Insurans Untuk Penjawat Awam

Insurans Untuk Penjawat Awam

Assalamualaikum. Aku seorang penjawat awam yang berjawatan tidak tinggi di bawah kementerian yang berkaitan dengan kesihatan warga Malaysia (Baca: wajib berjimat cermat).

Aku dimaklumkan di dalam satu taklimat dari pihak atasan bahawa Malaysia sedang menuju kearah penswastaan kesihatan. Maka, bertolak dari hal ini, berusahalah aku dengan gigihnya mencari insurans yang sesuai dengan capaian gaji aku dan skop perlindungan yang ditawarkan.

Hasil dapatan aku menunjukkan bahawa ada 2 jenis insurans dan 1 takaful kemalangan diri untuk para penjawat awam. Pertama sekali, aku baru tahu bahawa takaful penghospitan (baca: insurans perubatan) adalah berbeza dengan takaful kemalangan diri (baca: insurans kecacatan @ kematian).

Untuk penjawat awam, hasil carian aku menunjukkan ada 2 insurans perubatan iaitu CEUPACSCare dan MAKSAK IKHTIARI, dan 1 takaful kemalangan diri ialah CEUPACSPA, yang ditawarkan hasil kerjasama CEUPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) dan pengendali insurans tertentu.

Kerana hasil carian internet yang aku lakukan berkaitan MAKSAK IKHTIARI hanya memaparkan data dari tahun 2018 dan ke belakang, aku tidak minat untuk mengambilnya.

Sekiranya ada di kalangan pembaca yang ada ambil insurans perubatan MAKSAK IKHTIARI, boleh lah berkongsi di ruang komen. Manalah tahu rupanya ada page fb rasmi mereka yang aku tidak jumpa, lalu menarik minat aku untuk mengambilnya juga.

Kedua, aku memutuskan untuk mengambil insurans perubatan CEUPACSCare yang wang carumannya ialah RM 106 untuk sekeluarga (anda+pasangan+anak2). Skop perlindungan pula hampir sama dengan perlindungan yang ditawarkan oleh pengendali insurans-insurans lain.

Ketiga, untuk takaful perlindungan diri, ia merangkumi kecacatan dan kematian dengan manfaat setinggi RM 200-400 K (bergantung jenis plan).

Tujuan aku hantar perkara ni ke page IIUMC?

Pertama, aku nak uar-uarkan bahawa kita dah sampai zaman atau era yang insurans adalah keperluan kerana dasar kerajaan akan bertukar. Maka, sebelum pengumuman dibuat dan sumbangan bulanan meningkat, usahakahlah yang terbaik untuk yang tersayang.

Kedua, ada insurans yang bagus untuk penjawat awam. Aku tak dapat apa-apa komisen pun kerana insurans ni tiada agen, ianya secara terus dengan pejabat pengendali insurans yang bekerjasama dengan CEUPACS.

Ketiga, aku nak kumpulkan maklumat dari para pembaca berkaitan insurans yang ditawarkan ini. Walaupun aku dah daftar, aku belum pernah lagi menggunakannya. Maka, sekiranya ada pandangan tambahan, ianya menambahkan pengetahuan aku untuk mengambil tindakan lebih lanjut ke hadapan.

/Aku lebih mempercayai ilmu pengetahuan, akal. Setidak-tidaknya padanya ada kepastian-kepastian yang bisa dipegang/

– Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap