Kereta adik

Assalamualaikum iium-ians! Adik nak confess sikit ni, guna adik ya sebab first year lagi haha. harapnya admin approve adik punya confession ni, ok rasanya semua orang tahu pasal kelmarin dengan kekecohan roadblock di iium, adik antara salah seorang student yang bawa illegal car tanpa ada student sticker…hmmm, adik nak cerita pasal kisah adik dan kereta adik tau tp ada la kaitan nya juga dengan roadblock tu..ceritanya begini, kereta tu hadiah daripada ayah dan mak adik sempena cemerlang spm & dapat tawaran masuk uia, dan kereta tu pun memang nama adik. Arwah ayah belikan kereta tu setahun sebelum dia pergi meninggalkan kami secara mengejut, sempat la juga setahun arwah ayah jd co-pilot ajar adik drive..adik nekad nak belajar bawa kereta sbab adik tak nak susahkan mak ayah yang dah tua dan adik beradik lain, sebab kakak abang adik semua duduk jauh dah kawin dan ada keluarga masing2. Dan lepas ayah adik dah takde, adik duduk dengan mak adik, mak adik umur 63 dan mak tak pandai drive, jadi mak adik memang bergantung 100% pada adik kalau nak keluar ke tempat yg jauh atau beli barang keperluan. Dan terus terang, sejak ayah meninggal terlalu banyak urusan yg nak diselesaikan, dan mak adik sangat memerlukan adik. Sebelum ni memang adik berulang ke rumah dr uia,tak jauh pun dlm 20minit sebab adik taknak mak adik sendirian. Tapi sem ni mak adik suruh adik duduk di mahallah je x perlu berulang, jadi adik bawa kereta ke uia dan adik akan balik bila2 masa adik rasa nak jenguk mak adik, dan kalau mak nak minta tolong apa2 urusan, adik bole terus pulas stereng dan pecut balik, adik pun risau sebab mak adik dah tua, adik taknak apa2 terjadi…lagipun adik tak nak menyesal nanti kehilangan mak adik..Kadang2 tiga hari sekali adik balik..adik nak apply sticker kereta tapi adik tahu memang takkan dapat punya, first year lagi kan, unless kalau provide health reason… ada kawan adik ni dia apply sticker dgn medical reason sebab dia ada asthma, perlukan kereta in case emergency. nak tahu apa pihak security management jawab? Awak ni asthma tahap kritikal ke, memang perlukan kereta ke kene keluar uia hari2 amek gas ke, kalau tak boleh mati? Bila adik dengar je mcm tu, adik terus dah kecewa dan malas nak pi apply sticker, malas nak berhadapan dengan mereka, sebab sampai bila bila pun orang takkan faham dengan situasi kita. Adik tak kisah orang nak kata apa, adik tahu persepsi buruk orang akan fikir tentang student yang bawa illegal car, mungkin ada yang tak puas hati dgn ketidak adilan adik bawa kereta. Tak mengapa. Cuma adik nak cakap kat sini yang adik pun tak puas hati dan cemburu bila tengok kawan2 adik parents mereka hantar sampai gate mahallah, ada yang mak hantar sampai bilik tolong kemaskan pasangkan bedsheet. Ada juga kawan yg kalau rasa nak balik terus call ayah suruh ambil. Adik jeles tengok semua tu. Adik pun masih buntu memikirkan penyelesaian untuk ni, adik takde masalah pakai public transport untuk berulang ke rumah, cuma ambil masa agak lama dan kos agak tinggi. Adik pernah cerita kan hal ni kat mak adik, mak adik kata takpe bawa je kereta, jangan risau, mak selalu doakan supaya allah sentiasa pelihara adik dan kereta adik, inshallah tak de apa2 yang berlaku,dan berkat doa mak adik, adik tak pernah lagi terlibat dengan kes2 saman/kompaun.terima kasih mak. tapi janji dengan mak, jangan salahgunakan kereta yang mak ayah dah amanahkan tu. Baik mak, adik janji, terima kasih sebab percayakan adik.

– Adik N

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *