kesian mak ayah…

Aku ada empat beradik. aku yang paling kecil paling bongsu. semua dah berumah tangga ada family sendiri kecuali aku yang masih tinggal dengan mak ayah. kami dari dulu memang menetap di bandar. kitaorang takde kampung, atok nenek pun dah lama meninggal aku pun tak sempat kenal mereka.

setiap kali raya, memang kitorang akan raya kat bandar. kalau musim raya ni, memang rumah aku je yang terang sebab jiran semua dah balik kampung. aku tak suka sangat hari raya. sebab raya bagi aku makin sunyi je. adik beradik aku duduk dekat-dekat je.. yang paling jauh pun dalam 30 minit je kalau naik kereta. kalau raya biasanya kakak abang aku balik rumah mertua masing masing sbb kononnya jauh, jarang berjumpa kalau dengan mak ayah aku ni selalu jumpa dah sbb dekat. so raya ni pun sama, kakak aku ke perak, abang aku ke kelantan dan kakak aku seorang lagi ke melaka. masing masing awal lagi dah balik kampung. tinggal lah aku dengan mak ayah.

kalau abang aku, setiap kali mmg kalau balik kampung bini dia lama betul. bukan sehari dua. aku tahu mak terasa. kalau datang rumah ni, belum sempat panas punggung dah nak balik. tapi mak diam je. dalam hati mak siapa yang tahu kan… dua tahun lepas semua kononnya nak beraya kat rumah mak.. happy bukan main mak. macam macam dia nak masak. walaupun anak2 duduk dekat tapi bila tibe hari raya tu perasaan dia lain. tapi adik beradik aku ni tak tidur pun rumah ni.. taktahu lah apa yang kurangnye rumah ni.. apa yang tak selesa kat rumah ni.. semua cukup lengkap. dorang datang pagi raya bila aku dengan mak dah siapkan semua makanan raya.. kalau dorang tidur sini kan boleh tlg mak siapkan makanan ke apa kan.. tapi ni pukul 10 pgi raya tu baru jengah rumah ni.. lepas makan dah panas punggung nak balik rumah mertua… kecewa mak.. aku tahu sbb mak selalu luah kat aku. kadangkadang dia terlepas cakap kat aku yg dia kecewa…. ayah pun sama.. nampak dia tenang tapi dia suke sangat kalau anak cucu duduk rumah ni sehari dua tidur sini.. rumah ni sunyi…

tahun ni macam biasa, aku beraya dengan mak ayah kat rumah besar yang sunyi ni.. aku tahu mak ayah sedih.. anak anak lain nampak mak ayah bahagia duk rumah ni sbb mak ayah tak tunjuk perasaan dpn dorang.. mak ayah jangan risau selagi adik ada, adik akan raya ngan mak.. adik takkan tinggal mak ayah… :(

– adik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

50 Comments

  1. Salam adik, hehe aku panggil ko adik sbb nama kat situ adik… =D urm, awak ckp tak ada kampung ya? Kalau mcm tu ada lagi tak sedara mara sebelah mak/ayah? Kot2 masih ada yg tinggal di kampung. Mcm bro Ahmad Hamid cakap, cuba raya kat sana. If tak ada, maaf sbb saya bertanya mcm tu. Try slow talk ngan abang/kakak bgtahu. Urm abg/kakak ni kalau ngan adik bila kita tegur biar kene cara jugak sbb kekadang ada yg jenis ego tak leh trima adik tegur. Haha aku ckp sbb aku pon adik =D . Maksud aku, try lah cakap ngan diorang ajak raya tahun depan tido kat umah. Tapi ye lah kan, aku ni cakap jek sng…aku tak lalui..ape pon kuatkan hati tau! Awak pon happy kan mak ayah awak :-)

  2. Kesiannya ur parents..nnti klu dh tua cam tu lah perasaan kita bila anak2 buat cam tu kn,myb kita rasa mcm mak ayah kita ok je tp dlm hati tu msti ada rasa terkilan jg coz raya ni feel dia lain skit dr hari biasa..

  3. Kelebihan duduk dgn mak ayah, ko akan rase ko mmg sgt ptt hargai dorang. Sbb ko sndiri akan rase cmne dorng salu rase. Mak ayah pon mcm kita perlukan org utk luahkan rase

  4. Hmmm susah gak tuu..ank lelaki klo boleh balik la dulu umah mak ayah kandung kn….tp mungkin ada yg fikir..dh sebab duduk dekat maka ayh awk dh mungkin setahun sekali time tu ja la nk blik beraya kt umah depa2 yg jauh tuu dlu..

  5. Aku heranlah..nak bergilir pun tak mahu..wlpn mentua org jauh tp mak org dekat2 je..gunalah sistem bergilir…payah sgt ke nak gembirakan hati orgtua setahun sekali tp dikenang berkali2

  6. Dekat ke jauh ke.. guna la sistem bergilir… walau dah guna sistem bergilir sekali pon pepandai la tgk… kalau dah tahun tu sorang pon x de.. salah sorang beralah ler… jgn biar ibubapak kite sunyi time raya… sy duduk sekali ngan mak ayah pon gune sistem bergilir.. abg2 duduk dekat ngan umah mak pon same bergilir raya… raya pertama umah mak sendiri raya ke dua umah mentua… tahun depan tukar… tahun lg satu tukar balik…

  7. pakcik2 aku , walaupun rumah tok aku dah takde org tua sbb tokwan nenek aku dh meninggal. org paling tua dlm rumah which is my mum a.k.a kakak dorg pun dah meninggal, tapi smpai sekarang diorg masih amalkan konsep bergilir2 tu. walaupun takde sape dekat rumah tu pun. maybe mak awak kena berkeras sikit dgn anak2. syurga abg awak still under nak awak. redha utk anak2 terletak dkt mak. awak pun try bincang dgn abg kakak tu privately, tanpa pasangan dorg. cakap la mak sedih sbb korg tak raya sini. slow talk okay. doa byk2 hati dorg lembut. cakap laa kt dorg korg bermalam sehari pun dah cukup. tunjuk sikit korg tu masih ada mak. nanti org2 tua tu dah takde , nyesal pulak

  8. Kadang-kadang confession camni saya x suka. Sebab? Confessor dan parents sama2 pendam, kt depan anak2 dan menantu2 tunjuk muka ok. Budaya ni x elok sbnrnya. Manusia ni klau kita x bagitau dia xtau, mungkin mrk xtau pun apa keinginan parents dan isi hati mrk sbnrnya, mrk ingat ok je dan org lain x kesah. Sy x berada pun dalam situasi di atas jd sy bukan bercakap ttg diri sndr. Cuma bg sy trend pendam, pastu confess kt org luar ttg sesuatu yg berbeza drpd ditonjolkan kpd ahli keluarga sndr adalah budaya yg x elok. Klau dh pernah slow talk then makan hati then nak pendam lain cerita. Ini nmpk gaya seolah2 x pernah slow talk, pastu org ln duk pakat kata gitu gini ke ahli keluarga awak. Taktau la samada u got the points or not. Bg saya, isu2 dlm keluarga ni kena slow talk sesama sndr dulu. Komunikasi. Klau pendam2 ni x bagus pun, malah timbul pula buruk sangka dan perasaan negatif terhadap anak/abang/kakak sendiri, Astaghfirullahalazim.

  9. Untung confessor…at least mak/ayah dia bgtau suka riuh2 suasana cucu2…ada je parents xsuka riuh2 ni…biasalah ada cucu2 lagi2 masih kecil…mereka ni mcm2 karenah…ada org tua cepat risau…cepat risau bunyi kerusi ditarik…cepat risau budak2 ketawa2 smbil jerit2 lari sana sini (dh sifat budak2, bukan sbb nakal yea)..senang kata nak suasana sunyi ikut mood diorg…tp ada ms diorg nak cucu2 dtg umah diorg cuma xleh lama sbb diorg ada timing diorg nak rehat, nak tido, xnak serabut2..jd sbg anak diorg yg ada keluarga+anak2 kecil yg rapat2, agak2 ape tindakan?…lagi2 anak duduk dekat???…

    Tindakannya ialah pulang g umah org tua dtg kul 10 a.m..pagi raya..makan2…minum2…bual2…agak2 dpt sejam dua…balik umah sendiri….bukan xnk masak2 umah mak sendiri, kumpul2…tp bile org tua sendiri xdpt terima ragam cucu2….pandai2la kite sbg anak tindakan ikut situasi….jgn salah fhm sudahlah…anak2 yg dh besar ni kdg2 rindu suasana nak rasa ms mereka kecil2…kembali nostalgia raya ms kecil2…namun kdg2 xdpt kerjasama tuan rumah induk…jd beraya rumah sendiri lagi baik…xyah pening2

  10. Semoga abg n kakak adik ni diberi hidayah..org tua kalau terasa dia xkn cerita pd empunya badan.sbb tu la adik ni jd pdgr krna dia paling hampir dgn parents dia..bersabar ajela..

  11. Saya pn duk dkt ngn mertua..xsmpai 5mnt pn da smapi uma mertua..n uma mak ayah sdri 1jam stgh bru smpai tp dr awl kawen smpai la skg ttp ikut giliran..xkira jauh ke dkt kne la adil..bru la org tua xterasa ati..tu mmg perjanjian kami sblm kwen dlu..dkt ke jauh ke ttp ad giliran

  12. Sebab tu sampai la ni aku tak kawen. Rata rata perempuan baik dengan parents kita masa nak kawen je. Lepas dapat kena follow apa dia kata. Bukan ke syurga seorang isteri tu bawah telapak kaki suami dan si suami pula ialah ibunya. Kepada perempuan kena faham la kalau si suami tu utamakan ibu bapa dia jika masih hidup.

  13. Aku pn mmg asal kl..fmily suami akn braye die kampung stiap taon..tp lpas kawen..giliran ttap kene ikot wlupun dekat..no excuses..n disyear aku raye kl..so slamat hari raya! #teamrayakl

  14. Mintak mak ayah adik cakap direct je kat dorang… “ni raya2 ni, x sudi dah ke nak tidur umah kami” kasi perli skit bg sentap… kalau asik ikut cakap bini je mmg parah la… kena ikut sistem bergilir x kira la dekat atau jauh. Baru adil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *