Aku Bukan Pandai

Hi, aku Laici. Aku tak pernah menulis sebarang confession mahupun menulis diari. Bagi aku biarkan segala apa yang aku rasa menjadi rahsia hidup aku seorang.

Tapi tak bermakna aku pandang serong kepada orang yang selalu menulis sebab aku kagum mereka mampu meluah isi hati waima mencoret ke selembar kertas.

Aku suka membaca confession juga komen pembaca sebab kadang-kadang aku boleh relate dengan kehidupan aku.

Cuma nya kali ni perasaan ini buatkan aku cuba untuk meluah. Mungkin bagi pembaca biasa, tapi aku harap boleh dijadikan juga panduan kepada adik2 di luar sana.

Untuk pengenalan, aku seorang perempuan, mid 30s and bekerjaya di MNC di ibu negara. Tajuk aku bukan pandai aku relate dengan diri aku dalam latar belakang pendidikan.

Di kala musim keputusan SPM baru diumumkan yang mana rata2 anak2 muda mencapai seberapa banyak A dalam genggaman, aku bangga kerana aku tahu betapa susah nya untuk menggapai keputusan begitu,

Tahun demi tahun setiap kali musim keputusan SPM diumumkan, tiada apa istimewa bagi dewasa macam aku. Kerana aku juga pernah bergelar seorang pelajar dan jugak pernah melalui situasi yang sama.

Tapi entah mengapa kali ini, ketika aku mengemas ruang pejabatku, aku terpandang file yang penuh dengan sijil2 persekolahan dari sekolah rendah sampai ke universiti.

Aku buka file dan belek satu persatu sijil yang ada. Dan mataku terhenti kepada sijil SPM ku. Tahun peperiksaan, 2011. Jumlah mata pelajaran 9 subject, dengan aliran sains teknikal. Result paling bagus 1A, dan paling teruk 1E. Tiada gagal, alhamdulillah.

Dalam suasana persekolahan luar bandar pengkelasan kelas mengikut keputusan PMR. Aku ditempatkan ke kelas pertama, konon nya kelas budak2 pandai.

Zaman dulu, zaman di mana kita hanya mengikut apa yang ditetapkan pihak sekolah. Semua orang mahukan tempat di kelas pertama kerana ia seperti kasta dalam sekolah. Dipandang tinggi guru2 dan rakan2. Walau hakikatnya kelas kedua dan ketiga beza nya adalah aliran account dan sastera.

Sedaya upaya aku mencuba walaupon bagi aku sukar terutama addmath dan kimia. Seperti dijangka result kimia aku D and addmath E. Tapi aku bersyukur sebab masih lulus.

Fast forward aku meneruskan pengajian di universiti dalam diploma DBS. Aku terpaksa bermula dari zero untuk subject account. Struggle dengan debit credit, namun lulus dalam exam akhir. Kemudian menyambung lagi ke peringkat ijazah dalam Pengajian Antarabangsa.

Alhamdulillah grad on time dengan keputusan second class upper. Berbekalkan result degree, aku mulakan kerjaya di ibu kota. Rezeki aku bekerja dengan syarikat2 besar seperti GLC and MNC.

Bermula dari bawah aku mengutip pengalaman dan selepas 10 tahun aku menyambung lagi pelajaran ke peringkat sarjana dan 2 tahun kemudian aku berjaya grad on time dengan CGPA 3.5 above.

Rezeki ku dalam kerjaya juga alhamdulillah bagus, dengan kelayakan yang ada aku dinaikkan pangkat, gaji aku direvised selayaknya.

Rata-rata yang aku jumpa semua mengatakan aku pandai, menjadikan aku role model untuk anak2 mereka. Tapi aku membalas, aku bukan pandai, cuma aku bekerja keras untuk sampai di tahap ini.

Kerana jauh dalam sudut hati aku, aku masih merasa kerdil jika dibandingkan kawan2 sekerja yang background sekolah berasrama penuh, matrikulasi dan sebagainya.

Hari ini, ketika aku terpandang kembali result SPM ku, aku bersyukur dengan apa yang aku mampu gapai kini.

Dan untuk itu, kepada adik2 yang result nya tidak seberapa, jangan sesekali berputus asa. Kerana hanya kita yang menentukan hala tuju hidup kita. Sekali gagal, bukan bermakna gagal selamanya.

– Laici (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *