Pelacur Yang Bertaubat

Assalamualaikum semua. Seperti yang kalian baca pada tajuk. Pelacur. Ya! Itulah aku yang dulu. Sangat hina dan jijiknya aku.

Aku bukanlah mahu membuka aib yang Allah tutup. Kalian tidak kenal aku siapa. Aku harap apa yang aku kongsikan ini menjadi iktibar dan menunjukkan bahawa Allah sangatlah baik.

Sekarang aku berumur 25 tahun. Aku hilang dara aku pada usia 21 tahun. Selepas aku tamat diploma, aku serabut bila Ibu aku sering minta duit dan berulang kali kata aku anak derhaka jika tak beri dia apa yang dia nak.

Ujian aku bertimpa-timpa sehingga aku dulu menyoal kewujudan Tuhan. Kenapa aku sering diuji dari kecil. Aku benci Tuhan pada masa tu. Teruknya aku.

Aku anggap apalah sangat dosa zina aku, dah alang² mak aku nak sangat aku masuk neraka. Tapi aku ikut je cakap mak aku, tidak pernah sekali aku naikkan suara dekat dia. Hal rumah, segala bil semua aku perlu tanggung.

Pada usia aku 21 tahun, aku mula ada sugar daddy. Kalau kalian nak tahu, kebanyakkan sugar daddy di Malaysia sukakan wanita melayu. Kata mereka wanita melayu lebih bernafsu berbanding cina dan india.

Perkara yang bukan perlu dibanggakan namun malunya kita sebagai wanita melayu. Dan kebanyakkan mereka ada juga melayu, suami orang. Mereka anggap “makan luar” ini normal.

Bila isteri tak dapat puaskan mereka di atas katil, itu tugas kami puaskan suami mereka. Dan jika isteri call, mereka jawab.. kata la tengah kerja ke lepak ke.. kami diam je kat sebelah.

Dua tahun aku terjerumus dengan dosa zina. Hati aku tak pernah tenang. Setiap hari aku rasa berdosa. Rasa bersalah dengan isteri mereka yang mereka tak tahu perangai sebenar suami.

Setiap kali dengar azan. Aku termenung, sampai bila aku macam ni. Sampai bila nak makan duit haram. Sampai bila aku kena ikut kehendak mak aku yang nak ribu riban tiap bulan.

Aku nak berubah. Aku nak Allah sayang aku. Biarlah kalau mak nak buang aku dari hidup dia sekalipun, aku nekad nak berubah..

Hidup aku tercari² kasih sayang. Hidup aku kosong. Aku nak rasa kemanisan iman. Kemuncak aku betul² nak berubah, adalah bila waktu berzina, aku dengar azan. Aku berhenti. Masa tula aku terdetik, aku tak nak buat macam ni dah.

Start dari situ, aku mula mimpi kiamat, aku mimpi mati. Aku tahu Allah nak bagi aku hidayah. Aku taknak lari dari hidayah Allah. Aku nak Allah ada, peluk aku.. hamba yang hina ini. Aku Nak Allah pandang aku sebagai hamba yang taat, Aku nak Allah redha dengan aku.

Aku tinggalkan semua tu, aku berhijrah ke negeri lain. Waktu tu.. memang mak aku marah sangat sebab aku dah stop bagi duit.

Mak aku tak pernah tanya aku makan ke tak. Dia tak kisah aku ikat perut asalkan bagi dia duit. Jangan tanya ayah aku mana. Mak ayah aku bercerai, ayah aku kahwin lain dan tak ambil tahu tentang aku.

Aku mula jaga solat. Aku join usrah, pergi masjid. Aku labuhkan tudung. Tutup aurat, pakai handsock dan stoking. Aku nekad nak kejar cinta Allah. Walaupun aku akui, istiqamah tu berat. Macam mana pun, hati aku rasa sunyi.

Aku berdoa moga Allah tutup aib aku, beri aku seorang suami yang tak pernah mengugut aku dengan derhaka dan neraka seperti Ibu aku. Aku taknak lagi syurga aku pada ibu aku. Aku penat tunaikan segala kehendak dia.

Dan tak lama, Allah jawab doa aku. Doa hamba dia yang banyak dosa. Aku kenal dengan suami aku masa tu, dia sangat baik yang membuatkan aku tahu aku tak layak untuk jadi isteri dia.

Aku reject dia 2 kali, tapi dia terus terusan dekati aku. Aku buat solat istikharah minta petunjuk sebelum aku terima dia.

Dekat dengan hari perkahwinan, aku takut suami aku tahu aib aku. Aku tak beritahu dia kisah silam aku. Aku berdoa supaya Allah tutup aib aku dari suami aku. Aku takut sangat.

Seminggu berkahwin, aku tak bagi suami aku sentuh aku. Aku tak ready. Tapi dia bersabar. Tak pernah dia paksa aku. Dengan kelembutan dia, kasih sayang dia tunjukkan akhirnya aku mengalah. Aku takut dia terus ceraikan aku. Tapi syukur, Allah tutup aib hambanya ini.

Dia tak tahu yang aku memang tiada dara. Dan aku sendiri rasakan malam tu aku memang ada dara. Kuasa Allah tutup aib aku. Dalam solat aku menangis, bersyukur kepada Allah jaga perkahwinan aku.

Aku tahu aku bukanlah isteri yang sempurna, aku cuba yang terbaik untuk dia.

Aku jaga makan minum dia, aku tak pernah biarkan dia basuh pinggan. Makanan aku hidang depan dia. Rumah sentiasa aku bersihkan walaupun aku penat balik dari kerja. Walaupun kadang dia ada juga tolong aku bersihkan rumah.

Hal kelambu, aku buat yang terbaik juga. Mostly aku yang goda dia. Sebulan dua je aku tunjuk malu. Aku nak pahala banyak² supaya Allah terus sayang aku.

Rahmat Allah sangat luas. Aku tak pernah terfikir aku dapat suami yang baik. Semoga dosa aku dulu tak turun kepada keturunan aku. Dosa aku terlalu banyak untuk dapat nikmat ni.

Aku malu pada Allah. Jahatnya Aku dulu selalu bersangka buruk pada Allah. Tapi Allah tetap beri aku hidayah, tarik aku kepada Dia.

Mak aku pula, maki laa aku macam mana pun. Hati aku dah kental. Aku hanya beri dia berapa yang aku ada je. Aku kerja admin gaji 3k. Aku beri dia seribu tiap bulan.. bukan lagi 4-5k macam sebelumnya.

Maki aku, suami aku akan back-up hahaha.. Aku tetap sayang mak aku. Jahat² pun dia tetap yang lahirkan aku walaupun hampir setiap hari sebut aku ni derhaka hanya kerana tak dapat duit.

Buat kalian yang baca, aku nak korang tahu.. Allah sangat baik. Tersangat baik. Dosa kita banyak, tapi Allah Maha Pengampun. Sampai sekarang aku masih dibelenggu dosa lama. Tapi aku yakin, Allah masih beri aku nyawa untuk aku tebus dosa aku.

Kalian doakan aku dapat menunaikan umrah ya. Aku nak sangat ke sana. Hidup aku sekarang sangat tenang, masih diuji hebat tapi kali ni.. Allah ada. Allah ada.

Aku tak sunyi lagi. Aku tak rasa kosong lagi. Allah dekat. Sampai masa Allah ambil nyawa aku, aku nak hati aku penuh dengan kerinduan kepada Allah dan Rasulllah.

Aku redha Allah Tuhan aku, aku redha Islam agama aku, aku redha Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul aku.

Terima kasih, Ya Allah.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. ya Allah sis, pegang elok-elok hidayah Allah bagi tu. Tak semua dapat & tak semua merasai nak cari hidayah Allah & dpt pulak suami yg baik. Moga terus kuat istiqomah di masa datang. BEST baca kisah sis.

  2. Alhamdulillah, moga2 mereka yg pernah dan sedang berada di fasa ujian seperti ini sentiasa diberi hidayah dan diberi pengiring yang baik.

  3. Alhamdulillah..untung suami sis dpt layanan terbaik zahir dan batin dari isteri yg menyejukkan hati…memuliakan suami sgt besar pahalanya smpai Rasulullah kata isteri solehah boleh masuk syurga dari mana2 pintu yg dia suka

  4. Ya Allah, mengalir air mata baca kisah sis ni🥹Semoga Allah juga memberi hidayah kepada diriku ini…dan berikan juga seorang suami yg baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *