Mertua Cemburukan Menantu

Salam semua, aku nak kongsikan cerita aku yang dimana mertua aku mula rasakan aku ni cuba control anak lelaki dia.

Suami aku ni ada 3 beradik, dua kakak dan dia yang bongsu. Lately ni aku sendiri pun tak tau kenapa, kami sekeluarga seperti dikecualikan,

End of the day kami cuma received gambar mereka berjalan di dalam group whatsapp. Dengan ucapan dari mak mertua aku, “terima kasih along & angah sudi ibu abah jalan jalan”.

Aku tak boleh bayangkan perasaan suami aku masa tu. Terkilan bukan sebab tak diajak, ayat tu seolah olah suami aku ni tak peduli langsung dengan mak ayah dia.

So aku ada juga cakap pergi laa slow talk, mungkin kita ada buat mereka terasa hati,sebab kami ni tak dilayan langsung. Pelik.

Kami balik kampung kemudian suami cuba untuk bercakap berdua dengan ibunya, jawapan yang dia dapat, “Tak ada apa apa, semuanya okey”.

Sebulan pun berlalu, keadaan tetap sama. Kami sekeluarga tak di endahkan. Sehingga pak mertua aku cakap yang suami aku lebihkan isteri dari maknya.

Suami aku lebih banyak masa bersama aku & anak anak daripada ada masa dengan maknya. Allah, salah ke suami aku ada lebih masa dengan aku & anak anak.

Kalau nak kata suami aku tak bagi belanja setiap kali balik kampung mesti suami aku akan bagi duit belanja.

Setiap kali hari lahir dia akan belikan hadiah, handbag, jam tangan, tudung. Kalau raya pun sama macam tu, lengkap dari from head to toe. Completed.

Aku ada 2 anak yang masih kecil dan sangat memerlukan bapak dorang. Tambahan aku juga bekerja, ada masa memang aku sangat memerlukan suami aku.

Jangan lah harapkan kami untuk balik ke kampung setiap minggu. Kami pun nak masa kami berempat juga.

Kadang weekend tulah kami kemas rumah, beli barang dapur, bawa anak anak jalan.

Biasanya kami akan balik kampung sebulan 2 atau 3 kali.

Mungkin mak mertua aku ni nak anak lelaki dia duduk depan mata dia agaknya.

Semoga Allah tu terus tetapkan sabar pada suami & aku.

– Menantu confused (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *