kenapa result aku selalu rendah??

Esok aku ada exam, tiba2 hari ni terdetik nk buat confession. Aq seorg yg rajin study , x suka kerja last minute tp aq selalu dpt result rendah.. Rasa down Sgt bila kita dh work hard then x dpt apa yg kita target. Drpd sekolah menengah lagi aq mcm ni.. PMR dgn spm pun x capai target even dh study bersungguh sungguh. Bila masuk university, situasi sama berlaku. Kadang2 aku xtau kt mana yg aq silap. My results didn’t show my effort. Stress bila fikir pasal ni. And this semester kebanyakan internal mark aq x bpe strong. Aq takut sgt klu2 xboleh catch up time final nnti. Serious talk,aq bukan x faham bila study tp xtau kenapa bila dpt result selalu macam tu. Aq bukan x bersyukur. Aq selalu fikir yg semua perkara mesti ada hikmah. Aq selalu pesan kt diri yg jgn cepat give up, teruskan usaha sbb Allah tgk effort bkn hasil. Tp biasalah perangai manusia lebih suka tengok hasil bukan effort semata mata. Mcm mna ye xnk bg down?? Aq bukan x usaha, sepanjang masa study kt library kot..aq sendiri xde jawapan..hmm, esok ada exam.. Doakan aq dpt jawab dgn baik, aq dh study betul2 dahh..??

– -cikyu-

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

14 Comments

  1. First thing first ialah, sejauh mana kualiti study awak tu? Situasi 1: blaja 10 jam tp kepala merewang kelain @ situasi ke 2: belajar 5 jam tp gegila focus. Sometimes, jgn study hard je tp kn study smart gak. Quality vs quantiti

  2. Aku ada seorang kawan macam ni, mungkin lebih teruk. Dia suka belajar, sangat rajin tapi dia selalu dpt paling rendah. Tapi rezeki Allah, mungkin ilmu dia berkat, rezeki dia murah bab2 belajar ni. Sekarang dh master dh. Semoga terus kuat semangat untuk belajar dan tawakal.

  3. Tengok dari aspek lain. Macam mana hubungan awak dgn lecturers/parents/orang sekeliling. Kadang kalau work hard on study but hubungan dgn manusia tak jaga pun boleh jd faktor.

    Ni bukan nak blame tau. Kalau hubungan antara manusia okey. Tengok from aspect macam mana cara awk study tu. Maybe u cant self study but need study in group. Try find which suit u more. All the best for your exam

  4. bykkan buat solat malam.. minta restu Allah, parents setiap kali nak exam.. insya Allah, Dia akan bantu.. Kena seimbangkan masa antara study dgn Allah.. Jgn fokus study semata sampai lupa nak dekatkan diri dgn Allah.. dunia mmg dunia tapi akhirat jgn lupa.. Hanya tips yg sy amalkan.. solat tahajjud, taubat,dhuha dgn hajat jadikan amalan.. insya Allah diberkati.. assalamualaikum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *