Know Your Value

Assalamualaikum.
.
Berdasarkan tajuk, sis bukan nk cerita pasal harga diri. Bukan! Sama skali bukan.
.
Sis nak share pasal harga yang patut dibayar kalau adik2 kerja dengan orang (upah/gaji) especially klu keje dengan orang. Sis faham hidup dengan duit PT sekarang memang tak cukup kalau kita amalkan gaya hidup normal. Contoh macam ada sorang sister confess macam mana nak belanja bawah RM5/sehari, makan nasi separuh2. Bagi sis itu tak normal.
.
Walaupun sis sendiri tak pernah try sume keje ni, sis ada kawan dalam semua bidang yang kat bawah ni. So sis nak share jenis2 keje dan gaji yang sikit/standard/banyak:
.
1. RETAIL(Keje paling femes: cashier, brand promoter, sale assistant, waitress)
-bawah RM5 = sikit
-RM6/7=standard
-RM8 ke atas =banyak

Tengok kedai tu kat mana, kalau dalam u maximum korang akan dapat mungkin RM4.50. Tapi kalau bawah RM3.50 masuk kategori ciput

2. EVENT CREW (contoh mcm time pc fair, catering masa kawen, mummy & baby fair). Kerja macam ni selalunya gaji kira hari, keje pagi sampai petang/malam.
-bawah RM80 = sikit
-RM80/90/100/110 = standard
-RM110 ke atas = banyak

3. Sampling promoter (yg mcm korang p supermarket ada orang bagi rasa susu, yoghurt etc. Selalunya keje 10jam
-bawah RM70 = sikit
-RM80/90/100 = standard
-RM100 ke atas = banyak

Ni semua keje2 femes yang student selalu buat. Tapi banyak lagi keje lain macam delivery boy/girl, data entry. Kalau keje2 yang macam ni selalunya akan ikut workload dan ikut budi bicara bos.
.
Yang nak cari keje korang kena take into consideration benda-benda lain yang make sense.
Contohnya:
1. Gaji kau sehari RM90. Tapi tambang pegi balik campur makan dekat RM30. Berbaloi tak?
2. Gaji mahal tapi naik public transport aje dekat 2,3 jam. Tak penat?
.
Kalau yang baru nak belajar cari duit sendiri mungkin korang tak kisah pasal gaji. Cumanya kalau korang dah keje tu at least pasang azam untuk cari keje lain secepat mungkin dengan gaji lebih baik.
.
Setakat ni dulu perkongsian sis. Good luck yang nak cari keje part time
Wassalam.

– SIS

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *