Sekarang kan musim kenduri kahwin. Aku pun nak cerite pasal kenduri kahwin. Bukan pasal hantaran tinggi, pengantin g shooting outdoor mahupun tentang bridesmaid2 yg over. Ini tentang makanan di kenduri kahwin.
Mak aku selalu pesan sejak aku dari kecil lagi. Katanya " Kalau buat kenduri, niat tu nak bersedekah bagi orang makan. Jadi jgn kedekut dgn makanan yg kita ada semasa kenduri. Kalau lauk-pauk dah habis, keluarkan je apa yg blh dimakan yg ada kat dapur". Ni semua gara-gara kami yg seramai 8orang adik-beradik, setiap kali famili kami dijemput ke kenduri, ada sahaja tuan rumah yg tarik muka bila lihat tetamu yg bawa anak berderet-deret ini. Malahan ada yg mengata, " Tu bawak anak ramai-ramai, nak perabis makanan kenduri lah tu", ada juga yg kata "malas nak masak lah tu, sebab tu bawak semua dtg ke kenduri". Pedih weh dengar kata-kata macamtu. Ada jugak tuan rumah yg terang-terang dihadapan kami, menyimpan atau lebih sesuai dikatakan sorok kek-kek choc moist di dalam almari, semata-mata tak mahu kek tersebut habis dimakan tetamu yg datang. Ketika itu mak tenteramkan hati kami dgn berkata " tu simpan sebab nak bagi sedara-mara dia makan. Bukan rezeki kita nak makan benda mahal camtu". Maka berdiam dirilah aku dan adik-beradik yg lain.
Kini, aku telah dewasa dan bekerja. Banyak jemputan kahwin dr rakan-rakan. Tahniah buat mereka yg telah dan bakal mendirikan rumahtangga. Sebanyak-banyak kenduri, tak kira dirumah pengantin atau di dewan mahupun di hotel, adalah satu kenduri kahwin ini yg buat aku makan hati.
Kisahnya kawan aku ketika universiti belajar bersama bakal mendirikan rumahtangga. Maka aku pun teruja untuk hadirkan diri ke majlis perkahwinannya. Walaupun aku ni stay di Pulau Pinang dan kenduri itu berlansung di Muar. Silap aku juga kerana pagi2 hari majlis tersebut aku baru bertolak dari rumah. Silap aku juga kerana terlalu kejarkan rakan-rakan, budget nak jumpa semua di majlis tersebut. Maka aku sanggup tak makan pape dr rumah. Fikirku, alaa kat kenduri nanti boleh makan. Drive punya drive and punya lah drift selaju mungkin. Siap stress dengan traffic jam. Akhirnya aku tiba di rumah kawan aku pada pukul 3pm.
Rancangan aku berjumpa dgn rakan-rakan lain tak berjalan lancar kerana mereka telah pulang lebih awal. Sampai sahaja di kenduri ini, tuan rumah sedang melipat meja makan. Kerusi juga telah cantik disusun rapi di tepi khemah. Orang pun dah tiada. Yg dapat aku lihat, orang sedang kemas meja, dan ada juga yg sedang bungkuskan makanan. Ketika berjalan ke arah rumah pengantin, aku melalui khemah pengantin, terliur aku tatkala melihat udang panjat, daging masak hitam, ayam masak merah. Maklumlah, lapar sangat. Hari pula panas terik. Tapi aku fikir, better jumpa pengantin dahulu. Gembira jumpa pengantin yg berseri-seri disamping suami tercinta. Tatkala baru duduk, kawan aku bertanya, "dah makan belum?". Aku pula malu-malu maklumlah suami kawan aku ada di hadapan aku sekali. Jawab aku "Orang dah lipat meja, malu lah nak makan. Takpe lah kot." Kawan aku pun kata "Aah, kau lambat sampai, orang dah kemas-kemas". "Nak minum tak?" Kawan aku tanya, dan aku jawab "Boleh jugak".
Kawan aku ke dapur dengan veilnya, dengan dress meleretnya. Lalu dibawa air segelas dan berikan kepada aku. Kami adalah berbual dalam 10minit. Dan kawan aku jelas kelihatan tak senang duduk kerana ingin solat. Aku yg faham dgn aksinya tu, aku minta diri untuk pulang. Akhirnya aku pulang dengan perut yg lapar teramat sangat.
Aku bukanlah nak datang kenduri semata-mata kerana makanan. Tapi cuba faham, datang dari jauh, semata-mata kenduri korang dan akhirnya dapat segelas air. Selama ini, banyak juga kenduri yg aku telah hadiri, semua tuan rumah pasti memaksa untuk makan walau sedikit. Kawan aku? Tuan rumah yg lain ada tanya samada aku telah makan. Bila aku mengelengkan kepala, mereka pergi macam tu jer. Siap lalu depan aku bawa sebakul penuh karipap. Geram pulak aku masa tu. Tapi,entahlah, bagi aku, common sense, andai kau adalah pengantin, kau perlu segera solat, apakata bagi dahulu tetamu makan dan katalah "aku solat dulu, korang makan-makanlah, nanti aku datang balik". Common sense juga buat ahli keluarga pengantin, dah nampak tetamu, apakata tanya, "baru sampai? Dari mana? Dah makan ke belum?". Pastu jemput je makan walaupun org yg dijemput kata dia dah makan.
Maybe salah aku sebab datang kenduri lewat. Salah aku juga kerana beranggapan boleh makan di kenduri kahwin kawan aku ini, dan salah aku juga tak cakap direct jer yg aku kelaparan.
Namun, ingatlah, keberkatan majlis juga adalah disebabkan tetamu. Layanlah tetamu itu sebaiknya. Kalau ditolak pelawaan untuk makan, hidangkanlah juga pape. Kalau dia tak jamah, tak mengapalah. Ni jadi kes macam aku. Mau aku ingat sampai bila-bila. Jangan main-main bab makan.
Pasni sebelum pergi kenduri kahwin, aku pasti akan makan pape dahulu.
– Cik Vulan