Kos Sara Hidup

Hai assalamualaikum, saya tak tahu nak mula ayat dan nak susun macam mana tapi saya cuba, harap pertanyaan saya tidak mendapat kecaman, saya meraikan segala pendapat yang ada.

Saya dan husband baru bernikah 2 bulan yang lalu, alhamdulilah semua berjalan lancar, dapat suami yang baik dan taat agama.

Family saya yang membantu family mertua yang baik dan tak masuk campur urusan anak ii, alhamdulilah semua pihak sangat saya sayangi.

Suami saya bekerja dengan gaji 4 ribu, kami tinggal ditengah bandar kota KL ni, sewa rumah 1.2k , transfer bulanan dekat mertua 300, mak ayah saya pula kitaorang tak bagi duit tapi belanja makan around 100 sebulan.

Duit nafkah saya 400 dan duit saving bulanan 1k. Baki ada lagi 1k (groceries + air mineral + topup booth hp) dan perbelanjaan lain ii.. ada masa 1k sebulan tak cukup sebab baru kahwin kan banyak barang nak kena beli.

Masak pun saya guna air fryer dan rice cooker dua ii pemberian orang, gas masih belum beli sebab kitaorang nak bawa belanja bulan depan, supaya tak banyak ganggu duit saving.

Ouh ya lupa nak bagitahu saya suri rumah sepenuh masa dan suami saya memang tak mengizinkan saya untuk kerja, atas faktor kesihatan.

Berbalik cerita tadi, saving 1k sebulan pun kekadang ada masa kitaorng guna juga sebab tak cukup duit dan ganti duit bulan depan,

Saya dan suami bukan kedekut tapi sangat alert bab saving sebab kos sara hidup yang kian meningkat dan tak tahu apa jadi masa akan datang.

Kitaorang masih tak ada kereta dan suami belum mengambil lesen kereta, suami saya habis spm sambung belajar di luar negara dan baru balik awal tahun ini, dia ambil master tu yang lama dan belum sempat untuk ambil lesen dah dapat kerja.

Dia ada usaha untuk ambil lesen dengan kerja sementara waktu dekat gudang sebab kos ambil lesen pun 1k tapi tak sempat ambil dah dapat kerja dekat KL ni, so tak ada issue la husband saya tak cuba ambil.

Jadi saving 1k sebulan (kadang ii tak cukup 1k) adalah untuk beli dan bayar muka kereta, kereta yang kitaorang target beli saga saja sebab nak ikut kemampuan dan target bayaran muka adalah 20k which is itu yang kami cuba kumpul sekarang.

Kadang ii ikat perut hujung bulan, dia makan saja apa yang saya masakkan kadang ii cukup bahan ke tak kitaorang bedal ja sebab dahulukan saving.

Adakah kitaorang terlalu nak saving? Atau pandangan anda sebagai orang yang lebih makan garam kira ok saja macam ni? Biar susah susah dulu senang senang kemudian?

Sebab kawan kawan husband dan saya lifestyle diorang mewah.. Kakadang kitaorang kena kondem dan kadang ii saya tertanya betul ke apa saya buat? Atau saya ni terlalu berjaga ii sangat.

Lagi satu yang saya nak minta pendapat tuan dan puan, adakah salah saya hold untuk dapat anak dulu?

Dalam keadaan ekonomi kami sekarang dan saya faham anak itu rezeki, sejujurnya rezeki datang dalam pelbagai bentuk, saya ada bela dua ekor anak kucing dan bulanan ada juga sedekah duit, sebab kami percaya sedekah membawa berkah.

Saya tak bekerja sebab ada masalah dengan hormone which is period saya jenis segugut teruk dan dari form 2 saya ada macam ii masalah berkaitan hormon, dimana kes yang serius dan rare, saya segan nak cerita dalam ni sebab pembacanya umum.

Penyakit saya menyebabkan saya sangat sukar untuk mendapatkan zuriat, sebelum kahwin saya dan discuss dengan husband bab saya tak boleh beri anak,

Dan alhamdulilah dia ok saja dengan mengadopt kucing sebagai peneman, doctor cakap saya sukar untuk mendapatkan anak tapi kuasa Allah selagi ada rahim selagi itu boleh mengandung.

Sebenarnya saya pun rasa fobia untuk ada anak lagi sebab period bulanan saya, saya akan mula segugut seminggu atau dua minggu sebelum period diikut sakit ii yang lain.

Kalau saya mengandung nanti pun pelbagai komplikasi yang saya akam hadapi, jadi buat masa sekarang saya tak rasa nak ada anak lagi.

1. Disebabkan kami tak ada kenderaan kereta (which is tngh saving sngt ii untuk bayar muka tinggi)

2. Kos sara hidup sini (gaji 4k, saya housewife)

3. Disebabkan penyakit saya dan mudah lead untuk pelbagai komplikasi ketika mengandung (kena ada masa, duit, mental stabil).

Saya nak minta pendapat takpe ke saya hold untuk anak dulu? Anak adalah rezeki tapi kalau tak ready kewangan, mental fizikal pun boleh koyak, dengan kemudahan pun tak berapa nak cukup.

Saya tahu saya susah nak dapat anak dan fizikal mental husband saya pun ready kalau kami tak ada rezeki itu, mungkin rezeki kami bantu saudara terdekat yang lebih susah.

Tapi saya risau sebab perkataan saya nak hold anak dulu sekarang mnyebabkan dari Allah nak bagi rezeki terus Allah tak bagi,

Saya minta pendapat kawan kawan saya, diaorang cakap saya ni dahlah jenis susah nak dapat anak, ni nak merancang lagi ntah ii tak dapat terus..

Saya terkesan dengan kata ii kawan saya dan banyak masyarakat menjustifikasikan anak sebagai rezeki, adakah bila saya merancang Allah akan marah saya?

Seolah olah tak padan susah nak pregnant ada hati nak merancang, habistu kalau tak merancang andai kata lekat sekarang.. macamana nak bagi kemudahan untuk anak?

Untuk saya sendiri nak selesa pun susah, saving pun baru dan tak semeggah mana, memang segala galanya bukan tentang duit, tapi semua benda sekarang ni perlukan duit.

Maaf andai confession saya terputar belit dan merapu, terima kasih sudi membaca..

– Luna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *