Semoga Anak Kau Derhaka Dengan Kau

Baca tajuk je dah tahu ini kisah tentang apa, ya ini kisah tentang anak derhaka.

Aku dilahirkan dalam 9 orang adik beradik, aku anak yang ketiga last. Waktu aku kecil, aku ni kira anak yang baik tapi spoiled disebabkan aku anak lelaki dan juga keluarga aku dah agak berada (berduit sikit).

Daripada segi pakaian aku tak perlu cuci, dah habis pakai campak ke lantai. Makanan pun aku sekadar minta sahaja, lepas dah habis pinggan bersepah atas meja. Yang uruskan adalah mak dan kakak aku.

Sekarang ni aku dah nak 30, belum berkahwin dan aku agak menyesal dengan perbuatan aku yang dulu dan juga sekarang.

Dulu aku derhaka dengan arwah ayah aku waktu dia hidup, yang aku ingat sebelum dia meninggal aku tolong urutkan dia tapi tak minta maaf pun. Sebelum dia sakit aku pernah gaduh besar dengan arwah ayah aku.

Jadi bila dia awal-awal sakit nak meninggal, aku dengar suara desahan orang tengah sakit dalam bilik tapi aku biar je. Sebab aku pun tengah tak baik dengan arwah ayah aku.

Waktu ayah aku meninggal aku jadi imam, aku nangis-nangis waktu berdoa sebab menyesal terlalu keras hati dan derhaka waktu dia hidup.

Setiap kali waktu solat aku doakan dia diampunkan dosa, ada masa aku doa supaya dia maafkan aku. Aku harap dengan doa berterusan ayah aku terbuka hati untuk ampunkan kesalahan aku di dalam kubur.

Selepas pemakaman ayah aku, kami duduklah adik beradik. Aku beritahu, sebenarnya waktu ayah sakit, aku dengar desahan dia tapi aku biar je.

Tup tup, adik aku dia bengang dia keluarkan kata. “Semoga nanti anak kau buat perkara sama dekat kau”

Aku terdiam bila dengar perkataan ni, sebab boleh jadi anak aku akan derhaka dengan aku sebab aku pun derhaka dekat ayah aku. Padahal ayah aku baik, dengan nenek aku dia tak berkasar pun.

Tahun berganti tahun, aku belum lagi berkahwin. Terngiang-ngiang perkataan siblings aku “Semoga nanti anak kau buat perkara sama dekat kau”.

Sekarang ni aku tinggal mak je, aku cuba berubah jadi anak yang baik. Tapi aku masih gagal contohnya, aku dari dulu tak pernah masak-masak, tak pernah kemas rumah.

Nak ubah, nak buat semua ni aku failed.

Kau ingat mudah ke nak ubah sifat yang dah sebati dengan kau. Jadi aku cuba ubah sikit-sikit daripada melawan, tengking kepada berdiam waktu mak tengah membebel.

Aku berjaya ubah dalam 80%, ada masa failed terkuat juga suara. Tapi aku tengah target, 100% berjaya ubah.

To be honest aku ingatkan sifat marah-marah dah hilang 100%, tapi bila aku terkuat suara dekat mak aku sebab dia mengumpat dan mengutuk orang lain. Anak haram dan sebagainya, aku jadi marah dan lawan balik mak aku. (Lawan Mulut)

Start daripada sini, baru aku perasan aku punya sifat amarah belum 100% hilang. Kalau di provoke berterusan akan keluar macam mak aku buat.

Aku jealous sangat baca kisah – https://iiumc.com/merindui-arwah-isteri/

Tapi aku sedar, aku ni Red Flag. Aku ni kategori haram berkahwin kerana ekonomi aku tak stabil dan juga sifat malas masih ada.

Aku cuma mampu berdoa dapat jodoh yang baik, dapat berubah jadi lelaki yang baik, suami yang baik, ayah yang baik kepada keluarga. Dalam doa aku juga, aku minta Allah rajin kan aku kemas rumah, basuh pinggan.

Aku nak tanya pada kaum lelaki, ada tak cara untuk berhenti onani? Memandangkan aku dah nak umur 30, kadang aku terbayang bukan bukan.

Aku cuba lawan tapi kalah dengan keinginan berjimak. Menyebabkan aku beronani sahaja.

– Sazali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. aku xtau la membantu ke x, sbb aku pun dulu kuat mencaritu wlpn aku perempuan.. sbb bg aku lawak, cerita lg kick and seronok.. tp lama2 aku malu, malu sgt2.. bab gaduh dgn mak pun ye jugak, kuat melawan.. paham2 lah mak kan, dia mana nk mengalah.. mana tau kita ni penat, mana tau benda tu salah, so aku byk melawan mak aku, cara kasar dan cara halus.. masa drive pun aku kuat marah2 n carut, sbb ko dh hati2 tp ade je ngeng ngn mencabar keimanan.. so apa aku buat.. masa drive aku zikir.. yela, aku pun dh tua kan.. sampai bila nk mcm ni.. bab mencarut, aku mmg hold ayat tu.. aku dh xsebut, kalau aku sebut aku stop then ckp maaf.. xbest pun rupanya ckp benda kotor ni.. bab melawan mak tu, kalau ko jenis duduk sekali ngn mak, ini mmg susah bang.. aku ni duduk asing ngn mak aku (dia merajuk so dia indah duduk rumah lain, haaaaaaaa, jahatkan aku?).. apa yg jd ko diam je la bang, biarlah kan mak kau tu.. habis dia bebel kau keluar, g mancing ke, menyelam ke, main kucing ke.. apa2 je lah, ko g lah beriadah jln2 taman.. g sejid pun ok, g sejid yg jauh2.. bab onani tu aku xtau, kena tanya org lelaki..

  2. Copy paste .CARA MENDOAKAN ORANGTUA YG BERTEPATAN DGN PETUNJUK ASSUNNAH itu ada 2 cara ya.,

    1.MEMOHON AMPUNAN TERHADAP ORANGTUA (yg telah meninggal)…maka mohonlah dgn Doa² yg diajarkan oleh Nabi kitaﷺ sprti..
    اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
    (bagi lelaki)
    اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
    (bagi perempuan)
    Dan jika jumlah melebihi seorang atau bnyk hujung perkataan Hu/Ha digantikan dgn lafadz “Hum”…

    Atau doa ini..,
    . رَّبِّ اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً

    Artinya: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, dan kasihilah mereka sebagaimana mereka merawat aku di waktu kecil..(Qs:surah nih:28& al israa :24)

    Atau dgn doa ini..,

    رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

    “Ya Allah, Rabb kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (QS. Ibrahim: 41)

    Jikalau belum lgi hafal doa² dari bahasa arab ini maka berdoalah dlm bahasa ibunda dgn lafadz umum sprti., “YAA ALLAH.,ENGKAU AMPUNILAH SEGALA DOSA² ARWAH IBU/BPA KU..,HINDARILAH DIA DARI AZAB KUBUR DAN SIKSAAN NERAKA.,ENGKAU TERANGILAH KUBURNYA.,MAAFKANLAH SEGALA KESALAHAN DAN KEJAHILANNYA SEMASA DIDUNIA.,TEMPATKANLAH DIA DIKALANGAN ORANG² YG MENDAPAT KASIH SAYANG DAN RAHMAT-MU.,(dan yg seumpamanya)…inilah maksud Nabiﷺ mendoakan keampunan&Kebaikan²…

    Bukan pula maksud berdoa itu kita membacakan surah Al fatihah atau surah² yg lain dari Quran.,tidak ada Dalil pun yg perintahkan utk berbuat sprti itu…ok smpai disini rasanya bab ini sudah jelas ya..in sha Allah…

    Yang kedua.,

    Ya benar..apa yg puan katakan dlm komen diatas adlh satu kefahaman yg benar kerana sprti itulah perbahasan ilmu dari kalangan ulama tentang pkra ini…

    Kerana itulah apabila seorang ank yg nk berbakti kpda orngtuanya yg telah meninggal maka yg perlu ia lakukan selain perbanyak BERDOA adlh PERBANYAKKAN MELAKUKAN AMAL² SOLEH..kerana setiap amal² soleh yg si ank lakukan itu maka pahala dari amal² soleh itu akn memberi manfaat kpda ibubpanya yg telah meninggal…justeru apabila kita sbgi seorang ank nak bersedekah atau membaca quran atau melakukan apa jua amal² soleh maka TIDAK PERLULAH PAHALA AMALAN ITU DINIATKAN KEPADA ORANG TUA YG TELAH MENINGGAL TERSEBUT dgn lafadz² yg khusus sprti “ila hadrotin mustofa khususan ila arwahi”(sebut nama arwah ibu/bpa) kerana ia adlh lafadz bid’ah yg tdk pernah diajarkan oleh Nabiﷺ kpda kita umatnya…
    TIDAK PERLU DINIATKAN UTK KIRIM PAHALA KERANA PAHALA HASIL DARI AMAL² SOLEH SI ANAK AKAN SAMPAI DENGAN SENDIRINYA KPDA IBU/BPA YG TELAH MENINGGAL MAHUPUN YG MASIH HIDUP SECARA AUTOMATIK TANPA DINIATKAN/DIPERINTAHKAN…INI KERANA ANAK ITU ADALAH TERMASUK DARI HASIL TITIK PELUH PARA IBUBPA…
    Justeru Segala amalan soleh yang dilakukan oleh anak yang soleh itu akan bermanfaat bagi orang tuanya yang sudah meninggal dunia..

    Allah Ta’ala berfirman,

    وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

    “Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (QS. An Najm: 39).

    Maka Di antara apa yang diusahakan oleh manusia adalah anak yang soleh.

    Nabiﷺ bersabda,

    إِنَّ مِنْ أَطْيَبِ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَوَلَدُهُ مِنْ كَسْبِهِ

    “Sesungguhnya yang paling baik dari makanan seseorang adalah hasil jerih payahnya sendiri. Dan anak merupakan hasil jerih payah orang tua.”[ HR. Abu Daud no. 3528 dan An Nasa-i no.4451]

    Ini bererti amalan dari anak²yang soleh itu masih tetap bermanfaat bagi orang tuanya walaupun sudah berada di liang lahat kerana anak adalah hasil jerih payah orang tua yang pantas mereka nikmati.

    Namun sayang sekali kbnykkn orang tua saat ini melupakan modal yg merupakan saham jariyah yang satu ini. Mereka lebih ingin anaknya menjadi seorang Artis atau peguam sehingga dari kecil sudah dididik dgn pkra² yg sedikitpun tidak bermanfaat utk hari slps kematian mereka…kbnykkn ank² harinini lbih pandai tergedik² bertik-tok drpda membaca Quran atau menghafal surah²…Sungguh rugi jika orgtua sedikitpun tidak membentuk/mendidik anaknya sedari kecil lgi dgn penerapan nilai² agama sbgi usaha kearah membentuk ank² yg soleh.. padahal anak soleh adalah modal utama untuk mendapatkan aliran pahala yg tidak akn terhenti walaupun jasad sudah kaku di liang lahat…

    Semoga penjelasan ini dpt mencerahkan kemusykilan yg ada..in sha Allah..
    Barakallahufeekum..

    #terus_tegar_diatas_sunnah
    cc Jasmie Ibnu Ghani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *