Aku merupakan seorang kakak. Seringkali menjaga adiknya dari dibuli dan disakiti sesiapa. Tatkala adik yg berbuat salah, aku sanggup mengganti tempatnya utk dipukul. Semuanya berubah apabila kami berpindah. Aku makin jauh dari agama manakala adikku pula makin mendekati agama. Masalah yg berlaku saat itu datang tak terhenti sehingga timbul rasa ragu ragu atas kewujudan tuhan. Sesungguhnya sehingga sekarang, aku masih jauh dari agama. Aku sayang dengan adik aku walaupun setiap kali berjumpa, pasti perang dunia tercetus di rumah. Aku bingung dengan sikap adikku yg seperti orang yg warak tapi tak hormat kakak sendiri mahupun orang tuanya. Lebih bingung apabila org tua aku takuti dia. Terkadang aku fikir, mana salahnya aku sehingga dia sukar mengaku aku kakak dia. Adakah sebab aku kasar? Kerap kali dia luahkan ketidakpuasan hati dengan aku. Dia tak mahu aku dilayan seperti seorang gadis tetapi melawan keras apabila aku mampu berdikari dan berbuat apa saja seperti seorang lelaki. Adik, apa salah kakak? Adik tak pernah pun beli apapun untuk hari jadi kakak. Wish birthday pun berat. Adik salah pun tak pernah nak mengaku, di situ, kita punyai ego yang sama. Birthday adik, kakak tak pernah lupa. Gaduh macam mana pun, kakak wish birthday adik. Adik minta tolong, kakak buat masa tu juga. Tapi kakak minta tolong, adik bagi seribu satu alasan takpun adik melewatkan pertolongan itu. Masa kakak cari adik dekat sekolah, tetiba adik marah kakak tak ingat dunia sebab taknak org tahu yg adik ada kakak, sentap kakak tiada siapa yg tahu tapi kakak masih hantar dan ambil adik dari sekolah. Tak pernah sekali kakak berdendam dengan adik walaupun adik pernah lempang kakak. Kakak dah redha ada adik yg tak mengaku dengan kewujudan kakak. Awak kena sedar manusia tak sempurna. Sy bangga awak mendalami agama tapi sy kecewa awk tak berani berdepan realiti. Acapkali,awk mengimpikan keluarga yg sempurna sehinggakan keluarga sendiri jarang sekali nak jumpa. Maafkan kakak sebab tak mampu mengikut kehendak adik. But sorry not sorry for the fact that I am who I am today
– Along
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
Confess ni mkin mngarut laa
Taubat. Baiki hubungan dengan Allah. In shaa Allah hubungan dengan semua manusia pasti terpelihara. HabluminAllah habluminannas :)
Jing ka Nur Aisyah Hamizah