Kepada Adik-adik Kpoppers

Hi Assalamualaikum. Terima kasih Admin keluarkan post ini. Baca tajuk pun dah tahu kan apa yang hendak diperkatakan. Konfesi ini memang saya tujukan untuk adik-adik Kpopers. Mohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada terkasar bahasa yang tidak disengajakan. Konfesi ini juga ditulis dalam bahasa campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kotemporari. Mungkin ada yang rasa ini isu taboo/sampah, saya mohon maaf. Untuk menghalang itu adalah satu tindakan yang sangat drastik yang akan mengakibatkan skeptism yang melampau, tetapi kita boleh menangani dengan cara mengurangkan. Educate.

Terpanggil untuk saya menulis konfesi dek kerana mendapat inspirasi daripada kejayaan jualan album salah satu kumpulan Kpop, BTS memasuki tempat pertama dalam carta Billboard 200. Kenapa saya tujukan pada adik-adik Kpopers? Kerana Kpopers dalam lingkungan umur saya kebanyakan sudah punya hala tuju hidup sendiri dan dah boleh berdikari, mampu membina keluarga sendiri, yang bersara pun banyak dan juga dah boleh settle down hidup sendiri.

Okay, let’s go.

Dear adik-adik Kpopers,

(Sedikit sejarah Akak)

I used to be a hard-core fan. I was an ELF back then in 2009-2012, and my bias was Kim Heechul. I siap beli mask yang ada nama Heechul, tumbler, keychain, poster kat Time Square masa tu. I sedih sangat bila tak dapat pergi konsert diorang masa Super Show 2 (2010) di Bukit Jalil sebab duit tak ada lepastu tak sampai hati nak gunakan duit MARA untuk beli tiket. Akibat terlampau sedih, I telah mengurungkan diri dalam bilik dan library, pergi masuk NGO bersihkan Zoo Negara, study really (really) hard sebab nak melupakan kesedihan tu. Haha. Best part was, I excel in my study in that year. Woohoo..

Then, in 2012, I stopped listen to Kpop song when the 3rd Generations came in.. sebab masa tu pun dah masuk alam pekerjaan, komitmen pun bertambah, so I cuma dengar lagu-lagu Kpop lama je.

Tapi, I start dengar balik lagu Kpop, bila Spotify randomly played Spring Day song. Little that I know, I dig in into the BTS songs. Kebetulan pula, I sedang ambil 1 month career break, (due to health issues), I dengar semua lagu-lagu BTS, baca artikel pasal mereka, lepastu terus menjadi Kpoper balik. Terus langsung, I activate balik Twitter I yang dah 5 tahun tak aktif tu sebab nak update BTS. But this time, I’m not that cringy fan anymore. I just dengar lagu diorang dan sekarang sedang kumpul duit berharap boleh pergi konsert diorang. Sekali pun sudah memadai.

Dear adik-adik Kpopers,

(Nasihat Akak)

Don’t take your interest for granted. I know, due to the series of incidents happened in prior years, some people (who tends to act like they know everything) started to spill hating speech/comments, giving condemns instead of giving advices. Learnt from the past, move on and remind each other.

Bersederhanalah dalam meminati. Apa-apa sahaja.

Don’t create fan wars. That’s a no-no. Kpop Idol awak tu, diorang tu kawan lepak sama-sama, tak adanya nak bermusuh-musuh. Do not post hating comments/speech to the other fandoms or to the haters. They choose to be that way. Tak payah nak balas-balas komen ke nak tegakkan keadilan ke apa. Tak payah.

Belajar rajin-rajin dan jangan putus asa. Kpop Idol awak tu rajin-rajin tahu? Kalau tak rajin dan tak berdisiplin, memang tak boleh nak survive jadi Idol. Be ambitious. Jadilah manusia yang memberi manfaat, punya cita-cita, misi dan visi dalam hidup. Kpop Idol awak tu kebanyakannya pandai, ada yang pelajar terbaik Korea Selatan (kalau kat sini, ala-ala pelajar terbaik SPM), pemenang pertandingan Matematik Olimpiad Korea Selatan dan lain-lain lagi.

Gunakan masa sebaiknya. Berlatih urus masa dengan, buat jadual harian agar masa dapat di-optimumkan sebaiknya. Do not discount your study time, ibadah time, family time, social time, school time just for devoting your life into Kpop. Kpop Idol awak mesti rasa sedih jika mereka tahu. Sebagai contoh, mungkin boleh spend 30 minit or 1 jam sahaja hujung minggu nak layan show diorang (hari biasa hanya untuk sekolah/kelas). Macam I, I sebab nak berlatih bangun awal pagi, jadi bila I bangun mamai-mamai tu, I buka vlive show dalam 30minit, lepastu I akan rasa segar dan terus bangun, masa jogging, dengar lagu kpop bagi ada semangat nak stay healthy.

Akhir sekali jangan putus asa. Menghadapi kegagalan itu norma kehidupan. Teruskan usaha dan tingkatkan usaha selagi nyawa dikandung badan. Don’t give up.

“It’s okay, now count one two three and forget

Forget all the sad memories

Let’s hope that there are better days

Let’s hope that there are many more better days

1, 2, 3”

Take care adik. (heart)

p/s: saya harap konfesi ini dapat dipanjangkan kepada adik-adik Kpopers yang lain. Saya yakin dan percaya, mereka akan faham..

Sekian, terima kasih.

– Kak Ami

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *