Untuk part I, (https://iiumc.com/kerana-orang-ketiga/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/kerana-orang-ketiga-ii/).
Assalamualaikum pembaca IIUM Confession yang budiman sekalian..
Sebelum aku teruskan dengan harapnya last episode untuk cerita ini, aku nak berterima kasih kepada semua yang tak putus putus memberikan nasihat dan kata-kata yang positif..
Do know that i read all your comments dan aku sangat2 hargai semuanya. Aku berterima kasih atas nasihat semua tapi aku harap korang juga hormat dengan keputusan aku. But yess, kata-kata yang baik itu sangat bermakna untuk aku. Thank you. Thank you.
Tak lupa juga pada yang kecam aku, kata aku tulis pendek² so spoil mood korang la, buang masa 7 minit korang la.. SILA JANGAN BACA sambungan ini.
Aku tak suka orang buang masa untuk aku. Tak suka, blah je toksah kepoh cakap buang masa la apa la. Toksah menambah toksik dalam kepala otak aku yang dah ada macam² toksik ni. Sorry, I’m trying to avoid negativity.
So kepada yang masih sudi, kali ni aku akan habiskan cerita aku, dengan harapan sila jangan judge aku sebab aku tak suka judge orang. Aku cuma perlukan positivity, kata-kata yang baik untuk aku meneruskan hidup.
Sebelum aku teruskan cerita, plot ini adalah plot asal, cuma banyak benda yang terpaksa aku sorok untuk menjaga pihak dalam cerita ini.
Lagipun kalau aku tulis sampai 6 episod ramai pulak menyampah kann. Kahhh.
Ok done bebel mukadimah panjang². Jom aku teruskan. So, lepas kantoi apa yang depa berdua buat korang rasa apa jadi kepada Ani? Haha.. aku masih lagi di bawah pengawasan psychiatrist. Anak-anak masih bersama aku. Mana Esah?
Ntah. Lantak dia la nak pegi mana. Aku dengar rumah tangga dia pun dah berantakan. Aku dan Man? Macam² jadi antara kitorang. Setiap hari bergaduh. Sorang ego, sorang psycho.
Kami decide jumpa kaunselor. Masa tu dalam kepala setan aku cuma ada penceraian.
Aku bulat hati nak berpisah. Aku tak boleh dekat dengan Man. Ada je yang tak kena. Ada je yang aku bayangkan.
Aku kumpul segala bukti-bukti. Tapi, kita hanya mampu merancang kan? Allah tetap yang berkuasa yang pegang hati kita.
Ditakdirkan satu hari aku bersama anak-anak, anakku berkata, “Mummy jangan berpisah dengan daddy, please”. Kemudian dia menangis.
Runtuh kubu pertahanan ego aku ketika itu. Aku fikir, selfish nya aku, buat keputusan tanpa fikirkan perasaan anak-anak. Anak masih kecil.
Mereka tak tahu apa-apa. Kenapa mereka yang perlu hidup dalam porak peranda? Maka, ketika itu, berchoir la kami anak beranak menangis. Pada aku, kehendak anak-anak adalah keutamaan aku. Aku? Boleh fikir kemudian.
Setelah menjalani sesi kaunseling, dengar pulak luahan hati anak, dan Man yang berjanji untuk berubah, dengan berat hati nya aku terpaksa melupakan hasrat untuk berpisah. Aku tau aku tak mampu nak percayakan Man seperti dulu lagi.
Tapi, aku tak mampu nk ketepikan perasaan anak-anak. Aku juga percaya, everyone deserves a second chance. Dan kepada yang kata curang tak patut diberi peluang kedua tu, personal opinion aku berkata kita semua adalah pendosa. Semua buat silap.
Aku juga berdosa. Aku juga pernah buat silap. Tapi tak salahkan kalau kita bagi peluang? Kalau suatu hari nanti aku yang buat silap yang sama, pasti aku juga mengharapkan peluang kedua.
Berbekalkan semangat dari positive circle aku, aku nekad. Kawan baikku, Bahar dan Maya la yang jadi kaunselor free aku ketika itu. Orang lain cakap aku bodoh sebab masih nak bersama dengan Man.
Tapi dorang selalu yakinkan aku. “Kita memang takkan boleh tutup mulut orang. Kita je yang tau apa yang kita rasa. Kita takkan boleh ubah orang lain, so kita yang perlu ubah persepsi kita pada orang”.
So yes, dengan berbekalkan semangat dari kawan baik yang supportive, aku cuba bangkit. Sakit memang sakit. Setiap malam tak berhenti menangis. Aku pulak tu sejenis hati tisu.
Bangun pagi je muka mesti sembab. Dengan nangis nya, tak cukup tidur lagi. Si Bahar ni pulak siap kutuk aku cakap aku macam orang tua.
Hehh. Siap kau.
Tapi aku kenangkan anak-anak yang masih kecil. Aku cuba. Berulang kali aku ingatkan diri aku. Semua dah terjadi. Allah takkan uji seseorang lebih dari kemampuannya.
Dan berkali-kali aku diingatkan. Allah nak naikkan darjat kau, nak hapuskan dosa kau. Lagipun ni cuma ujian kecil je. Ada yang ujiannya lagi berganda teruk dari aku.
Slowly aku mula bangun. Aku paksa hati aku untuk terima Man. Aku paksa hati aku untuk memaafkan Man, Esah dan semua yang pernah buat silap pada aku.
Aku bukan Tuhan untuk hukum mereka. Dosa dorang, antara dorang dengan Allah. Aku tak nak berdendam dengan sesiapa.
Coz that’s just not me. Prinsip hidup aku dari dulu, biar orang buat kita, kita jangan sesekali buat orang. Selagi boleh maafkan, maafkan lah.
Kita pun ada dosa dengan orang lain. Bukannya suci sangat.
Aku sibukkan diri dengan kerja. Aku main game. Aku layan musik yang aku suka. Aku bersukan. Bahar la jadi mangsa selalu kena buat konsert amal untuk aku. Kahhh.
Maya pulak jadi mangsa partner in crime jalan² cari makan. Pastu weekend je kena exercise sebab dah makan banyak. Hahaha. Padan muka korang.
Setiap malam aku cium anak-anak, aku nekad untuk usaha jadi mummy yang baik. Aku minta maaf pada anak-anak aku atas apa yang jadi antara aku dan Man.
Aku tak peduli pada side Man. Pandai² la fikir. Umur dah meningkat so takkan pemikiran nak duduk bawah lagi.
Tapi aku nampak banyak perubahan pada Man. Tak lagi marah-marah, maki aku. Dia cuba menolong aku buat kerja rumah. Selalu layankan bini dia nak apa-apa. Memang nampak beza dari sebelum dia kantoi tu.
Orang selalu cakap, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku percaya, inilah hikmahnya.
Aku mula sedar kenapa dulu Man selalu marah-marah. Selalu mengadu tak cukup duit. Selalu malas layan aku. Rupanya ketika itulah dia sedang mabuk bercinta.
Rasa? Tipulah kalau rasa sayang aku pada Man sama macam dulu. Kaca, kalau jatuh berderai pun kalau dicantumkan takkan jadi sama seperti asal.
Macam tu juga dengan perasaan aku pada Man. Masih cuba kembalikan rasa seperti dulu. Cuma, ikhlas aku hanya untuk anak-anak. Ketika aku berjumpa pakar, doktor pernah tanya,
“Sampai saat ni apa yang paling penting untuk puan?”.
“Anak”, jawabku.
“Kalau puan pentingkan anak, puan kena jaga diri puan dulu. Puan kena sihat, baru boleh jaga anak-anak. Dan, puan seorang yang sangat kuat.
Masih fikirkan orang lain dalam keadaan puan sendiri tak terurus”.
Percayalah, kalau anda seorang ibu, aku yakin anda juga akan berkorban untuk anak-anak. Selagi aku dikelilingi sahabat yang baik, aku yakin, aku akan sihat. Walaupun bukan sepenuhnya.
Mohon doakan aku terus kuat. Demi anak-anak.
Buat sahabat susah senang aku, Bahar dan Maya. I owe you guys million times. Terima kasih jadi pendengar setia, tanpa menjatuhkan hukuman.
Terima kasih atas segala nasihat dan masa untuk aku. Terima kasih sebab sentiasa ada disaat aku memerlukan. Aku sayang korang! And look! Ani is back, alive and stronger.
Episod last ni untuk korang tau, Bahar & Maya!
Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga ada ikhtibar yang korang boleh ambil dari kisah aku. Mohon maaf atas segala kekurangan semasa aku menulis kisah aku. Ini bukan kisah rekaan. Ini realiti hidup aku.
Aku doakan pembaca sekalian dibawah rahmat Allah.
Assalamualaikum.
– Ani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit