Kisah Calon SPM

Kisah Calon SPM

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Ini pesanan untuk ibu bapa yang ada anak menduduki peperiksaan terutamanya SPM dan STPM yang sedang berlangsung.

Macam-macam ragam pelajar yang nak duduk exam ni, yang nervous, yang relax dan yang tidur. Fuh! Jenuh kejut tiap 10 minit.

1. PANTAU kesihatan anak anda. Tolonglah check anak anda sihat tak, pemakanan, minum air dsb… Botol air boleh bawa masuk exam tapi sebaiknya botol yang lutsinar.

Kalau malas sangat, belilah sekotak air mineral letak di rumah suruh anak bawa hari-hari exam. Ni dari anak anda seorang yang sakit, habis satu dewan/bilik peperiksaan jangkit. Takkah menyusahkan orang lain?

2. TIDUR awal. Anda dan anak anda perlu tidur awal untuk bangun awal dan bersiap awal ke dewan peperiksaan. Jangan lambat sebab masa takkan menunggu.

Alaaa, lambat pun boleh exam. Ya, kalau masih dalam 10 minit lambat masih boleh masuk dewan exam, tapi kan rugi masa sebab tak ada masa tambahan bagi calon yang lambat.

3. MAKAN makanan yang sihat. Ya! Supaya dia boleh menjawab dengan tenang dan fokus.

4. JAGA emosi anak. Ni tak, masa anak nak exam, sempat nak gaduh dengan suami, marah anak.. Bebel anak pagi-pagi. Eh, anak awak tu nak SPM/STPM! Bukan exam sekolah. Dia pun nervous juga sebab banyak nak kena baca, nak hafal dsb. SABAR lah dulu.

5. PERALATAN yang cukup. Pastikan pensel, pen, pembaris, kalkulator semua boleh berfungsi dengan baik.

Ni tak, masa jawab exam math, sempat pula kalkulator nak hang. Tulis karangan BM, tiba-tiba ink pen habis. Nak jawab kertas OMR, baru perasan beli pensel HB. Naya! Lagi satu, dah tahu selesema, batuk.. PAKAILAH MASK! Bawa tisu 50sen tu 2-3 pek. Ni tak, pengawas dah macam ibu bapa.

Memanglah ramai yang kata, anak dah besar pandailah jaga diri sendiri. Ni belum yang eksiden pergi exam naik motor. Fuh! Bahayaaaa….

Apa-apa pun, macam-macam ragam calon dah jumpa. Yang penting, fokuslah kejap untuk anak yang nak exam tu. Tak lama pun, 2 minggu sahaja lagi.

Untuk calon SPM. Good luck! Fokus untuk paper seterusnya and kalau boleh jangan bincang okay.

Take care.

– Cikgu Jaga Exam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap