagi menghubungi Atuk, malangnya, dia masih menghubungi Atuk. Setiap bulan dia akan menerima wang dalam jumlah yang banyak. Setahu saya, tidak kurang dari 2 ribu ringgit. Macam mana dia dapat?

Macam biasa, dia membuat cerita sedih kepada Atuk. Anak nak ambil lesen kereta, dia tiada duit. Dia tiada duit nak bayar loan kereta. Pelbagai cerita sedih di taburkan kepada Atuk.

Dijadikan cerita, apabila kami selidik, rupanya, dia mempunyai kereta biasa dan juga kereta Mercedes. Pernah dia pergi berjalan-jalan bersama anak perempuan dan teman lelaki anak perempuannya menaiki Mercedez tersebut. 

Rumah Ideyla juga luar biasa, dia duduk di rumah dua tingkat. Sebelum ini, semasa Nenek masih ada, dia pernah buat cerita sedih pada Atuk, katanya, dia mahu hantar anak dia pergi KL, tetapi tiada kereta, dia perlu naik motor.

Aku dah pelik, cerita macam itu, jarang-jarang aku dengar, aku tahu ada orang yang susah, tetapi cara dia bercakap itu, sangat sus. 

Atuk macam biasa, berikan dia wang belanja. Oh, Ideyla siap bawa anaknya datang ke rumah Atuk. Jadi aku terfikir, dia ni tengah mengemis menggunakan anak dia? Apalah yang dirasakan oleh anak perempuannya ifu?

Banyak juga perkara lain yang kami dapat ketahui, rupanya dia ini ialah ahli tertinggi PIBG di sekolah sukan anaknya.

Yang lebih menarik, kami mendapat maklumat bahawa anaknya juga merupakan pembuli di sekolah. Maklumat ini kami dapatkan daripada mangsa buli itu sendiri.

Baiklah sambungan di rumah Atuk. Setiap minggu, pasti sehari dia akan datang ke rumah Atuk. Yang lebih menarik dia akan datang ketika kami tiada di rumah, ketika waktu bekerja.

Tetapi saya tidak tahu dimana letaknya maruah dan harga diri Ideyla, kerana dia masuk ke dalam rumah yang mempunyai seorang lelaki yang bukan mahramnya. 

Kerana itu saya tetanya-tanya, Ideyla ini ialah pelacur atau pengemis? Tetapi sekiranya pelacur, saya yakin seorang pelacur masih mempunyai harga dirinya, tetapi bagaimana dengan Ideyla? Di mana letaknya ilmu sekolah agama Ideyla?

Ideyla boleh menolak jemputan/ ajakan Atuk, tetapi dia memilih untuk menerima, jadi bak kata orang putih ‘it took two to tango’.

Kepada suami Ideyla, selama ini, dia memberitahu kami bahawa anda merupakan suami yang sangat tidak bertanggungjawab, anda larikan diri dan membuatkan dia tergantung tidak bertali.

Jadi dia menggunakan nama anda untuk menagih simpati dan mengemis wang daripada Atuk saya. Jadi anda memang dayuslah begitu?

Tambahan pula, selepas beberapa ketika, kami dapat mengetahui, rupanya, Ideyla ini merupakan seorang madu. Sudah bercerai atau tidak? Saya sangat yakin Ideyla belum bercerai lagi kerana dia berkata dia digantung tidak bertali.

Disamping itu juga, dia sangat yakin apabila masuk kerumah yang bukan mahramnya.

Dimana sekiranya JAIM datang mengetuk pintu, sudah pasti dia tidak perlu dikahwinkan dengan Atuk. Mungkin di situlah hadir kepercayaan dirinya untuk memasuki rumah seorang lelaki.

Semasa Nenek masih ada, Ideyla pernah cuba menagih simpati kepada Ayah dan Pak Cik. Alhamdulillah mereka jenis yang tidak baca WhatsApp dan setia pada yang satu, jadi Ideyla ni macam sampah saja di mata mereka.

Jadi di sini bagaimana pendapat pembaca? Adakah Ideyla merupakan Pelacur atau Pengemis? Sukar untuk saya buat pilihan, mungkin keluarga dan diri Ideyla boleh menjawab persoalan saya.

Sangat berwarna warni latar belakang Ideyla ini. Kami lihat keluarganya nampak baik-baik. Jadi di sini saya mohon, kepada sesiapa yang mengenali beliau, tolong bantu kami untuk hentikan perbuatan beliau. Tegurlah beliau. Kepada suami Ideyla, didiklah isteri anda.

Di sini aku belajar satu benda, biasanya orang yang menagih simpati ni, mereka tidak mempunyai niat yang baik. Tengok keadaan, kau cerita sedih tu dekat siapa.

Pada orang yang berlainan jantina? Bukan keluarga sendiri? Banyak aku baca dan dengar orang- orang yang perampas, inilah trick dia.

Jadi kepada pembaca, berhati-hati apabila mendengar luahan hati orang. Walaupun itu orang tempat sekerja.

Kepada para wanita, sekiranya suami orang bercerita tentang keburukan/ masalah rumah tangga dia kepada anda, anda larilah sejauh yang boleh. Lelaki tersebut hanya mahu ‘test market’.

Kepada lelaki sekiranya wanita mengadu luah hati kepada anda, anda larilah juga, sesungguhnya, wanita itu sudah pasti tidak mempunyai nurani yang baik.

Kalian perlu ingat, sekiranya mereka mampu bercerita buruk tentang keluarga, anak isteri mereka kepada anda, adakah anda pasti mereka itu ialah orang yang baik, telus dan bertanggungjawab?

Anda pasti dia tidak akan bercerita buruk tentang anda pada mangsanya yang lain? Jangan mudah kasihan, jadilah bijak dan profesional.

Pembaca mesti ada yang menyalahkan Atuk kerana melayan Ideyla. Mari saya kongsikan alur cerita seterusnya.

Selepas pemergian Nenek, Atuk menjadi berbeza. Pada awalnya kami ingat Atuk berada dalam fasa sedih atas pemergian isteri tercinta.

Pada para pembaca, Atuk dan Nenek ialah cinta sejati. Bertahun nenek stroke, Atuk setia dengan Nenek. Manis dan setianya cinta mereka ni, sehinggakan saya pun sangat ‘impressed’ kerana ini lah bagi saya cinta setia hujung nyawa yang berada di depan mata saya.

Tetapi peribadi Atuk mulai menjadi janggal dan perkara ini menjadi teruk, di mana Atuk lambat solat, tidur selepas Asar, bangun lewat pagi. Itu bukanlah Atuk yang kami kenal. Itu bukan Atuk. Tapi siapa?

Jadi anak-anak Atuk memanggil ustaz dan kami berusaha membuat rawatan. Memang benar kata perawat, Atuk terkena guna-guna orang.

Sehingga sekarang, keluarga kami, diganggu. Kadang ada pelesit di rumah Atuk. Pernah juga orang berjalan-jalan di hadapan pintu rumah Atuk.

Ahli keluarga kami kerap mendapat mimpi ular dan bayi. Sehinggakan pernah di rumah kami sendiri, ada yang spray mantera di dinding rumah (menggunakan spray lutsinar).

Itulah yang kerap kali saya katakan, Ideyla ini Pelacur atau Pengemis? Tak akan Ideyla mahu berkahwin bersama Atuk saya? Ideyla sanggup ke? Mana suami Ideyla? Oh lupa soalan yang penting, mana maruah harga diri Ideyla?

Segala perbuatan syirik itu, biarlah antara Ideyla dan Allah.

InshaAllah Allah itu Maha Esa. Allahuakhbar

Jadi sebelum saya akhiri, niat saya menulis warkah ini, untuk mengingatkan kepada pembaca untuk berhati-hati dengan manusia. Berhati- hati apabila anda ingin mencari nanny ibu bapa anda. Ada yang baik, tetapi rambut sama hitam, hati lain-lain.

Saya mohon panjatkan doa kepada Allah untuk kesejahteraaan dan perlindungan keluarga kami. Semoga pembaca juga dilindungi daripada hati-hati yang berhasad dengki.

Sampai di sini saja saya akhiri warkah ini.

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami

Sekian..

– AcurhatA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *