Ketagihan Video Luc4h

Aku seorang gadis yang mungkin luar nampak macam baik dan alim. Tudung aku mesti atas pada bidang 45.

Kalau orang tengok mesti first impression diorang, aku ni budak-budak baik, budak-budak skema.

Baju aku mesti lepas pada bontot kalau rasa baju singkat aku tambah pakai skirt pendek. Baju mesti longgar, tak pernah ada baju yang lekat dekat badan.

Stokin dengan sarung lengan pon kadang kadang aku pakai kalau paju aku sengteng. Nak tutup aurat kalau berada dekat luar.

Nak kata family aku besarkan aku macam tu, family aku tak pernah tegur pon pakaian aku. Tak kisah pon aku nak pakai apa sebenarnya. Tapi diri sendiri saja yang selesa macam tu.

Tudung kalau boleh mesti kena tutup sekali dengan perut. Kalau tak rasa dia tak selesa betul. Itu semua penampilan aku depan orang bila aku keluar dari rumah.

Aku ni tak pernah ada teman lelaki, aku tak pernah sentuh lelaki yang bukan mahram. Ramai saja yang kata suka dekat aku, tapi aku tolak. Tak pandai nak bercinta cinta ni.

Nampak baik kan? Aku tak suka orang cakap aku baik, sebab aku kenal diri aku. Aku selalu rasa diri ni munafik.

Bila aku seorang diri dalam rumah, Allah saja tahu aku buat apa. Hidup aku asyik tengok video je. Paling kerap cerita korea, cina, jepun, anime. Semua aku layan.

Sampai satu tahap aku ketagih tengok orang berciuman sebab tengok citer2 tu semua. Dekat YouTube banyak keluar video video compilation kissing. Mulanya tengok video macam tu je.

Bila lalai dengan semua tu, aku mula tinggal solat aku. Dah lupa pasal akhirat, lupa nikmat ibadah semua. Tahu saja berdosa besar tu semua, tapi diri masih tak berubah.

Sampai satu tahap aku terbuka laman web khas film p*rno, aku memang ketagih sampai tak boleh tidur kalau aku tak tengok film macam tu.

Sambil aku tengok tu, sambil aku menyesal. Aku rasa, kalau aku mati kejap lagi, neraka terus aku pergi. Sebulan jugaklah aku macam tu.

Hidup dalam dosa besar walaupun bukan aku yang berzinar, mata aku ni dah tak suci. Sukarnya nak tinggalkan dosa ni. Tiap tiap hari aku akan cakap dekat diri, okay!

Tolong stop hancurkan diri sendiri. Kau tahu ni semua salah and tak takut neraka ke? Tapi tangan masih lagi pegang fon, bukan nak pergi ambil wuduk solat taubat.

One day, aku rasa penat dengan dosa aku dan aku rindu sangat nak solat. Tapi aku masih tak solat jugak, aku masih buat dosa lagi.

Aku takut nak solat sebab aku takut, aku tak boleh tinggalkan tengok video tu sebab asyik terbayang je. Memang betul la boleh ketagih tengok video macam tu. Teruk sangat rasa diri masa tu.

Lepas tu, entah macam mana. Lepas azan zohor terdetih hati nak solat semula. Aku terus pergi ambil wuduk, then aku solat. Lepas saja aku solat semula tu, aku dah stop tengok video video tu.

Betullah keajaiban solat ni macam magic, boleh buatkan kita jauh dari dosa. Aku takdelah tak teringat langsung, terbayang saja dekat kepala ni adegen adegan panas tu semua. Tapi tangan dah stop taip ke video video tu.

Jadi sebenarnya tiap kali kita buat dosa, allah detikkan saja pada hati kita yang apa kita buat tu salah. Allah nak kita stop, tapi kita saja yang selalu abaikan rasa tu.

Kadang rasa nak kembali pada Allah, tapi diri rasa malu. Aku pernah rasa semua ni. Rasa yang diri mungkin dah terlambat nak bertaubat.

Tapi, allah masih hadirkan perasaan yang bukan diri aku yang mengadili perbuatan aku. Bukan diri aku yang mengadili rasa kembalinya aku pada Nya. Yang penting apa tindakan aku untuk tinggalkan dosa-dosa tu dan kembali padaNya.

Aku tak tahulah, masih ada ke tidak orang yang selalu tinggal solat macam aku, aku bukan selalu tinggal, tapi terus tinggal. Kalau masih ada lagi, aku rasa Allah selalu saja panggil kita. Contohnya azan.

Tahu tak, azan dekat dunia ni tak pernah putus. Mesti sambung menyambung, sebab tu lah masuk waktu setiap tempat berbeza walaupun satu minit.

Boleh cari dekat YouTube, aku pernah tengok video ni. Allah ni tak berenti sebenarnya bagi peringatan pada kita untuk kembali pada dia.

Kalau ada detikan tu, teruslah ambil wuduk dan solat. Tak payah fikir panjang dah, sebab allah akan pimpin kita lepas tu. Kalau ada orang macam aku, jom kita sama-sama berubah. Smiley

Tolong doakan aku istiqomah dan tak tinggal solat lagi. Walaupun aku rasa syurga tak layak untuk aku, sekurang-kurangnya aku ada rasa takot untuk masuk neraka.

– Pandagirl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit