Assalamualaikum. Hai Admin dan Pembaca.
Jeragat. Tompokan hitam di muka. Membuat muka cam comot. Malu aaa.
Maka, kita akan cari jalan. Sembuhkan atau sembunyikan. Hmmm.
Saya rasa down bila jeragat mula bergabung di pipi. Saya cuba krim dan pencuci muka yang claim jeragat akan gugur sampai akar akarnya. Gagal.
Itulah. Syukur nya kurang. Mengeluh yang banyak.
Suatu hari anak tegur, tompok putih sebesar kuku jari kelingking, di tepi mata. Panau ke?
Memang saya nampak. Kat tangan pun ada, tapi ia kecil kecil, saiz kepala mancis gitu.
Sebenarnya, ada lagi satu tompok putih. Yang ni dah lama. Dekat dua tiga tahun dah. Kat paha.
Saya rasa cuak juga. Saya pi klinik (kk). Oh, masalah Kecil aje ni, kata doktor dan diberikan krim. Temujanji lagi seminggu.
Bila pi lagi sekali doktor kata mungkin alahan panas. Sebenarnya, saya tak rasa itu alahan panas.
Saya pergi ke klinik lain (swasta). Doktor kata itu vitiligo.
Bila doktor kata begitu, kecewa rasa hati. Teramat sedih.
Jadi, apalah sangat jeragat bila kau ada vitiligo @ sopak..
Ya, sopak. Kalian bayangkan kesan sopak kepada seseorang. Kesan psikologi yang paling besar.
Michael Jackson pun vitiligo. Dulu, saya sangka Michael Jackson bleaching kulit supaya nampak putih.
Hari berlalu. Kesan putih semakin bertambah. Di atas kening. Bawah hidung.
Kenapa saya kena vitiligo? Saya tak pernah Hina orang sopak. Saya sedih dan murung.
Saya berbual dengan Ima. Rakan sekerja, seorang wanita muda yang ceria dan berkulit hitam Manis.
Saya cuba mengambil semangatnya. Mengumpul kekuatan Dari seorang wanita bergaya yang diuji vitiligo.
Ya, dia sangat positif. Biarpun sebahagian mukanya putih, bertompok dengan kulitnya yang hitam Manis, itu tidak mengubah personalitinya.
“Bohonglah kalau tak sedih. Tapi saya Masih boleh melihat, badan saya Masih sihat, saya Masih boleh sports. Kawan kawan sentiasa support saya. Jadi saya memilih untuk syukur” kata Ima
Ima tidak mahu buat rawatan sebab kosnya mahal dan tak menjanjikan pulih sepenuhnya.
Jenis vitiligo kami berbeza. Tompokan kulit Ima, besar besar. Saya pula Kecil dan berselerak.
Saya dapatkan rawatan di Klinik Kulit Dr. K*, mahal kosnya.
Tapi alhamdulillah, tompok putih tu dah bertukar kepada warna asal. Cuma, hilang di tepi mata, dia muncul di tempat lain. Huhu.
Bila kena vitiligo ni, saya selalu terserempak dengan insan senasib. Ada yang sudi berkongsi tips rawatan.
Sekarang, saya sangat menghargai kulit meskipun ia kedut atau berjeragat.
Pada saya, apalah sangat jeragat jika dibandingkan dengan vitiligo.
Semoga tompokan ni tak merebak dan Allah beri kesembuhan. Aamiin.
– Mala (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit