Kita Generasi Manja ?

Komen yang sangat "MEMBINA" dari masyarakat kita di sebuat post mengenai seorang pelajar perubatan tahun 1 bertanya soalan kepada Dr Zakir Naik. Kesian golongan mahasiswa sekarang. Apa apa jadi, kita yang dipersalahkan.

"Ni generasi muda Y dan Z yg asyik menyalahkan pihak lain, kalo xmampu adik, kerja dulu dan kumpul duit untuk sambung belajar, kat Malaysia ni banyak Bantuan la…"

-Makcik, cubalah makcik duduk tempat kami ni haa. Seminggu cukuplah. Rasakan macam mana duit pinjaman ada baki dalam rm70 seminggu untuk tampung makan minum, duit buku photostat nota dan sebagainya. Zaman sekarang semua perlu duit makcik. Itu nasib baik dapat pinjaman. Macam sahabat saya ni. Dia tak dapat pinjaman mahupun biasiswa. RM3600 makcik oiii ! Mana nak cekau. Itu yuran je. Tak masuk duit sara hidup. Ya betul, kat Malaysia memang banyak bantuan. Tapi semuanya perlu melalui prosedur yang ketat. Makan masa berbulan. Kalau diluluskan bantuan tu mujur sangat. Tu pun dah akhir semester baru dapat. Awal semester nak hidup macam mana ? Part time ? Makcik, dia ni pelajar PERUBATAN. Saya ulang. PERUBATAN ! Ingat senang nak bahagi masa dengan belajar, aktiviti kolej, nak kerja lagi ? Tu baru pre-clinical year. Tak masuk clinical year. 24 hours kat Hospital tak tidur. Makcik sanggup hidup macam seorang zombie ? Kerja dulu. Makcik, berapa tahun dia nak kerja untuk tampung yuran belajar dia. Kalau kerja, gaji takat sijil SPM. Maybe 1200 ke bawah sebulan. Maybe. Zaman sekarang. Orang pun takut nak amek berkerja. Sebab ekonomi meleset.

"Laaaa..jgn salahkan pemerintah ke sape ke..salahkan diri sendiri"
"Hati kalau dh hitam..adab dn akhlak hilang terus"

-Wow, bagusnya pakcik ni tahu hati dah hitam ke putih ke ? Macam mana pakcik tengok ? Pelajar itu hanya bertanya. Meluahkan ketidakpuasan hati dia knapa dia tak dapat biasiswa selepas bertahun tahun berhempas pulas belajar. Atleast dia berani pakcik. Tak macam sesetengah orang, menjadi wira di hadapan komputer dan sebagainya. Mengunakan papan kekunci sebagai pedang dan mengeluarkan kata kata menghina golongan pelajar seperti kami. Pakcik silap bila pakcik membandingkan zaman dahulu dan sekarang. Dulu lain pakcik, harga barang masih terkawal dan kita tiada pemimpin yang korupt seperti sekarang. Biasiswa masih mudah didapati. Sekarang benda dah berbeza 180 darjah. Dulu rm50 macam macam boleh beli pakcik. Sekarang rm50 adalah 5-6 barang boleh beli selepas diskaun.

"soalan dia tak relevan dgn topik. kita tak menghina dia. tapi dia yg membuka peluang dirinya utk dihina. apa kaitan kos ijazah perubatan dgn perbandingan agama? apakah pelajar perubatan sekarang begitu dungu utk bertanya soalan betul pada tempatnya? itu belum dikira english fluency yg merangkak. bukan sepatutnya pelajar perubatan mesti melalui saringan yg ketat terutamanya penguasaan bahasa inggeris? celah mana dia terlepas? i really hope that she can improve herself before she graduated."

-Kak, dalam dunia ni. Orang gila pun takkan nak buka peluang dia untuk dihina. Kalau betul pun, akak siapa nak hina dia ? Masyarakat siapa nak hina dia ? Tahu ke apa dia lalui untuk sampai ke peringkat sekarang ? Tahu ke apa dia berkorban untuk menjadi seorang pelajar perubatan ? Dungu ? Kak, saya harap satu masa akak sakit nanti, biarlah akak dirawat oleh Dr "Dungu" ni kak. Manusia yang akak panggil dungu ni, in sha Allah satu hari nanti akan menjadi Dr Muslimah yang cemerlang. Yang mungkin akan rawat akak dan keturunan akak serta keturunan masyarakat yang menghina dia sekarang. English ? majlis besar kak. DIa berani kedepan. Meluahkan apa yang dia kecewa. Akak meluahkan perasaan depan komputer sahaja. Dia di hadapan beribu orang. Mungkin berjuta orang setelah video dia dimuat naik ke dalam facebook. Tak semua sempurna kak. Dia masih belajar. Dan akak pun kena belajar. Belajar menerima kesilapan orang dan memberi nasihat dengan cara yang betul. Bukan menghentam dia. Membuka aib dia. Orang yang buka aib ni kak, dalam diam Allah akan tunjukkan aib dia.

Dear sahabat. Walaupun kita tak mengenali satu sama lain. Allah ada bersama awak, Jangan risau. Teruskan perjuangan. Jadilah doktor muslimah yang cemerlang. Kemudian bantulah golongan pelajar seperti kita sekarang apabila awak dah berada di atas kelak. Jangan hiraukan kata kata nista dari orang yang ingin melihat awak jatuh. Percayalah, mereka hanyalah tong kosong yang berbunyi apabila diketuk.

Allah bless you sister. You are strong enough to face this. Allah bersamamu. Allah tidak akan meninggalkanmu. Seperti mana dalam firman Allah

" Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci” kepadamu. Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu ? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu siarkan.” Surah Ad-Dhuha

– Mahasiwa-Mahasiswi

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Form Link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *