Kerja, Gaji Sama, Tetapi Kelulusan Berbeza

Aku Mila, seorang graduan ijazah sarjana muda. Sebelum sambung ijazah, aku ambil diploma dulu. Total tempoh pengajian dalam 7 tahun. Dua2 diploma dan degree, aku ambil pinjaman. Diploma ambil ptptn, degree ambil pinjaman yayasan negeri.

Sebab dua pinjaman ni dari sumber yang berbeza, aku kena selesaikannya serentak semasa aku bekerja. Tempoh bayaran untuk 2 perkara ni dalam RM500 sebulan. Rezeki aku tak semurah orang lain.

Aku struggle nak cari kerja. Lambat mula bekerja, penangguhan bayaran balik pinjaman dah tak boleh extend, baru aku dapat kerja. Jadi, bila aku mula bekerja, aku sudah ada RM500 komitmen bulanan untuk pinjaman pendidikan. Tapi aku happy dapat kerja, walaupun aku ni buat kerja level diploma je.

Aku apply guna degree untuk position diploma. Company aku pulak memang bijak ambil kesempatan, dia tau ramai graduan terdesak nak kerja, semua position dia ambik budak degree, so kualiti kerja lebih elok walaupun gaji level diploma.

Masa mula2 bekerja aku langsung tak kisah buat kerja level diploma ni. Aku gembira, enjoy bekerja, pergi kerja penuh semangat, kerja pun sangat perform. Setelah setahun bekerja, staff2 lama mula resign sebab dah bosan ada degree, kerja level diploma.

Company aku pulak dapat idea untuk cut cost. Since budak2 degree dia kena bayar mahal sikit, dia start ambik budak diploma sebab dia tau kami yang dah lama bekerja ni boleh train budak2 baru. Jadi bermula la hidup aku dikelilingi graduan diploma.

Ada kekosongan position atas aku, tetapi kalau ikut tangga experience kerja di company tu, ada lagi seorang akak yang dah 3 tahun bekerja akan fill in position tu. Aku okay, aku akan tunggu turn aku naik.

Tapi akak yang sepatutnya naik pangkat tu tak nak naik pangkat sebab dia tak suka scope kerja jawatan tu. So company serba salah, kalau dia naikkan aku macam tak adil pulak untuk akak tu. Jadi dorang cipta position baru, naikkan gaji akak tu dengan gred bekerja dia.

Vacancy yang ada sebelum ni akan dipenuhi oleh orang baru. Since company aku memang tengah hire graduan diploma, sekarang position yang vacant tu diisi oleh seorang graduan fresh graduate diploma tapi dia pernah pergi 1 training ni yang sesuai untuk jawatan tu.

Cemburu mula menguasai diri aku. Kenapa company tak naikkan je pangkat aku, dan kemudian hantar aku pergi training tu? Aku lebih tau selok belok company ni. Takkan semata2 tak nak bagi aku sama level dengan akak yang 3 tahun experience tu?

Ohh lupa company nak cut cost. Maka bermula lah hidup aku berboskan seorang graduan diploma yang takde experience, tak reti buat kerja. Aku yang kena ajar dia. Tapi dia kerja duduk office bawah aircond, sign2 je, aku ni masih di takuk lama, masih support staff, non executive, kena kehulu hilir buat macam2 kerja, kerja sampai malam, nanti bos diploma aku tu akan approve.

Cemburu betul2 menguasai diri. Aku bukan main bersusah payah, dengan hutang banyak, pastu dapat kerja position susah. Dia diploma, pangkat executive, hutang sikit, kerja duduk office je, gaji lagi mahal, tak tau kerja, aku akan tolong. Aku rasa cukup berdosa sebab cemburu, sebab ajar dia tak ikhlas.

Aku yakinkan diri aku, rezeki orang lain2, mungkin rezeki aku kat tempat lain tapi sungguh cemburu dari syaitan ni betul2 meracuni aku. Tak lama kemudian, seorang lagi yang ada degree, sama position dengan aku resign, juga diganti dengan fresh graduate diploma. Aku juga yang kena ajar. Dua2 budak diploma baru masuk ni memang langsung tak berahsia hal gaji dorang.

Cerita je terus gaji berapa, increment berapa. Allah, time tu aku tau gaji aku sama dengan dorang. Bagi dorang, gaji tu tinggi untuk level diploma, tapi bagi aku gaji tu sikit untuk degree holder with experience. Nak buat ratio hutang:gaji, memang aku rugi, aku lebih komitmen pinjaman pendidikan.

Aku mula dikuasai cemburu, buat kerja semakin tak ikhlas, semakin malas bekerja. Asalkan kerja siap dah, cukup. Sebelum ni aku akan check betul2 kerja, jot down hal penting, buat background study.

Sekarang semangat aku betul2 dah hilang disebabkan cemburu. Aku terfikir untuk ke tempat lain tapi sebab aku hanya ada experience untuk jawatan non executive, support staff je, jika ke tempat lain pun aku ibarat fresh graduate untuk jawatan executive.

Kalau aku tunggu di sini ntah berapa tahun lagi harus aku tunggu peluang aku untuk naik pangkat dan gaji. Tambahan pula, aku dah hilang semangat, pasti prestasi pun berkurang. Aku sayang company ni, aku suka environment sini, aku suka kerja aku asalnya tapi aku rasa macam unfairly treated.

Aku sekarang ni sedang usaha juga cari position baru untuk degree holder tapi banyak company reject sebab aku takde pengalaman. Aku sedih.

– Milah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *