Kerna Syurga Itu Mahal

Assalamualaikum, hai semua. Nama aku Fefey, seorang wanita bekerjaya berumur awal 30 an.

Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang penyabar dan penyayang serta 3 orang anak yang masyaallah yang menyenangkan hati ibu bapanya.

Aku hanya nak luahkan rasa hati, bukan niat untuk mengadu domba.

Suami aku baik, tapi dia belum ada rezeki pekerjaan tetap sepanjang 6 tahun perkahwinan. Dulu pernah bekerja, sejak pkp belum ada rezeki lagi.

Anak2 aku tak hantar ke pengasuh/day care, semua husband yang jaga sepanjang aku bekerja.

Dia suami yang baik, anak yang baik kepada ibu nya. Orangnya sangat sabar.

Tapi aku juga insan biasa, aku penat. Aku penat bekerja menyara suami, anak2 dan keluarga sendiri di kampung.

Kadang tak tertahan rasa di hati. Rasa nak memberontak. Penat.

Ibu mertua ku duduk sekali dengan kami. Suami aku anak bongsu, yang selalu diarah itu dan ini oleh abang dan kakak nya.

Suami aku lah juga yang menjaga ibu mertuaku. Ibu duduk dengan kami.

Aku tak nak merungut, jaga orang tua banyak pahala. Tapi setakat ini, aku sangat terbeban dengan tambahan kewangan apabila ibu duduk sekali.

Selama tempoh 6 tahun ni, berpuluh ribu aku habis membuat pembiayaan peribadi untuk bantu suami memulakan bisnes. Tapi sampai ke saat ini tidak menjadi.

Separuh gaji aku habis untuk bayar loan setiap bulan. Tinggal lah yang separuh itu untuk membayar semua komitmen bulanan serta duit untuk mak abah di kg.

Suami aku pun aku tahu dia down, dia sedih hidup macam ni. Tapi semua yang dia buat serba tak menjadi.

Lately ni hidup kami sangat terdesak, aku dah tak mampu nak bayar komitmen bulanan.

Emas semua dah bergadai. Sehingga tak ada apa lagi yang tinggal untuk dijual. Berhutang sana sini.

Nak beli makanan luar dah tak mampu. Nak beli seketul ayam pun kena berkira-kira.

Anak request nak makan itu ini pun aku tak mampu nak bagi.

Anak aku yang sulung baru berumur 5 tahun. Dia sangat faham aku. Faham kalau aku kata aku tak mampu lagi beli, minta dia doakan aku sentiasa murah rezeki.

Aku bukan jenis meminta-minta. Takpelah susah pun, yang penting tak menyusahkan orang lain.

Abah aku pun dah mula bagi hint tak berkenan dengan suami aku.

Tapi satu benda yang aku perasan ketika susah ni, kadang orang luar lagi prihatin daripada keluarga sendiri.

Aku tak nak merungut dengan ujian yang Allah bagi ni. Aku cuba positif kan diri aku, ujian ni tak lama.

Aku minta korang doakan aku. Doakan suami aku dilimpahkan rezeki dapat memberi nafkah kat kami anak beranak.

Cemburu juga melihat suami orang lain bekerja, mampu bagi nafkah ke anak isteri.

Korang tolong doakan ya, doakan yang baik- baik semoga yang baik- baik juga berbalik kat korang.

Isteri yang mencari sinar,

– Fefey (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *