Kisah Hidup Aku Yang Tak Berguna

Hi, nama aku Evelyn (bukan nama sebenar). Dulu waktu kecil aku selalu sangat dibuli sebab aku ni jenis yang tak reti melawan and aku sedar diri.

Setiap kali aku confident untuk buat something tu mesti gagal and orang orang selalu mengata pasal aku.

So makin lama aku jadi takut untuk mula apa apa aku selalu fikir ‘nanti mesti kena kecam lagi’

Aku ni tak cantik, pandai tu pun kureng lah hahaha, so aku selalu kena buli masa darjah 1. Kawan kawan cakap aku bodoh, buruk dll sampai aku down.

Aku selalu dibuli even dengan kawan yang aku rapat. Masa tu aku tak faham lagi pasal buli ni tapi yang aku tahu aku memang tak nak pergi sekolah.

Family aku pun tak tahu aku kena buli and aku tak pernah cerita dekat sesiapa. Mak ayah aku cuma ingat aku malas pergi sekolah.

So bila makin besar aku jadi takut sangat nak mula sesuatu, aku jadi insecure setiap kali nak jumpa orang tau nak buat apa apa.

Makin lama aku makin takut nak berkawan atau nak jujur apa apa, aku takut nak tunjuk diri aku yang sebenar sampai orang cakap aku ni baik.

Padahal tak pun, aku teringin nak marah, teringin nak luah apa aku rasa tapi tak boleh. Makin lama aku jadi tertutup.

Aku tak pernah mengeluh depan orang, sebab nanti dia orang akan salahkan aku.

Day by day sampai aku masuk sekolah menengah still sama, aku makin takut nak jumpa orang, aku takut nak buat presentation, sebab aku selalu fikir ‘dia orang mesti tengah mengata aku’. Selalu tau hahaha.

Aku insecure sangat sangat, aku jadi social anxiety aku tak boleh nak kerja, aku takut segala galanya yang perlu jumpa banyak orang.

Orang orang mesti fikir aku ni pelik, mengada ngada, pemalu sangat.

Family pun tak faham aku sampai dia orang kata aku ni pemalas nak kerja, tapi hakikatnya aku nak sangat kerja, nak cari duit.

Tapi nak minta borang kerja tu pun dah menggigil, time dia orang call suruh interview pun sampai nak muntah sebab nervous sangat.

Aku buat bisnes online tapi tak banyak pun pendapatan, aku jadi affiliate je. Tu je aku mampu buat, sebab tak payah jumpa orang.

Btw bukan jumpa je tau, aku takut even nak chat orang yang aku tak kenal.

Kalau nak berkawan dekat socmed pun aku tak guna identity aku yang sebenar, aku pakai nama lain je sebab aku tak suka kalau orang tahu pasal real life aku. Aku takut.

Teruk sangat kan? Aku ada banyak kawan online, banyak dari kawan real life, dia orang baik sangat tapi aku jarang post gambar aku sebab aku insecure sangat.

Dulu lagi teruk sampai tak boleh nak on call. Sekarang alhamdulillah slowly dah boleh.

Sebab dia orang tak pernah paksa aku kalau aku tak nak call, dia orang cakap takpe, nanti mesti boleh. Dia orang je faham aku.

Dia orang selalu ajak jumpa, tapi aku tak nak, macam macam alasan aku bagi. Macam aku cakap, aku tak pernah tunjuk 100% diri aku.

Aku selalu menipu konon real life aku ni aku tak seteruk ni, aku tipu cakap aku dah kerja, ada lesen dll. Dia orang selalu ajak aku jalan jalan tapi aku taknak, sebab aku tipu je semua tu.

Takut dia orang kecewa kalau tahu diri aku yang sebenar. Padahal tak pun, aku je terlebih takut.

Aku cuba ke psychiatric (aku tak nak mention nama tempat di mana tapi di perak), tapi aku dapat kaunselor yang salahkan aku.

Dia cakap aku bukannya sakit, tapi mengada. Aku kurang bergaul dengan orang. Dia suruh aku banyakkan bergaul.

Padahal aku dah cuba, bukannya tak boleh tapi aku selalu nervous sampai tahap tak boleh keluar suara kalau bercakap dengan stranger atau tempat yang ramai orang.

Balik daripada situ, aku cerita dekat family aku pasal respon kaunselor tu, and guess what?

Family aku cakap apa yang kaunselor tu cakap semua betul, aku yang mengada. Katanya ‘kaunselor dah jumpa ramai orang, mustahil dia orang salah’.

And benda benda ni buat aku makin takut nak cerita apa apa dekat diorang sebab diorang tak faham.

Oh yaa btw tahun ni (2023) umur aku dah 21 tahun. Dan masih belum bekerja, tak boleh bawa kereta, motor dan tak ada kawan.

Aku rasa hidup aku sangat sangat tak berguna.

Family selalu pesan, sampai bila nak macam ni? Aku ni dah besar.

Kawan kawan dah berjaya, dah kahwin tapi aku? Still sama, menyusahkan, tak kerja.

Kalau korang baca ni, doakan aku dapat hadap semua ni tau, doakan semoga aku dapat kurangkan apa yang aku rasa, semoga aku dapat jadi manusia normal.

– Evelyn (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit