Anak Yang Dah Penat

Intro aku Andy umur pertengah 20an. Aku ada 3 beradik. Mak ayah sihat walafiat.

Aku tak tahu nak luah pada siapa apa yang aku rasa. Aku betul2 penat dah hadap family aku.

Aku tak tahu nak mula cerita dari mana sebab aku tak pandai mengarang. Tapi apa yang boleh aku simpulkan banyak yang aku lalui pahit dari yang manis dengan family. Parents aku umpama tak pernah hargai apa yang aku tolong dorang.

Dulu kakak aku lari ikut jantan. Rampas suami orang. Bukan sorang jantan. Bertukar2 ye. Macam2 hal dia buat. Tak ada pun bapak aku bantai dia. Tak ada maki herdik. Lepas tu dorang nikahkan dia je. Dia nikah pun aku tak tahu bila.

Masa dorang nak cari anak dorang hilang pandai cari aku. Aku call kawan2 polis mana yang boleh tolong. Aku sewa kereta untuk kejar kakak aku dengan laki orang ni.

Masa tu aku student lagi. Tolak tepi semua assignments sebab parents dok menangis anak perempuan conteng arang dekat muka. Aku tak sampai hati tengok keadaan parents aku masa tu.

Tak lama lepas tu suami dia kena buang kerja. Parents aku pulun tolong dorang. Yelah tinggal gaji kakak aku je. Hantar minyak masak barang basah.

Tup tup tahun tu family aku di uji lagi. Adik aku masuk lokap pula. Sebab dia pukul orang. Suami kakak aku tu kalau boleh nak biar adik aku masuk dalam terus. Tak bagi ikat jamin adik aku.

Masa tu adik aku baru habis sekolah. Bagi aku dia ada masa depan. Kalau kita tak jamin. Susah untuk masa depan dia. Lagi pun pengadu dah tarik laporan polis.

Masa tu aku dengan parents dah sepakat nak jamin. Suami kakak aku boleh cakap dekat kakak aku. “Kalau you ikut pergi court esok. Jatuh talak”. Jadi kakak aku pun tak ikut.

Settle urusan adik aku. Bapak aku takde cakap apa dekat suami kakak aku. Begitu mudah dia jatuhkan taklik. Esok lusa dorang elok balik.

Suami kakak aku tu memang kurang ajar. Kadang parents aku cerita jugak suami kakak aku cakap kasar2. Tapi parents aku diam je. Mungkin takut nak tegur. Takut anak dia jadi janda kot.

Sekarang kakak aku dengan suami dia kerja overseas. Aku lega sebab tak payah jumpa selalu. Balik kejap2 pun cakap menyakitkan hati. Macam dia terpaling berjaya. Suka sangat perli2 orang.

Yang paling aku terasa sekali. Baru ni makcik aku sakit. Makcik aku mintak tolong refer dia hospital dekat area KL. Aku pun call bapak aku. Mintak tolong teman aku pergi hospital tu esok untuk pendaftaran.

Yelah makcik aku punya suami orang kampung dia pun tak ada anak. Dia tak berapa paham procedure jadi dia mintak tolong aku tunggu dekat sana. Makcik aku ni datang dari jauh naik ambulans.

Tapi apa yang aku dapat maki hamun dari bapak aku. Sebab dia dah plan nak pergi Perlis sebab ada kenduri kahwin kawan kakak aku. Aku tak tahu pulak kenduri kahwin kawan anak tu sepenting itu.

Kakak aku pun sanggup ni balik Malaysia sebab kawan kahwin. Dulu nenek sakit pun tak balik. Hahaha sampai dah meninggal dah nenek aku.

Aku siap beri cadangan dekat bapak aku dorang tu tak boleh ke sewa kereta dekat KLIA. Gaji dah besar masing2. Perlu ke angkut mak ayah ni sebab nak guna kereta mak ayah?

Kadang aku pelik jugak dorang tak tahu mana satu priority. Ni adik sendiri sakit teruk. Boleh sanggup dahulu kan benda yang tak patut. Padahal dalam kereta bapak aku kena duduk seat belakang. Sebab suami kakak aku nak bini dia duduk sebelah apa jadi pun.

Bapak aku ni badan besar tinggi orangnya. Aku kesihan tengok terpenyek gitu. Tapi yelah dia merelakan. Aku kot yang terlebih concern.

Sampai hari ni aku teringat2 apa yang bapak aku maki aku. Dia kata nya aku ni bodo*, banga*g. Kau jangan nak bawak balik dorang kat rumah aku. Allahuakbar. Sedangkan adik sendiri di uji dengan kesakitan yang kritikal masa tu.

Boleh dia risau orang nak tumpang tidur di rumah. Sedangkan tetamu itu datang membawa rezeki. Dia kata dia dah janji dengan kakak aku. Jangan ganggu urusan dia. Dia kata dah lama rasa aku nak cari pasal aje dengan kakak aku.

Astaghfirullah.. demi Allah sedikit rasa dengki pun tak ada. Padahal aku mintak dia teman aku drive je sebab seharian hari sebelum nya aku drive jauh. Aku tak cukup tidur. Aku ada je untuk dorang bila dorang susah. Tapi… ini yang aku dapat dari dorang.

Aku tahu aku tak mampu nak bagi dorang duit tiap bulan 1K. Baru nak start up life orang kata.

Tu dorang boleh maki aku teruk2 sedangkan anak yang buat kesalahan di sisi Islam dorang boleh diam. Dorang akan cari aku bila dorang ada problem. Bila dorang senang dorang lupa.

Ke aku je rasa family aku ni toxic? Hmm.

Aku harap korang doakan aku berjaya. Aku dalam process nak migrate. Aku nak bawak diri. Aku dah penat.

Terima kasih.

– Andy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. pergi menyewa dekat luar sis. ko jangan nak duduk dengan parents dah. parents toxic tu real, dia ingat anak dia retirement plan dia, bila dah ada mindset macam ni memang berat sikit nak pleasekan mak bapak anon, sebab bagi dia nilai kejayaan and the way you pay them back is through the amount of money you give. so ko keluar je la anon, pergi je menyewa bilik, biar la sempit and tak secomfortable macam kau kat rumah asalkan mental health terjaga. ingat anon, kau terlalu muda untuk gila hanya kerana dapat parents macam tu. biar je la dia sanjung kakak tu, nanti dia dah penat mendongak ke langit, pandai la dia berpijak balik kt bumi. you’re an adult now, jangan habiskan usia untuk menangi hati semua orang. cukup anon dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin as anak, macam mana cara diorang nak terima, terserah la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *