Curang Itu Pilihan

Aku adalah seorang ‘family person’ manakala isteri aku adalah dari ‘broken family’.

Nama aku K dan aku berumur 30 tahun. Isteri aku berumur 27 tahun dan kami menetap di daerah yang sama.

Kami berkenalan sejak umur 10 tahun tapi ‘lost contact’ dan jumpa kembali selepas 10 tahun di media sosial.

Aku menganggap bahawa itu adalah jodoh memandangkan memang niat untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Di awal perkenalan dia memberitahu kisah silam dengan bekas teman lelakinya.

Tapi aku terima dengan hati yang terbuka memandang aku juga bukan lelaki yang maksum. Dengan niat yang baik untuk sama sama berubah, kami selamat bergelar suami isteri.

Di awal perkahwinan kami sememangnya diuji dengan pelbagai dugaaan sehinggalah lahir putera sulong kami. Dari awal lagi anak sulong kami (M bukan nama sebenar) diasuh oleh mertua.

Oh ya, mertua aku ada satu sifat yang tidak boleh keluar rumah lama lama & anggal anak perempuan dia masih dalam tanggungan dia (kena dengar perintah mereka).

Hari berganti hari, bulan berganti bulan aku nekad pindah ke rumah sewa. Dan disinilah terjadinya peristiwa hitam dalam rumahtangga kami..

Seminggu berturut turut dia minta untuk ‘bersama’ (sebelum ni dia menolak jika ingin ‘bersama’)

Di suatu hari sekitar maghrib, isteri aku tengah memasak dan aku terdetik untuk ‘check’ telefon dia.

Jatuh maruah aku sebagai suami bila tengok dia saling menghantar gambar tanpa seurat benang kepada skandalnya.

Hampir hilang akal, hilang arah tujuan, gelap gelita dunia aku.

Aku bukan jenis yang panas baran. Aku seorang yang santai dan suka berbincang dalam apa jua keadaan dan hal ini berbeza dengan isteri aku.

Dia akan berdiam diri dan tak akan bercakap jika ada kesalahfahaman. Silap haribulan disepakk terajang bila nak dipeluk dipujuk.

Aku terus hantar dia ke rumah keluarga dia. Seminggu selepas itu aku ke mahkamah untuk urusan penceraian. Alhamdulillah hampir setahun kisah hitam ni terjadi.

Anak? Kami berbaik sebagai kawan sama sama membesarkan anak kami.

Kisah ni aku cuma pendekkan. Masih ada beberapa isu yang aku sembunyikan untuk menjaga aib masing masing. Tapi aku akan ceritakan lagi jika ada permintaan apa yang terjadi sebelum dia kantoi.

Kepada yang nak mendirikan rumah tangga. Buatlah persediaan yang rapi. Hormatilah pasangan anda, sayangilah pasangan anda. Komunikasi sangat penting dalam alam perkahwinan.

Ingat, kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main.

Salam santai,

– Anggur Masak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

17 Comments

  1. bang anggur, ngko ni kan, cerita jangan pendek sangat bang. nak cerita detail pun boleh eiiiii aku la…. baru baca dah habis. kalo ko rase aib, kau cerita part yang tak berapa aib la atau ko kalis sikit ayat ko or hint ke hmmmmmm murung pulak aku harini

    • setuju dengan cik nini. macam mana boleh kantoi? kenapa sebelum ni taknak bersama tiba2 nak hari2? ni cerita sekadar nak cerita main point je keee hahahhaa sabo jela dengan encik anggur ni

    • Mcmne dia boleh ‘curang’ sdgkan u ol dduk dgn mk dia, n mak dia xleh kluar lma2.. detailkan ckit, kita suma x kenal pon hang sapa.. so lbh baik buat part 2 je bro.. kmi mnunggu ni.. tq

  2. Yelah bang, pendek sangat cerita ko ni, cuba terangkan sikit saat kejadian tu ke, tanda tanda sebelum kantoi ke,

  3. Errr..aku dah buat plot sendiri dah td bila isteri dia mintak bersama hari2. Aku fikir sbb isteri dia dah pregnant, pastu nk jdkan Anggur pak sanggup. Anggur, kau buat la karangan 1500 patah perkataan. Jgn la buat summary 80 patah perkataan je. yih.

    • sebab bang anggur ni cerita tak habis, meh aku teka sikit. sama ada isteri dia nak dia jadi pak sanggup atau, isteri dia record time bersama and bagi kat scandal. sebab kata tanpa seurat benang kan. ENCIK ANGGUR, KAMI MAHU SAMBUNGAN.

    • adui…cerita jela…xde aibnye..bukan kenal pon….nama pon cerita untuk diceritakan…

  4. Rasa macam baca sinopsis je 🤣🤣🤣
    Ce cerita betul² bwng, ko tapis jelah sikit²

    • Haish baik betul hati kau encik. Tulis pun macam tak sampai hati.🤣
      Moga kau kuat la , ada takdir Allah yang indah menanti kau atas kesabaran n ikhlas kau.

  5. Lain kali kalau tak nak citer habis jangan hantar confession. Bikin sakit hati saje baca. Tolong sambung full confession please. Kami bukan kenal pun engko sape. Tetiba bini curang mesti ada sebab

  6. Adus main tipu mcm ni abg, mana aci pendek sngt,baru nk baca dah habis lol…, KAMI NK SAMBUNGAN !!!

  7. abang , baik abang tak yah cerita kalau abang teruskan pendekkan cerita abang ni .
    saya yang baca pun cam ahhh , ehhhh , habis dah ke ?
    park part 2 .

  8. Baru nak ambk feel eh dah habis… Bt flow chart jelah bang… Ni klu cikgu semak pom summary xde isi bang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *