Hi semua.. terpanggil untuk menulis bila terbaca kisah angkara orang ketiga baru-baru ni, nasib saya lebih kurang macam tt, rasa sangat terkesan. Cik Mia pun ada menulis kisah kecurangan suami disini cuma dah lupa tajuk.
Terima kasih sangat kata-kata sokongan dari pembaca masa tu sangat pembantu. Cerita ni sedikit panjang sebab Cik Mia tak nak buat episode, mungkin akan ada banyak salah ejaan sebab Cik Mia tulis laju-laju time rehat sampai tak makan, punya la semangat nak menulis.
Cik Mia pun isteri yang bekerja dan menguruskan anak-anak sendiri kerana pjj dengan suami. Semoga kisah Cik Mia dapat membantu isteri yang dicurangi oleh suami untuk bina balik keyakinan diri selepas fasa hilang serapuh nyawa dengan ujian yang kita lalui ne.
Teruk tau masa suami Cik Mia kantoi ada perempuan lain. Perempuan tu pula anak dara yang sedikit berumur dan nampak gaya macam sedikit terdesak untuk berkahwin sebab dia kata sanggup berkongsi kasih sebab dia dah ada pendapatan sendiri.
Ketahuilah semua yang single di luar sana semasa awak semua tengah hangat bercinta memang lah awak akan declare tak akan claim yang bukan-bukan tapi bila dah ada anak macam mana?
Cik Mia minta sangat tolong lah fikir semasak-masaknya sebelum bertindak menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain.
Macam kes Cik Mia tuhan saja yang tau perasan masa tu. Dah la dia ada perempuan lain, habis aib Cik Mia dia jaja kt adik dan abang ipar Cik Mia sendiri , dekat adik beradik dia tak pasti lah apa lagi cerita buruk tentang Cik Mia yang dia cerita.
Cik Mia tak suka family mentua walaupun dia sebenarnya tahu ja hakikat Cik Mia memang menjarakkan diri dengan kakak dia sebab mulut kakak dia sendiri.
Macam nak balik selalu rumah mentua dia sedar ja gaji bersih dia masa tu tinggal RM300 mana lagi nak cari buget balik kampung yang jauh.
Kiranya semua tu Cik Mia lah yang jahat. Banyak lagi lah fitnah-fitnah dia kat Cik Mia. Walaupun Cik Mia dah maafkan tapi nak lupa tu rasa susah sangat tapi Cik Mia tengah cuba. Doakan Cik Mia ya.
Cik Mia pun macam semua perempuan lain jatuh terduduk sampai hampir depression menangis siang malam berat turun sampai berbelas kg.
Di sebabkan suami ambik langkah bercerita kat keluarga jadi kisah Cik Mia ne bukan Cik Mia tangung sorang-sorang. Alhamdulilah keluarga sangat membantu.
Adik walaupun dia sendiri pjj dengan suami tiap petang dia singah tengok keadaan Cik Mia dengar keluh kesah kakak dia.
Mak yang paling sedih dia bagitau kat suami macam mana ambik anak dia tolong hantar balik dekat dia dengan baik Insyallah dia sebagai mak merangkak pun dia sanggup jaga Cik Mia dan anak-anak.
Perempuan yang suami kata sangat baik dan lembut tu Cik Mia terangkan kenapa Cik Mia tak boleh terima. Cik Mia terangkan kereta, tuisyen anak pun kami kongsi bayar dan ticket suami balik jumpa kami tiap bulan pun dari Cik Mia. Agak-agak apa jadi kalau dia buka lagi satu dapur.
Perempuan tu nampak faham dan nak tarik diri (sebenarnya tak ya diaorang masih berhubung.)
Last pernah kantoi dengan mak budak perempuan tu habis suami kena maki siap dia kutuk keturunan dan warna kulit suami lagi masa ne.
Teringat Cik Mia.. ayah pernah kata biarlah suami tu dia tengah mabuk cinta tak ada pun orang akan bahagia lepas menganiaya orang lain tambah-tambah isteri sendiri.
Perempuan lemah lembut tu pernah call Cik Mia marahkan suami bagitau banyak benda suami tak jujur dengan dia.. Ya Allah dengan isteri dia sendiri pun dia tipu expectation apa yang kamu letak kat lelaki tu.. ada juga lah manusia b**** macam ni tak dunia..
Akhirnya Cik Mia bercerai juga dengan suami masa tu tak dak setitik pun air mata Cik Mia. Cik Mia pakai lawyer untuk settle hak rumah, kereta, hak penjagaan anak-anak. Penceraian ne tak semua adik beradik yang tau sebab Cik Mia nak bagitau bila dah habis eddah.
Tapi di takdirkan kami rujuk semua sebab masa tu suami asyik balik tidur kat rumah (suami kena posting dekat dengan kami sebab kes curang dia) dan eddah dah nak habis kalau berterusan berdosa lah kan.
Bersyukur juga dari kes ni suami serah rumah, kereta dan hak penjagaan anak-anak kat Cik Mia, walaupun dah rujuk semua tapi tetap dah ada hitam putih.
Sejak dari hari penceraian kami tu Cik Mia dah tak kisah siapa suami Cik Mia. Dulu Cik Mia akan berusaha kejutkan dan ingatkan waktu solat dia (tapi masa sibuk dia bermadu asmara dia salahkan Cik Mia suka atur hidup dia). Hand phone dia pun Cik Mia tak pernah sentuh.
Kemana dia pergi pun Cik Mia tak pernah tanya. Gaji dia berapa pun Cik Mia tak pernah ambik tahu tapi Cik Mia forward ja bayaran apa yang dia perlu bayar,
Kalau ada bulan tu dia tak dak buget, Cik Mia snap bukti yang dia minta Cik Mia bayarkan tu dan simpan kat Google drive untuk kegunaan nanti-nanti.
Cik Mia sekarang ibu yang sangat lembut dengan anak-anak kalau dulu Cik Mia suka marah-marah sampai terjerit dalam kereta.
Cik rasa sangat letih uruskan anak-anak sorang tapi sekarang gelagat diaorang buat Cik Mia gelak besar. Cik Mia gunakan pendekatan terang dan bagi contoh kat anak-anak.
Terima kasih la anak-anak yang buat Cik Mia sedar hidup bukan hanya untuk lelaki yang bergelar suami. Masa Cik Mia hampir gila dulu mak pegang tangan suruh tengok mata anak-anak.. kalau Cik Mia terkesan diaorang lagi terkesan sebab tu Cik Mia bangkit.
Cik Mia ne seorang yang menjaga solat tapi hanya solat wajib, malu nak menulis kat sini yang Cik Mia solat hajat bila nak kan sesuatu.. tak pernah la tahajud atau solat taubat.. tapi ujian ne buat Cik Mia kenal semua tu.. rupanya Allah panggil Cik Mia untuk lebih dekat dengan DIA.
Masa mula ujian ne hari-hari Cik Mia meratap sedih kenapalah Allah bagi ujian ne dekat Cik Mia sekarang senang hati nak bagitau Cik Mia dah lekat buat tahajud dan solat taubat selalu. Alhamdulilah, doakan Cik Mia istiqamah semua.
Cik Mia masih cuma untuk melupakan apa yang suami Cik Mia buat tapi sangat susah.. selalu flash back tu datang tiba-tiba dan buat hati Cik Mia sedih.. selalu Cik Mia tutup flash back tu dengan istifar atau selawat.
Doakan Cik Mia bertemu dengan rasa bahagia yang sebenar.. doakan juga Cik Mia boleh jejak ke Kota Mekah sebab hati sekarang sangat rindu nak ke sana..
– Cik Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit