Assalamualaikum, just nak share something yang kadang2 kita tak sedar perkara ni.
Kita tahu solat Dhuha tu solat untuk kita minta rezeki kat Allah. Solat yang mudah untk kita buat setiap awal pagi. Dalam pukul 9 atau 10 pagi dah boleh dirikan solat sunat Dhuha.
Kita selalu juga after solat kita baca doa Dhuha. Maybe ada yang tak hafal akan baca doa dalam melayu je, tak kesah, Allah Maha Memahami segala bahasa :)
Tapi.. pernah tak masa kita berdoa tu, kita doa seperti kita bersyukur atas segala rezeki yang Allah pernah bagi kat kita sekarang ni? Pernah tak kita bersyukur Allah bagi kita rezeki tanpa kita sedar? Pernah tak bersyukur Allah bagi rezeki yang kita tak minta pun? Pernah?
Kita selalu kata nak jadi kaya, kita baca surah al-Waqi'ah hari2 sebab nak kaya. Kita selalu minta kat Allah nak jadi kaya kaya kaya.
Tapi hidup kita still biasa2. Tak lah kaya mana pun. Tapi rasa macam day by day hidup kita sentiasa 'cukup'. Kita rasa macam ada je duit walaupun kita tak berkira2. Di situ sebenarnya Allah beri kita rezeki yang mana kita tak sedar, yakni rezeki yang CUKUP untuk kita hidup.
Biarlah tak kaya, asalkan hidup kita sentiasa rasa cukup. Biarlah orang lain kaya, asalkan kita sentiasa rasa dah cukup segala rezeki Allah bagi. Dan cara nak rasa perasaan cukup tu ialah bersyukur selalu.
Macam mana? Lakukan solat sunat Dhuha secara konsisten. Jangan lupa selitkan doa yang menunjukkan kita seorang hamba yang bersyukur atas rezeki yang telah diberikan.
Just sharing my thoughts, moga kita semua jadi hamba yang bersyukur selalu.
Moga perkongsian ini menjadi saham akhirat buat saya.
– Daieah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Nak kaya atau nak cukup ni satu benda yg sgt menarik. Sbb dah berabad lamanya kita diberitahu, biarlah org lain kaya, asal kita cukup. Kenapa mentaliti mcm tu? Knp letak limit? Kenapa org lain boleh kaya tp kita skdr cukup? Reflect balik. Dlm masa kita bersyukur dgn segala nikmat pemberian Allah, kita kena sentiasa berusaha utk jd terbaik. Kita dah terlalu lama disogok dgn konsep “money is the root of all evil”, sdgkan “poverty is the root of all evil”. Kalau kita kaya, tentulah kita boleh menyumbang pd ummah dgn lebih signifikan. Berbanding dgn beri RM5 utk bina madrasah, kalau kita kaya, mgkn kita boleh bina terus madrasah tu dgn amount yg cukup.
nabi pun suka umatnya kaya.
Kita ptut kejar kaya jiwa…barulah harta n duit byk tak mnimbulkn rasa bakhil n kedekut, tdk jd sombong n bongkak, tdk ada sifat keji n pdg hina org miskin…sb bila kaya jiwa, kita akn rasa allah itu sdh cukup bg kita..
Ya Allah percukupkan lah aku dengan rezeki yang berkat.
Banyak belum tentu berkat. Utk dpt rezeki yg berkat kita kena bermula dgn keberkatan masa dulu, sy sendiri masih dpt yg ini, sbb diri ini sering lalai.
Betul, Alhamdulillah.. pengalaman aku buat dhuha, Allah sentiasa murahkan rezeki dan Allah buat kita rase cukup. Ade je rezeki dr mane2 Allah bagi.
Kaya bukan bererti kaya wang sahaja..kadang2 Allah tk bg rezeki dlm bentuk yg kita nampak…cuma kita perlu terus berdoa semoga Allah cukupkan rezeki tu dn semoga dgn ada rezeki yg berlebihan kita dpt kongsi dgn org lain…
الحمد لله على كل حال