Isteri Aku Pun Curang Juga

Dia kerja gov kat KL. Aku kat kampung jaga anak.. Aku ni kerja base on projek. Ada projek ada kerja, tak de projek tak de kerja. 

So time tu projek baru habis. Masa tu memang aku stay KL dengan dia. Kebetulan projek pun kat KL. 3 tahun dok KL. 

Dan 3 tahun jugak dah kahwin masa tu. Habis projek, aku kata nak balik kg. Time tu anak jatuh sakit. Aku kata nak bawak anak balik kampung. 

Ya la, sana ada family aku dan dia. Boleh tengok2 anak sama. Dia setuju. Kami masa tu sewa rumah.

So sebab aku balik kampung, dia kata nak pindah duduk rumah kakak dia. Supaya jimat kos.

Aku tak pernah terfikir la dia akan curang ni semua. Maka bermula hidup kami pjj. 

Dia akan vc setiap hari tengok anak. Cuti dia akan balik kampung. Semuanya normal ja satu hari aku dapat mesej dari rakan sekerja dia. 

Kakak tu kata suruh pantau wife aku. Sebab katanya wife aku makin galak sejak aku tak de. Sampai keluar dengan laki2 kat ofis. 

Time tu aku pelik la.. Aku ingat orang nak fitnah ke.. Tapi kakak tu bagi details yang wife tengah bercinta dengan satu mamat servis mesin fotostat. 

Tapi kakak tu kata jangan bagitau wife la kata dia cakap.

Actually aku tahu wife dengan kakak tu tak baik. Pernah bergaduh. So ada la terfikir kakak ni buat cerita ke.

Tapi aku macam take note la. Aku tak tanya dia apa.. Aku buat macam biasa. 

Dia balik kampung, aku mintak hp dia nak chek. Dia tak bagi dan nampak takut. Selama ni aku tak pernah mintak pun nak check hp dia. 

Dia tanya la kenapa. Aku kata saja nak tengok. Dia tak nak bagi. Dan terus buat drama kata aku ni tak percaya dia la apa la. 

Last2 jadi gaduh. Aku direct tanya dia sapa mamat nama Siput tu. Dia kata mana dia tau. Tak kenal orang macam tu. 

Pastu bergaduh teruk la kat hospital. Sampai kesudah dia tak bagi hp. Aku call ayah dia. Aku cerita kat ayah dia. 

Dia time tu hilang entah kemana. Aku tak tahu la apa berlaku lepas tu. Tiba2 dia wasap aku dia mintak cerai. 

Aku pun macam aik… Okey.. Aku sengaja prove dia dalam mesej. Suruh dia mengaku. Last2 dia mengaku. 

Tapi dia tak cakap dengan siapa. Dia macam mengaku secara terpaksa. Ibarat macam ko buat fitnah aku iyakan.. Macam tu la cara dia. 

Aku tanya kalau tak buat kenapa mintak cerai. Dia kata sebab aku tak percaya dia. Dia kata aku tak de bukti tapi tuduh dia. 

Aku kata kenapa tak mau bagi tengok hp. Dia diam.. Dia kata buat apa. Dah aku tak percaya. Dok putar belit macam tu la. 

Aku masa tu banyak fikir anak.. Aku kata macam ni.. Kita ada anak.. Tolong fikir anak.. Anak tak sihat. Aku suruh dia mai jumpa aku. 

Lepas tu dia mai. Dia terus cakap dia tak boleh hidup dah dengan aku. Nak bercerai. Aku tanya anak macam mana.. Dia kata tak pe dia jaga. 

Aku tanya kenapa nak bercerai. Dia kata sebab dia benci aku sebab aku tuduh dia curang. 

Banyak la drama. Aku kata kalau ko nak bercerai pergi mahkamah sendiri la. 

Tapi sebelum tu aku dah contact kakak tu mintak no fon mamat Siput tu.. Dia tu muda lagi la. Muda dari wife. 

Aku call mamat tu. Tapi mungkin sebelum tu ex aku dah bagitau Siput pasal hal ni.

So Siput mula2 biadap jugak cakap dengan aku. Kononnya dah wife ko tak nak ko. Ko nak call aku buat apa. Selepas aku sedas dua kat dia. Terus dia kendur. 

Dia kata mula2 kenal wife, wife kata single. So dia kawan la. Pastu malam2 wife selalu datang rumah dia.. Dia duduk rumah bujang. 

Baru2 ni ja dia dapat tau kata wife aku tu isteri orang. Tapi sebab dia dah sayang dia nak kahwin dengan wife aku. 

Aku tanya korang ada tido sekali ke. Dia mengaku ada.. Almost every night. Pastu pernah bercuti sana sini dia kata. Ibarat hidup macam laki bini la. 

Aku masih cuba nafikan kebenaran tu. Aku call kakak dia. Aku tanya kak ipar aku, ex aku selalu balik rumah pukul berapa. 

Kakak dia kata dalam 6 petang pastu 8 lebih keluar semula katanya ada OT. Ok aku senyum hambar. Sebab tahu dia tipu kakak dia. Pejabat dia mana ada OT. 

Sebenarnya time tu macam blank tau. Sebab tak pernah terfikir kan benda ni akan jadi kat aku.. Aku tak tau nak take it macam mana benda ni. 

Aku mengamuk kat perempuan tu. Aku tanya kenapa. Apa salah aku.. Aku punya sayang kat dia.. Dia jawab sepatah dah tak suka. Buat apa nak paksa. 

Aku tanya kenapa tak suka. Macam2 alasan tak logik dia. Kata aku tak kerja la apa la. Aku kata sebelum kahwn pun tahu kan kerja aku macam mana. 

Pastu aku jaga anak.. Bukan dok sja. Dan masih on nafkah setiap bulan.. Dia masih kata dah tak de perasaan. 

Aku kata pergi la uruskan kat makamah. Mak aku kata orang dah tak suka biar la. Jangan merayu2 lagi pujuk mak aku. 

Oh ya, punya bodoh aku ni. Boleh aku kata berubah la. Kita baiki demi anak.. Fikir anak. 

Boleh dia jawab macam ni.. Dayusnya ko. Dah tau bini tido dengan laki lain pun masih nak.. Tak kisah bekas sapa pun ye. Sambil senyum menganjing. 

Ya Allah. Memang sakit sangat time tu.. Last2 makamah hantar surat. 

Aku tengok alasan2 dia letak tak de persefahaman. Aku tuduh dia.. Aku guna kata2 kesat.. Macam2 lagi la. 

Hakim tanya betul apa isteri awak tulis.. Aku kata ya ja walaupun tak betul.. Bagi aku buat aku nak nafikan. 

Dia nak cerai kan. Ada la hakim marah2 aku.. Aku diam ja.. Biar la aku dimalukan..

Aku pegang satu ayat dia.. Aku dayus nak dia walaupun tahu dia tido dengan laki lain. Aku tak nak jadi dayus lagi.. Hakim suruh lafaz, aku lafaz. 

Sebelum tu, aku cakap kat dia, aku nak jaga anak.. Biar anak dengan aku. Dia setuju. 

Ya la, kalau anak tak de lagi bebas dia.. Aku balik kampung ramai la orang pujuk. 

Karma la kifarah la. Dia akan dapat balasan la.. Aku tak fikir apa pun la walaupun down sangat2. 

Habis eddah aku dapat tahu dia kahwin dengan mamat Siput tu.. 

Jujurnya aku fikir tak mungkin diaorg akn bhgia. Dia tipu aku.. Macam mana dia buat aku, pasti mamat Siput tu buat dia. 

Aku fikir semua balasan dia akan dapat tapi aku rasa dah 4 5 tahun jugak diaorang bersama. Bahagia ja aku tengok.. Ada anak dua orang. Tak de pun rumahtangga diaorg hancur. 

Malah lebih bahagia berbanding hidup dengan aku. Benda ni buat aku makin down.. 

Anak aku dengan dia dah meninggal sebelum kami bercerai.. Masa tu anak memang kritikal dah time kami bergaduh teruk tu. 

Aku ja sebatang kara sampai sekarang.. Nak kenal sapa pun trauma masih ada. Macam2 fikiran… 

Dunia sekarang ni yang dianiaya hidup tertekan, yang menganiaya hidup bahagia ja kan.. 

Entah la.. Entah apa la tuhan tulis pun tak tahu la… Aku kuat untuk pujuk hati dia istiraj ke apa ke. 

Bagi aku, dia yang buat salah, tapi kenapa aku yang dihukum sedangkan dia bahagia, aku menderita. Entahlah kat mana keadilan aku.. 

– Rie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

19 Comments

  1. jantan lembik.
    meroyan tak sudah.
    bagus sangat ko terus menduda.
    biar berenti lembik ni kat ko jek.

  2. mana bro ni tahu bini tu hidup bahagia? pernah dduk sekali ke rumah dgn dorg? bro jadi tk bahagia sbb ukur kebahagiaan sndri dgn tngok jatuh naik kehidupan ex-wife buat ape. jalani je hidup sndri dgn bahagia kalau rasa nk cari peneman, carilah dgn saluran yg betul. tk perlu smpai nk pertikai ketentuan Allah pastu merendah-rendahkan kehidupan sndri, bro down mcm ni lg galak ar ex-wife tu mendongak dada ke langit.

    • *salah mendabik dada. tkleh geram sbb bro ni boleh hidup bahagia dgn cara sndri.

  3. Mudah je. Jgn tengok apa yg ex wife tu tunjuk. Dlm sosial media semua bahagia. Tapi hakikat kita pun tak tau. Hope awk dpt bahagia yg awk cari.

  4. Dia hidup bahagia di dunia je, di akhirat macam mana nak bahagia? Dah kahwin tapi berzina dan derhaka suami, tiada hukuman di dunia jadi hukuman dia akan di mana? Kita tahu jawapan utk semua soalan ni jadi don’t be obnoxious. Bersyukur nikmat iman yang Allah bagi, fokus utk diri semdiri kejar kebahagian di akhirat sana

  5. Bro tak kena hukum pun. Itu semua ujian

    Dia bahagia, tu ujian. Bro sedih, tu pun ujian

    Perasaan sedih ni makhluk. Banyakkan berdoa supaya sedih diangkat oleh Allah dan dipermudah segala urusan utk lalui segala ujian.

    Kita di dunia tak lama pun, alam barzakh lebih panjang.. semoga bro cepat2 pulih dari perasaan ini, dan terus semangat utk hidup.

    • Karma belum start sebab u masih berpegang kepada benda masa lalu & asyik fikir bila karma akan berlaku pada ex. Kalau masih macam ini, karma wont take over. Abang lepaskan dia sepenuhnya & maafkan dia (cuba ikhlaskan walaupun hati tu sakit sangat). U do this, you will see how yout life change 360° and you will see how karma working on his job. Trust me..i have gone through the same. You deserve to be happy, when you start be happy she will.start face her karma. This how karma works. Let go her brother.

  6. Jgn salahkan takdir atau mnganggap Allah tidak ‘adil’.. sbenarnya Allah lbh kenal diri kita dan apa yg terbaik utk kita.. mahkamah yg sbenar ialah d Akhirat.. mngkin Allah nk mnguji kesabaran kita dan bakal mendapat ganjaran yg besar di Sana nt.. begitu juga dgn bekas isteri, mngkin nmpak bhagia skrg, yg ke depan xtau mcmne lg, hidup ini bkn sehari dua.. klau dia x bertaubat dari kecurangan n dosa2 yg lalu, balasan d Sana lg ‘berat’.. Wallahua’lam bissawab

  7. Awak orang yang tuhan pilih untuk hadapi semua ni, sebab tuhan tahu awak mampu.
    Kehadiran ex dalam hidup rie adalah sebagai antagonis cerita, sekadar wujud untuk memberi pengajaran.

    Dan kebahagiaan tu sendiri adalah kuasa tuhan, tak terbatas kepada materialistik keinginan manusia semata. Sebab tak semua yang kita inginkan adalah yg terbaik buat kita.

    Kalau ada duit yang cukup, cubalah tunaikan umrah, serahkan diri sepenuhnya kepada Dia. Minta supaya Allah tunjukkan balik jalan pulang kepadaNya, minta supaya dipertemukan jodoh baik yang mampu bersama kita sehingga ke syurga.

  8. Allah uji kau bro. Melalui kesetiaan kau kat isteri. Adil Allah dengan kiraan adil pada mata kau tak sama la. Allah uji sbb tau yang kau mampu. Kau tulis ni pun sbb kau kuat untuk meluah kan, cuma kau stuck tgk kehidupan bahagia ex. Come on encik, cari bahagia kau kat luar sana. Kau berhak bahagia , dan ex kau pun berhak bahagia dengan jalan pilihan hidup dia. Tapi, fokuslah dekat diri kau banyak².

  9. Saya doakan tuan akan jumpa bahagia akhirnya. InsyaAllah bahagia akan dtg pada waktu yg tepat. Bersangka baiklah dengan Allah. Berdamai dengan takdir. Jgn dirisik apa kehidupan ex wife skrg samada dia bahagia atau tidak. Cari bahagia tuan sendiri.

  10. Takde guna ko stalk dorg, harapkan dorg dpt balasan. Apa yg kau nmpak dorg bahgia tu boleh jadi betul, boleh jadi tipu2 semata. Better ko focus diri ko, hidop ko.

  11. okay confession ni sedih..semoga dipermudahkan urusan.. kdg2 dah tertulis merasai perkahwinan tu cukup hanya sekali dan pernah merasa bahagia ada pasangan ,, fokus diri sndiri keluarga dan akhirat.. kita hidup pun bukannya lama, entah2 esok x celik2 dah mata…

  12. Fikir 1 perkara saja bro.. Allah tak pernah tidur, cepat or lambat pembalasan tetap diterima oleh isteri yang curang dan minta cerai dari suaminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *