Bermulanya kisah cinta kami saat aku dilahirkan pada 30 J…199*
Aku menggengam janji yang aku akan ingat akan Dia sehingga ke akhir nyawa aku. Sayangnya dunia membuat aku alpa dan terus lupa akan kehadiranNya di sisi aku. Kalau dahulu aku sentiasa berjumpa dengannya 5 kali dalam sehari, kini jumlahnya berkurangan dan kadang-kadang langsung aku tak berjumpa. Hilangnya sebuah janji. Akulah manusia yang tidak tahu dek untung.
Bertahun-tahun aku tinggalkan diriNya, aku terlalu seronok dengan dunia. Ketawa sana sini, bertepuk-tampar tanpa mengenal jantina atau halal dan haram. Sungguh aku seronok…
Sehinggalah aku jatuh….Kawan yang dahulunya mengikat janji bahawa akan sentiasa bersama susah dan senang…seorang demi seorang meninggalkan aku. Sama seperti mana aku buat kepada Kekasih aku. Kini giliran aku untuk merasai sedihnya ditinggalkan dan dilupakan.
Aku bingkas bangun…aku ingin bertemu dengan Dia, aku ingin memohon ampun atas kesilapan aku kepadaNya. Adakah Dia akan memaafkan diri ini? Adakah Dia sudi menerima diri ini kembali? Persoalan yang bermain dalam fikiran aku.
Aku bersihkan diri dan memakai pakaian yang sudah lama tersimpan..aku duduk dan memohon ampun, entah berapa banyak air mata aku mengalir malam itu. Aku sangkakan aku sudah kehilangan Dia tetapi tidak. Dia masih menerima diri yang hina ini.
Aku bersyukur kerana Dia masih memberi peluang kepada diri ini, Dia masih setia menunggu aku walaupun sudah bertahun aku melupakan Dia. Malam itu, kebahagiaan dan ketenangan milik aku. Aku tenang ketika bersama denganNya. Aku bercerita dan terus bercerita apa yang aku lakukan selama ini dan Dia mendengar dengan penuh teliti. Aib yang aku cerita, Dia simpan dengan sebaiknya.
Cinta aku kepada Dia semakin utuh di dalam hati. Kalau dulu aku berjumpa denganNya 5 kali sehari…kini aku berjumpa dengannya lebih dari tu. Aku terlalu rindukan Dia. Setiap masa aku ingin bersama Dia. Aku ingin kembali ke pangkuanNya tetapi janji adalah janji..Aku perlu tunggu dan bersabar..sampai masa aku boleh kembali ke pangkuan Dia.
Dialah kekasih yang paling sempurna. Dia tidak pernah letih dalam mengajar dan membimbing aku ke jalan yang benar. Dialah segalanya buat ku.
Terima kasih ya Allah…
– lili