Kepada Adik ‘Kenapa Ada Jerawat?’

Confession ini ditujukan kepada adik di confession ‘Kenapa Ada Jerawat?’

Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/kenapa-ada-jerawat/).

Assalamualaikum, harapnya disiarkan. Adik jangan rasa rendah diri dan down okay, ni ujian sikit untuk Allah bagi adik terus kuat. Allah uji sebab Allah sayang.

By the way, daripada ratusan komen tu rasanya dah banyak dapat menjawab persoalan adik tentang jerawat. Adik perlu baca dan faham kan satu-satu.

Saya juga dulu mengalami masalah yang sama. Jerawat mula tumbuh masa sambung pengajan Diploma. Padahal masa zaman sekolah kulit licin je..(huu).. Breakout teruk sebab course saya ambil tu ada subjek yang perlukan pakai make up.

Masa zaman tu bukan lagi macam sekarang ada youtube tutorial instafemes bagai. Internet pon kalau nak guna kena pergi CC, Google pon tak wujud lagi time tu. (Hek macam tua sangat aku ni). Masa zaman tu Yahoo search dengan Bing (MSN).

Okay berbalik cerita jerawat, masa tu muda lagi and ilmu pon kurang, setiap kali balik kelas habis malam sometimes (most of the time) memang cuci muka biasa je tak pakai make up remover dan benda-benda sepatutnya. Jadi break out makin teruk. Time tu produk yang prone acne pon tak banyak, paling femes pon OXY.

So kulit makin teruk and pakai la oxy pencuci, and krim jerawat. Pastu tak pakai make up or any facial krim whatever sebab takut kulit makin teruk. Well I was wrong. Sebab bila tak pakai any protection pada muka, skin terus direct contact dengan sunlight just make it worst.

Jadi kulit teruk ni bersambung sampai sambung degree. Muka masa ambil skrol Diploma memang tak cantik sebab berminyak, merah-merah jerawat berketul2. (SIGH). Kemudian dah mula timbul kesedaran jadi pergila try product kat Watson or Guardian without knowledge yang cukup and antara produk yang mahal try masa tu Eucerin (untuk student sangat mahal). Tapi berkurang sikit tapi still ada.

Then masa tu first time nak try menggunakan fasiliti yang diberikan Universiti iaitu Pusat Kesihatan (klinik Uni) jumpa doctor and doc suggest ambil Antibiotic DOXYCYCLIN. Kena ambil dalam masa sebulan straight, then sambung sehingga 6 bulan. FREE aje.

Adik juga boleh minta kat KK area rumah awak, rasanya ada. Betul lepas pakai tu memang kulit jadi lebih baik la. Still ada jerawat tapi dah tak merah-merah dan tak tumbuh jerawat yang baru. Unfortunately, lepas Doc suruh stop break out balik tapi tak teruk.

Kemudian dah mula rajin search kat internet dan cuba fahamkan jenis-jenis jerawat and punca jerawat.
Jenis-jenis jerawat: Papule, Pustule, Nodule (kronik). Antara faktor jerawat adalah hormon (utama), makanan, kebersihan (pakaian, alat solek) lifestyle dan even cuaca.

Antara makanan yang menjadi punca adalah gula, makanan berlemak/bergoreng , produk tenusu macam cheese, even susu sebab mengaktifkan kelenjar sebum dan cenderung menjadi lebih berminyak, makan proses (nugget, etc) dan makanan pedas.

Bahan yang perlu ada dalam skin regime untuk mencegah jerawat:

1. Benzoyl Peroxide- mecegah bakteria punca kepada jerawat. Mengurangkan minyak berlebihan yang menyumbatkan liang pori. Peratus bahan yang sesuai daripada 2.5-10%. Side efek: kulit kering, stingy, gatal2. Biasa pada krim anti-jerawat seperti OXY, Nixoderm.

2. Salicylic acid- menghalang liang pori daripada tersumbat. Peratus bahan 0.5-5%. Side efek: stinging and skin irritation.

3. Alpha hydroxy acids (AHA/BHA)- membantu membersihkan sel kulit mati dan mengurangkan inflammation (radang).

Antara tips utama yang diamalkan adalah:

1. Cuci muka dua kali sehari. Tips: Basuh guna air suam bilas guna air sejuk.

2. Gunakan pencuci muka yang sesuai Tips: Pilih produk non-comedogenic.

3. Jika make up: kena cuci guna oil based cleanser. Guna make up remover then oil cleanser. Orang panggil double cleasing.

4. Exfoliate skin 2 minggu sekali/ dua kali seminggu. Tips: guna scrub atau exfoliator (AHA/BHA).

5. Pakai krim/gel anti-jerawat.

6. MOST IMPORTANTLY before keluar rumah WAJIB pakai moisturizer dan sunblock. Again kena belek content dia tengok serasi tak dengan kulit. Pilih water based untuk selamat.

7. Dari segi lifestyle, banyakkan minum air, banyakkan exercise, pilih makanan sihat dan kurang berminyak dan kurangkan minum manis. 2 in 1 kulit cantik badan pon langsing.

8. Untuk self-hygiene; Salin sarung bantal seminggu sekali, cadar sebulan sekali, tuala ganti seminggu sekali dan pastikan tuala rambut lain, tuala badan lain, tuala muka lain. Elakkan menyentuh muka kerap/ picit jerawat.

9. Pastikan handphone bersih. Sebab kadang2 tu boleh jadi punca juga dok melekat kat pipi.

Jadi selepas amalkan routine ni Insya Allah kulit akan jadi lebih baik dan sihat. Tapi sekiranya masih sama, cuba lah pergi Dermatologist.

Mahal ya, tapi ni adalah pengalaman kawan dia pergi the Famous Dr Ko untuk treatment unfortunately ada supplement yang diberikan tu tak sesuai dengan badan dia end up bacaan hati dia tinggi. Dah jadi sakit lain pulak. Sekarang kawan tu dah stop treatment and jalankan healthy lifestyle je. Jerawat dah teruk sangat.

Habis fasa jerawat, ada pulak parut kan. Haa ini memang tak boleh nak tolong. Saya sendiri dah cuba pelbagai jenis serum, krim parut, minyak tapi memang dah kulit tu macam kena korek so memang tak boleh hilang.

Dari jauh nampak okay tapi kalau tengok dekat2 memang ketara la kulit tak penuh. Hanya rawatan laser dan pembedahan plastik je yang bole ganti kulit baru untuk nampak cantik. Of course la tak mampu. Jadi pakai la BB Cream untuk cover sikit cela kat muka ni.

Tolong jangan percaya pada produk sampah yang overclaim. Tolong jangan pergi SPA juga sebab kulit saya berparut teruk ni sebab dulu pergi SPA die pergi picit and korek-korek jerawat tu. Sebab tu kulit berparut teruk. So please, jangan bagi orang lain sentuh muka kita ni ya. I learnt my lesson the hard way.

Kalau nak cerita produk yang saya pakai memang banyak tapi yang betul2 berkesan ada la few. Contohnya DalacinT adalah antibiotik untuk dab pada muka. Mahal sikit dan entah kenapa sejak zaman viral ni memang payah nak cari kt farmasi sekarang. Sekarang dah ada alternatif iaitu T3 pon ada dab2 juga.

Saya juga ada pakai nixoderm untuk jerawat yang jenis papule (radang bawah kulit) sapu masa mula2 nak tumbuh kat muka tu. Untuk pencuci muka until now saya serasi dengan Cetaphil gentle cleanser. Tapi kulit jadi kering so kena pakai moisturiser.

Masa jerawat tengah blemish (merah) saya sapu Argan Oil, Alhamdulillah lepas beberapa bulan kulit dah tak merah2 sangat. Argan oil die banyak kebaikan boleh pakai untuk rambut juga.

Disclaimer: KESAN ADALAH TIDAK TIPIKAL. BERGANTUNG KEPADA INDIVIDU. Sebab tu kena faham dulu kulit kita ni jenis macam mana.

Total 6 tahun saya ada masalah jerawat tapi parut ni kekal selamanya. Apa pon saya bersyukur sebab kulit dah jadi lebih baik dari sebelum ni dan teruskan amalkan gaya hidup sihat.

All the best dik. InsyaaAllah dan jangan stress sebab bila stress hormon tak balance tu jadi tumbuh jerawat juga. Harap tips ni membantu.

– Miss Acne Scar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *