Kerjaya Food Delivery BUKAN Untuk Fulltime

Assalamualaikum semua. Aku kenalkan diri aku sebagai Azam. Aku berumur pertengahan 30an bekerja di sektor swasta dan part time rider g*ab food dan l*lamove.

Disini aku ingin luahkan sedikit tentang beberapa perkara yang selalu terjadi di masyarakat kita. Banyak kita dengar bayaran untuk servis penghantaran ni tidak lagi relevan, sama ada g*ab food ataupun l*lamove.

Tapi kita kena akui perkara itu sebab pekerjaan ini pada awal dicipta sebenarnya untuk part time. Sesiapa yang buat fulltime itu pilihan mereka sendiri. 

Sesiapa yang buat kerja servis penghantaran part time akan dapat duit lebih seperti yang aku buat sekarang.

Sebagai contoh gaji kerja fulltime aku RM2700 dan aku buat part time l*lamove setiap hari minggu dapat la RM500 sebulan. Jadi total RM3200 sebulan and bagi aku gaji ni dah ok untuk aku teruskan hidup.

Kalau aku sakit ke demam ke isteri bersalin ke atleast aku ada cuti berbayar dari kerja fulltime aku. So bagi aku servis penghantaran ni sangat bagus untuk orang yang dah ada kerja sebab boleh jana side income. 

Tapi, yang jadi masalah sekarang ialah orang yang buat kerja servis penghantaran full time. Mereka akan bergantung pada kerja ni sahaja. Jika sakit, emergency diorang tiada cuti berbayar. Diorang akan stress jika bayaran rendah and akan melibatkan customer.

Aku bagi contoh semalam aku ada baca dalam grup facebook l*lamove. Ada orang ni complaint susu anak dia nak hantar urgent kat taska and dia tak boleh hantar sebab tengah kerja. So dia order l*lamove.

Jarak sebenar lokasi hanya 15km yang mana kalau dengan motor aku buat paling lewat pun 30-40 minit. Tapi akak tu kena sampai 1 jam setengah guys. Confirm la susu dalam botol tu rosak.

Kalau kes macam ni confirm rider tu ambik job kapit guys 3, 4 barang ambil and hantar sekaligus. Sebab kalau ada masalah, mesti rider akan call cakap lambat hantar sebab motor rosak ke, sakit perut ke atau lain2 masalah.

Kalau dah lambat hantar tak inform customer tu confirm job kapit la ni. Alasan job kapit ni apa? Sebab l*lamove bayar tak berbaloi. Then kalau tak berbaloi kau jangan ambik job tu, kesian kat customer.

Bagi aku hantar botol susu pada jarak 15km dibayar RM12 sangat berbaloi. Minyak tak sampai 5 ringgit pun. Tapi banyak rider l*lamove ni buat salah and marah balik customer cakap tak faham kerja diorang macam mane.

Diorang memang tak faham sebab customer dan bayar ikut persetujuan. Aku faham sebab aku rider jugak and buat part time, bukan fulltime.

Banyak yang buat hal ni orang fulltime, then yang buat part time jadi mangsa kalau l*lamove atau g*ab ni kene ban. Semua order yang rider ambik itu pilihan. Kalau rasa tak berbaloi jangan ambik. 

Berbalik lah pada realiti hakiki. 10 tahun dulu semua orang marhen ni nak kerja tetap sebab rasa secure, kalau ada yang lain sikit akan berniaga buat bisnes sendiri.

Tapi reality harini ramai yang nak jadi rider fulltime yang tak ada cuti sakit, tak ada bonus, tak ada kenaikan, tak ada skill development, yang ada hanya penghantaran dan bayaran yang mana kerja ni sebenarnya kerja part time.

Aku dulu pun belajar tak pandai, masuk awal2 kerja gaji RM1300. Tapi berkat sabar, disiplin, tepati masa, semangat, dapat bertahan 10 bersama company sama and gaji sekarang alhamdulillah boleh sara diri dan keluarga.

Kalau rasa tak cukup, start motor buat food g*ab, l*lamove. Dapat 40, 50 sehari dah cukup. 

Terimalah hakikat, ramai orang nak jadi rider fulltime sekarang sebab tak boleh commit pada kerja 8-5, tak boleh work under pressure, tak boleh terima nasihat dari bos, mudah marah dan dengan kata lain tak boleh kerja dengan majikan. Nak jadi bos.

Sebab tu jadi rider full time, takde bos, takde punchcard, takde pressure. Pastu bila bayaran rendah mula buat mogok ajak orang lain ban, buat kempen lah apa lah. Kita yang part time ni buat apa nak join diorang mogok?

Bayangkan eh kau cari rezeki dengan g*ab, tapi hari2 kau maki g*ab. Kau rasa berkat ke gaji kau? Sebab tu aku tak pernah join mogok g*ab, biar diorang jela mogok, lagi senang aku dapat order.

Bersyukur lah kita dengan pekerjaan yang kita buat sekarang. Hidup ni banyak pilihan. Jangan buat aniaya kat orang and jangan herdik tempat kita cari rezeki.

Kalau kita sedar kita miskin, carilah kerja tetap dulu, sabar buat bisnes part time, jadi rider part time,

Belajar servis yang boleh buat duit contohnya gunting rambut, potong rumput, cleaning servis, cat rumah, repair paip, wax kereta dan banyak lagi untuk tambah kemahiran kendiri kita.

Kalau asyik mogok, maki, mengeluh, kita takkan dapat selesaikan apa2. 

Sekian terima kasih. 

– Azam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dia macam ni la…kebanyakan rider ni nak win sebelah dia je, sebab tu die pilih kerja ni sebab takde bos dan boleh ikut suka nak sidai ke,nak lambat2 ke, lengah2 ke…mereka kena ubah untuk menjadi lebih bertanggungjawab…

  2. mostly semua nak kerja yg flexible, senang dan mudah… tp marah bila fare rendah… benda kau tak boleh kawal, buat ape nak marah2… kalau tak suka, ko blah cari rezeki lain… konsep masa ko keje hakiki 9-5, kau tak suka kau resign… semudah ABC… aku setuju dgn penulis nie…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *