REPLY: Berselindung Disebalik Kelemahan

Assalamualaikum semua. Aku ada terbaca satu confession kat IIUM Confession, ini link dia, (https://iiumc.com/berselindung-disebalik-kelemahan/).

Biar aku ceritakan kisah aku 20 tahun yang lalu.

Suami merupakan seorang anggota beruniform bertugas di sempadan Thailand.

Masa kejadian ni, kami sudah berkahwin selama lebih kurang 10 tahun dan dikurniakan 5 orang anak, anak bongsu berusia kurang setahun.

Kejadian bermula bila suami aku start curang dan mula ikut kawan-kawan untuk langgan pelacur dari Thailand.

Sejak bila dia start, aku tidak tahu. Sempadan Golok memang senang untuk cari pelacur dan harga pun murah.

Aku merupakan seorang penjawat awam, gaji yang lebih tinggi dari suami kerana aku lepasan degree.

Manakala suami cuma lepasan SRP (PMR/PT3 kalau level sekarang) Masih muda ketika itu, dalam 35 tahun.

Aku juga lepasan sekolah agama, menutup aurat bertudung labuh. Kiranya tergolong dalam level ustazah walaupun aku bukanlah ustazah.

Aku fast forward cerita ini ya. Aku start diuji apabila suami mula jatuh sakit, naik kudis dan sakit kulit sehingga menjejaskan kerjanya terpaksa ambil cuti. Dia terlantar sakit dan aku setia menjaganya.

Pagi bertugas di pejabat, uruskan anak-anak sekolah. Balik terus menguruskan suami, anak-anak dan rumah. Sangat penat kerana anak masih kecil.

Sehingga lah suatu hari, dia memberitahuku bahawa dia menghidap AIDS dan menceritakan semua yang telah dilakukan.

Tergamam aku ketika itu. Terasa hancur berderai hati kerana kesetiaan dicurangi dengan cara begitu.

Setelah itu, aku cepat-cepat membawa anak-anak ke hospital untuk membuat test HIV.

Sedih tidak terkira apabila aku dan anak bongsu turut dijangkiti dengan penyakit HIV ni kerana anak bongsu masih menyusu badan. Allah je yang tahu perasaan ku ketika itu.

Aku tahu kecurangan suami hanya selepas dijangkiti. Andainya dari awal aku sedar, mungkin aku tidak teragak untuk meminta perpisahan. Semuanya telah terlambat dan aku teraniaya.

Tidak berapa lama suami terlantar sakit, akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan kurus kering, yang tinggal hanyalah tulang & kulit.

Aku tetap menjaganya hingga ke akhir nafas sebagai seorang isteri. Belum dikira keluarga suami yang menuduh aku macam-macam, melemparkan fitnah.

Biarlah kisah ini hanya tersimpan dalam memori ku dan anak-anak saat dihina sedemikian rupa.

Setelah kematian, jadilah aku balu yang masih muda berusia 35 tahun bersama 5 orang anak. Tidak mudah melalui semua ini.

Aku dan anak bongsu sehingga kini masih mendapatkan rawatan di hospital dan tidak pernah putus makan ubat untuk mengawal penyakit.

Alhamdulillah setakat ini, CD4 sangatlah baik melebihi 400, di mana penyakit (virus) dalam darah adalah terkawal dan tak didetect.

Kami masih meneruskan hidup seperti biasa, alhamdulillah walau diuji begini anak bongsu sangat memahami dan redha dengan takdirnya.

Pesananku untuk wanita di luar sana, jika suamimu sampai ke tahap curang dan berzina, melakukan seks bebas, jangan lah takut untuk berpisah.

Kerana saat dia mulai curang, amatlah susah untuk berubah dan merisikokan diri kita sebagai isteri.

Sentiasa dalam laknat Allah, apatah lagi jika terlibat dengan arak & benda haram lain. Ibadah tidak akan diterima dan sebagainya.

Jangan pernah malu untuk menjadi janda, kerana menjadi pesakit HIV itu lebih sengsara dari segi emosi dan juga pandangan orang luar.

Semoga isteri-isteri diluar sana, sentiasa kuat untuk mempertahankan hak kepada diri sendiri & anak-anak.

Allah sentiasa ada, jangan pernah takut. Rezeki kita bukan suami dan orang luar yang pegang. Doa sentiasa biar diberi kekuatan.

Insyaallah semoga Allah redha dan memberi rahmat & kasih sayangnya buat kita isteri yang teraniaya. Aamiin.

– Diana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit