SPM Bukan Penentu Segala

Assalamualaikum. Posting ni aku tujukan kepada adik-adik lepasan SPM. Baik yang berjaya atau pun kurang berjaya.

Aku mulakan dulu untuk adik-adik yang kurang berjaya. Aku tulis ni sebab waktu aku dulu, tiada siapa nak bagi guideline atau pendedahan sebab satu aku anak tunggal. Duanya, parents aku pun tak ada idea waktu tu.

Yang kurang berjaya ataupun tak capai target, korang jangan rasa nak give up dalam education. Korang teruskan belajar. Belajar ni tak mesti kau belajar baca buku saja, dik. Kau belajar untuk mantapkan skills.

Bagi aku, zaman sekarang ni kalau kau ada skill, dekat mana kau tercampak, kau boleh hidup berduit. Bukan boleh hidup je tapi boleh buat duit.

Contoh, kalau kau ada skill buat kek, dekat mana kau duduk, kau boleh buat kek. Kek ni memang semua orang boleh buat. Timbang-timbang tepung, kacau dengan telur masuk loyang bakar siap.

Tapi tak semua orang boleh lepa kek, design kek, kek kahwin, kek hari jadi. Dapat tak? Selain tu, kalau kau ada skill make up, pun boleh hidup.

Macam abang sedara aku, dulu result SPM dia tak bagus sangat sampai keluarga dia rasa macam tak ada harapan. Parents dulukan skeptical. Kena dapat semua A, itulah tanda aras berjaya.

Tapi abang sedara aku ni dia kerja dengan cina, pasang letrik rumah orang. Mana boss dia pergi dia ikut, sambil dia kerja, dia belajar. Bila dia dah pandai, dia buat sendiri.

Nampak macam apalah sangat kerja pasang suis, pasang db box, pasang aircond rumah kan, tapi satu lampu downlight cas RM40 kalau minta dia pasang dan belikan. Upah pasang aircond 2 hos power RM450.

Sekarang dia dah tak buat sebab dia jadi boss. Dia ambil orang kerja dengan dia. Alhamdulillah senang dah hidup dia.

Ini aku bagi pendedahan biar kau tahu dik. Sebab benda -benda macam ni orang terlepas pandang, sebabnya orang fikir kena jadi doktor, engineer. Sebenarnya banyak lagi bidang yang lebih masyuuuk dik.

Antara skill lain yang tak ramai orang nampak boleh buat duit, skill menjahit. Ambil upah jahit baju. Sekarang memang orang suka beli dah siap tapi jangan tak tahu kita masih ada lagi orang-orang yang suka tempah baju.

Kalau kau pandai menjahit pun boleh hidup berduit. Skill ni tak ramai orang ada. Aku cakap sebab aku sendiri susah nak cari tailor. Last last jumpa ada kakak Indonesia yang migrate ke sini.

Tengok orang luar yang hijrah ke sini boleh buat duit sebab ada skill. Dia bukan ambil upah jahit baju kurung je, jabatan-jabatan kerajaan pun tempah dengan dia, seni tarian pun tempah, orang bridal pun tempah.

Dia bukan fashion designer yang terkenal pun tapi dia boleh jahit baju kahwin semua. Itupun kepok, dik. Apalagi kalau dia terkenal lagi masyuukk. Ye, kau akan sangat boleh buat duit dengan hanya menjahit sebab menjahit banyak cabang juga kalau kau bijak.

Nampak macam aku asyik cakap masyukk masyukk kan ye sebab ni zaman keras dik. Kalau kau belajar tak pandai, tapi kalau kau ada skill memang kau boleh hidup. Tapi ada skill je pun tak guna juga dik kalau kau malas. Haa gitu.

Jadi benda yang kau kena ada sebenarnya adalah RAJIN. Rajin + skill memang akan berjaya. Jangan set kat fikiran kau, alaa tapi tak minat. Minat ni boleh dipupuk dik. Dia bila kau dah start buat, dan kau dapat hasil dari benda yang kau buat tu auto minat.

Photographer pun boleh duit. Pandai melukis pun boleh buat duit. Tak ada modal takpe, kau kerja dulu dengan orang. Kalau minat kerja mekanik, kerja dulu dengan orang. Belajar. Itupun dikira belajar.

Ilmu Allah ni luas, dik. Kau belajar daripada tokey macam mana dia repair kereta, macam tokey tu handle bisnes dia. Bila kau dah pandai, kau boleh buat sendiri.

Banyak cabang, dik. Kau kena brainstorm dan fokus okay. Kau ada harapan. Jangan mengalah dulu. Mungkin rezeki kau tak ada dekat SPM tapi dekat benda lain yang kau nak kerjakan nanti. Yang penting yang kau nak buat tu kerja halal dan diberkati.

Dan bila dah buat jangan give up okay. Bina nama ni ambil masa sikit tapi bila orang dah kenal kau, kau dah tak payah cari orang, orang sendiri akan cari kau. Yelah self-skill ni selalunya akan leads to kau akan meniaga sendiri.

Jadi awal-awal ni kau bina nama, kau bina trust dan istiqamah je dengan apa kau buat. Jangan tukar-tukar. 2-5 tahun akan datang nanti kau tengok hasilnya. Menjadi, dik. Percayalah.

Untuk yang berjaya SPM, alhamdulillah tahniah aku ucapkan sebab kau berjaya capai target kau. Aku harap urusan kau selepas SPM ni dipermudahkan dan aku harap kau jangan terlalu selesa atau pun dah malas belajar sebab dah all out time SPM.

Masa masuk Uni nanti suasana dah berbeza. Kau kena kekal dan tingkatkan momentum belajar kau. Sambil tu kau pun boleh tambah skill untuk diri kau macam aku cakap dekat atas. SPM tu satu tiket untuk kau mudah dapat kerja, tambah kau ada skill tambahan lagi point plus untuk kau.

Sebab tu tajuk aku SPM bukan penentu segala. Rezeki kita ni tak ada siapa yang tahu. Tapi selagi mana kita berusaha in shaa Allah, kita boleh berjaya.

Berjaya ni pun ada banyak makna pada setiap individu kan. Boleh bangkit bangun Subuh sebelum azan pun dianggap berjaya kalau itu target harian dia.

Berjaya yang aku maksudkan dekat sini, kau boleh hidup senang, bahagiakan mak ayah, boleh bagi mak ayah kau duit belanja tiap bulan, sponsor mak ayah pergi umrah / holiday.

Untuk kita yang dah berusia ni, aku harap kita boleh bagi harapan dan galakkan pada anak muda sekarang. Mereka ni peneraju negara aahh gitu aku cakap dah macam YB hahahah tapi begitulah nak katanya. Aku nak tengok anak muda bangsaku berjaya. Itu saja.

Jangan lupa, Brainstorm, set kan apa yang kau nak capai, apa target kau, apa kau nak buat 5 tahun akan datang, ke mana arah tuju carried kau. Buat dari sekarang dik. Tak tahu, tanya pada yang tahu. Cikgu ke kenalan sosial media ke.

Kena tahu what’ next dengan what if. Okay? Baru kau akan nampak perjalanan tu lebih jelas. Aku dulu tak nampak benda-benda ni. Aku cakap sebab aku tak nak korang jadi macam aku. Lambat sedar. Masa terbuang begitu saja.

Jadi korang ni muda lagi. Banyak masa lagi. Jangan bazirkan masa buat benda-benda yang sia-sia. Masa dah pergi tak kembali, dik. Putus dengan boyfriend / girlfriend boleh cari ganti, dik hahahaha tiberr.

Okay semoga sukses dunia akhirat tau adik-adik!

– Anna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. memg SPM bukan penentu segala, cuma jadikan keputusan SPM yg kita dapat sbgai kenangan yang indah dan sebagai pembakar semangat kita utk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

    • Betul la tu, saya setuju.. generasi skrg ramai yg nk kerja ‘senang’ & cepat dpt hasil yg bnyak.. tu psal ramai yg nk jd “influencer” atau “tik-toker & mcm2 lg yg berkaitan medsos ni, x dinafikan ia mnguntungkn dlm msa singkat, tp bla difikir2kn balik, takkan sampai umur 60 ko nk buat keje yg sama, x jemu ke, nk ‘gaji’ org keje bwh kita pon, klau untung bnyak okla.. banding dgn keje yg melibatkn ilmu atau ‘skil’, makin lama ia semakin meningkat dan berkembang.. apa2 pon, kunci yg penting ialah rajin dan istiqomah, serta doa & tawakal kpd Allah yg maha pemberi rezeki sejak azali lg.. Wallahua’lam

  2. SPM bukan penentu segalanya tp permulaan hidup ko adalah selepas spm. Yg penting ko rajin usaha dan xputus asa. Sbb rezeki akan ade bila kita rajin berusaha. Cumanya akan berbeza adalah cara pemikiran ko nanti.

    Bagi yg dpt byk2 A tu please sblm smbg blaja kaji dulu kos yg mana boleh bg ko peluang kerja. Jgn org msk uni ko msk tp org dpt keje ko menganggur.

  3. yup, SPM bukan segalanya. tapi bukan bermakna kau takperlu ambil spm atau malas nak belajar spm. post ini hanya untuk yang lepas tu biarlah lepas, yang akan datang tu sila lah teruskan berusaha.

    kalau kau baru nak start kerja, siapa yang ada sijil spm sememangnya akan dapat gaji permulaan lagi tinggi berbanding yang tiada spm. sebab spm kau, kau akan dapat kerja lebih mudah berbanding yang tiada. ingat, sebelum nak ber skill skill tu, permulaan nak dapat kerja tu yang penting sebenarnya barulah kau akan jadi yang skill tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *