Kisah Seram Di Laboratorium III

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-seram-di-laboratorium/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/kisah-seram-di-laboratorium-ii/).

Ok, kini kisah seram bersambung… Tapi kali ni dah tak melibatkan laboratorium. Kali ni kisah aku berkisar tentang rumah sewa kitorang kat indonesia.

Rumah sewa kitorang ni unik sikit. Jiwa aku memberontak je rasa nak lukis, tapi takpelah aku cube describe sebaik mungkin.

Uni kita orang ni takde sempadan berpagar yang pisahkan kawasan uni dengan kawasan luar. Instead of pagar, diorang jadikan rumah teres sebagai sempadan universiti.

Kalau dari view atas, kiranya rumah-rumah ni jadi perimeter luar kawasan uni aku. Haa boleh bayangkan tak?

So, salah satu rumah tu adalah rumah aku. Dari luar nampak kecik, tapi sebenarnya memanjang ke belakang. Housemate aku ada 12 orang, dapat lah merasa sorang sebilik. Besar kan?

Awal-awal aku masuk rumah tu, aku terkejut gak tengok ehhh mana hujung rumah ni, yelah punya panjang kan, kot-kot dah tembus selat melaka kan who knows. Tak payah la aku bersusah payah nak book tiket flight balik malaysia.

The best part pasal kehidupan aku kat indonesia ni, aku ada driver dengan bibik. Diorang ni laki bini, dedua tinggal kat rumah aku.

Bilik diorang ni terasing ke arah halaman rumah, so kitorang memang takkan bertembung la kalau nak santai-santai kat ruang tamu.

Camne boleh ada driver tu, panjang ceritanya. Kenderaan yang dibawa pon van uni. Tapi boleh je pak supir tu angkot kitorang pergi mall ke, shopping ke. Tapi kena caj la.

Yang paling best, aku bayar bibik tu sebulan dalam 25 hengget je.

‘What are u kidding me??’ monolog dalaman hati korang.

Oh tidak gaiss, aku serius. Tapi kalau nak makan, bayar asinglah, tapi sekali makan RM2.50 je. Lauk lengkap 2-3 jenis YA ALLAH SESUNGGUHNYA NIKMAT APA LAGI YANG KAU DUSTAKAN YA UKHTI.

So dulu kat indonesia, aku ni selalu tidur lambat sebab nak study. Lagi-lagi musim dah nak exam.

Berbekalkan kuasa kopi dan roh yang membara untuk menimba ilmu, alhamdulillah aku mampu stay up sampai pukul 3-4 pagi.

Selalunya ok je, takdelah benda-benda pelik terjadi.

Tapi tulah. Jangan disangka buaya yang tenang tak lapar.

Ada satu malam tu, tengah khusyuk aku mencoret nota kuliah, tiba-tiba aku terbau wangi macam daun pandan.

Mula-mula aku cool lagi buat tak kisah. Tapi makin lama aku biarkan, bau pandan tu makin menusuk hidung aku.

Elok-elok daripada bau bilik seorang mahasiswi, tiba-tiba bertransformasi seperti bilik pengantin baru. Tolonglah, sis tak ready, sis masih single lagi.

Aku dah macam okehh mana pula datang pandan malam-malam ni. Tiba-tiba cerita pontianak harum sundal malam menerjah ke otak aku time-time ni.

Lagu berjudul ‘Pulangkan’ nyanyian Misha Omar pulak terngiang-ngiang kat telinga aku. Ya Tuhan inikah dinamakan dugaan.

Sis masih cuba bertenang. Tutup lampu. Selubung selimut. Tidur. Dan lena diulit mimpi..

Akan tetapi, kejadian ini berterusan selama beberapa hari. Aku pon daripada seorang gadis yang biashe biashe, tetiba berubah jadi warak sikit. Baca surah-surah pendinding dan yasin hari-hari. Bau pandan punya pasal.

Sebab aku ada jugak tanya kengkawan aku satu rumah, diorang kata takde plak bau pandan. Aku sorang-sorang je yang bau.

Maka dari situ aku tau, akulah insan yang terpilih untuk menghadapi ujian pandan ni.

Aku kene cekal dan tenang menghadapi semua benda ni. Bak kata pepatah afrika, smooth seas don’t make skilled sailors.

So about 1 week, bau pandan tu masih lagi wujud. Tapi kali ni, ianya lebih menyeramkan.

Time tu aku dah selamat tidur diulit mimpi, tiba-tiba aku terbangun sebab aku terdengar bunyi benda lari-lari kencang secara berjemaah kat atas siling rumah aku.

Bergegar-gegar aku tengok siling rumah aku macam nak roboh rasanya homaigod so scary.

Lepas tu aku macam takut gila, peluh betina mula la nak memercik-mercik kat dahi aku.

Dah la cuaca bilik pon panas, ditambah plak dengan gangguan macam ni. Inilah yang kita katakan sebagai apabila kehangatan bertukar menjadi kehanatan.

Pastu dah kenapa atletik sangat hantu pandan ni perform larian balapan kat siling rumah aku. Apakah mungkin beliau banyak makan sayur, pergi gym dan dikurniakan jisim otot yang berketak-ketak.

Belum habis lagi peluh aku menitik, tiba-tiba aku dengar siling rumah macam roboh, dan ade bunyi jeritan (aku tak sure yang menjerit tu orang ke, atau benda-benda yang terjatuh dari siling tu).

Apa yang pasti, bau pandan tu ada and sangat kuat, lagi kuat daripada hari-hari biasa.

Lepas je bunyi jeritan tu berkumandang di segenap rumah aku, aku terdengar pulak pintu bilik aku diketuk-ketuk. Aku pon ape lagi. Ambil bantal peluk kuat-kuat. Sumpah takut gila.

Aku seriously ingat hantu pandan tu ketuk-ketuk pintu bilik aku huish smakin deras peluh aku mengalir. Lame jugak la aku peluk bantal aku.

Tak lama kemudian, aku dengar suara housemate aku dengan suara driver aku bercakap-cakap.

Eh? aku jadi semakin curiga. Aku pon mengambil langkah berani mati, iaitu kluar dari bilik. Rupa-rupanya, setelah disoal siasat, ade 4 ekor musang jatuh kat bilik member aku, betul-betul kat depan bilik aku.

Pastu, driver aku bagitau, spesies musang yang jatuh tu, namanya musang pandan. Selalunya suka duduk kat siling rumah-rumah lama. Bau dia pon macam pandan. Sebab tu la dia dipanggil musang pandan.

Aku macam omaigod selama ni adakah aku kene scam dengan musang pandan. Pahit rasanya jadi mangsa scam ni. Patutlah aku dok baca pendinding semua, tak jalan. Ni bukan gangguan makhluk halus, tapi makhluk berbulu kalis yasin.

Tapi nasib baik musang-musang jatuh atas lantai. Dibuatnya die jatuh atas member aku yang tengah sedap tidur siap drooling tu, huish sis tak dapat bayangkan.

Yang aku pulak sebok ingat hantu pandan yang ketuk-ketuk bilik aku, rupe-rupenye kawan aku yang ketuk bilik, bajet nak masuk dalam bilik aku untuk selamatkan diri dari musang-musang berbulu itu.

Tapi takpe, semua benda pasti ada hikmahnya. Ape hikmah yang kita boleh dapat dari kisah ni? Aku tau.

Nasib baik musang tu jatuh kat siling bilik. Dibuatnya musang tu jatuh time tengah mandi dalam toilet. Hah, ape je tindakan selanjutnya? Adakah kitorang patut flush je musang tu kat dalam toilet bowl tu sekuat hati?

Ataupun patut kitorang hempok je kepala musang tu pakai cebok sampai cebok tu patah?

Ataupun adakah kitorang patut beri pandangan tajam je kat musang tu sambil memakai shower cap bunge-bunge kale pink?

Tolong…

– Adrenaline (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Omg sis your story sumpahhhhhhhhhh semua berdekah, your story really made my day sis ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️thank you kerana hiburkan dari part 1-3 kalau ada cita menarik shre LG lgiiiiii

  2. Hi confessor, kalau ada lagi cerita sila la sambung. part air mani tu eii amik kesempatan betul ek pakcik beca. diorang masturate dalam beca tu je ke? mesti lama kan? curious pula. saya nak jadi doktor tapi tula, takpandai, jadi takdapatla hahahaha. part musang pandan tu lawak hahahaha gitu je terkorban waktu belajar, cis!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *