Depression K4k Lia

Aku minta maaf banyak-banyak kalau luahan aku ni buat orang marah, meluat especially yang memang clinically proven with depression.

Aku minta maaf tapi aku perlukan pandangan pembaca IIUM Confession ni. Maaf banyak-banyak.

Background family aku agak celaru. Parents aku buat hal masa kita orang kecik dulu. Ended up, parents cerai and bawa haluan masing-masing.

Adik beradik ramai, 6 orang semuanya, aku anak no.4. Atas aku ada 1 abang, 2 kakak, bawah aku sorang adik laki, sorang adik perempuan.

Kisah ni pasal kakak aku yang first, Kak Lia, umur nak masuk 40 next year. Dia clinically proven ada depression, memang makan ubat and ikut program mental health under hospital government.

Macam mana dia ada depression? Masa family aku tengah celaru tu, mak aku macam lepaskan marah kat dia. Sebat, lempang, cubit, kena tengking tu memang makanan hari-hari dia.

Tapi Kak Lia pon tak diam, dia melawan jugak. Yang lain-lain tak kena sangat sebab masih budak.

Masa ni Kak Lia form 3 camtu. Bayangkan lah, hari-hari kat rumah terjerit-jerit, hempas pintu camtu.

Orang cakap sebab muka sama dengan mak sebab tu Kak Lia dengan mak panas. Kak Lia pulak perempuan sulung, rapat dengan bapak.

Bapak aku balik, sambung marah-marah pulak kat mak sebab pukul Kak Lia. Camtu laa hari-hari sampai bapak aku keluar rumah. Kak Lia memang terkesan la dengan semua ni.

Mula dari kisah ni, Kak Lia banyak bawak hal sendiri, jadi independent. Aku tak ingat sangat symptoms macam mana Kak Lia boleh diagnosed depression, tau tau dia tunjuk ubat je.

So, kisahnya semua dah dewasa. Ada yang dah kahwin dan duduk sendiri. Ada yang tengah merancang nak kahwin. Kak Lia sekarang single.

Dia ada la go through beberapa relationships tapi tak menjadi. Maybe tak jumpa jodoh lagi.

Jadinya Kak Lia ni suka datang lepak rumah aku. Nak berborak katanya. By the way aku dah kahwin, anak 2 orang.

Tapi, aku tak tahan nak borak dengan Kak Lia. Pada dia semua orang salah, dia je yang betul. Dia ungkit semua cerita lama, itulah yang diulangkan setiap kali dia datang lepak rumah aku.

Tu tak kira lagi dengar dia bercerita sambil mencarut. Aku penat.

Last jumpa bulan lepas, dan aku sangat sangat terkesan dengan apa yang dia cakap. Sampai sekarang aku tak contact dia dah.

Apakah atas tiket depression tu dia boleh cakap apa saja? Dengan tak kisahkan perasaan orang lain?

Yang dia asyik ulang, dia lah terpaling malang antara adik beradik lain, yang lain tak terkesan katanya dengan kisah mak dan bapak.

Aku faham ada orang senang nak move on, ada yang susah. Tapi kalau meratib kehidupan malang tapi tak nak ubah cara dan perangai diri sendiri macam mana.

Apa yang aku boleh buat? Takkan aku nak tadah telinga semata nak bagi sokongan.

Paling tidak pon ubah lah mulut tu, jaga percakapan, apakah kerana atas tiket depression dia boleh berkata apa saja?

Aku daripada menyokong, konon nak jadi pendengar setia, terus tak nak masuk campur dah. Aku penat. Aku dah tegur tapi tak nak dengar.

Tak berubah pon perangainya. Letih dah. Bukan sehari dua aku hadap.

Aku memang tak faham apa yang orang depressed lalui tapi aku rasa aku dah cukup empati selama ni.

Aku teman dia shopping. Aku pegi rumah dia, tolong kemas, tolong masak. Kereta dia rosak, aku tolong gi anta balik keje.

Cumanya masa last conversation tu aku dah suruh dia stop bercakap tapi tidak, Kak Lia masih lagi nak ulang cerita yang sama. Meratib kesusahan yang dia alami.

Bukan aku tak pernah dengar, setiap kali jumpa, itulah yang dia ulangkan. Aku sangat terkesan dengan sikap dia.

Apa lagi yang boleh aku buat? Apa aku tak ada hak untuk waras ke? Sejauh mana aku nak berikan sokongan? Aku kena kebal ke?

Yang aku perasan, every time lepas aku jumpa dia, sehari jugak laa aku nak recover. Usually the next day tu aku tido je or termenung banyak.

Entah la. Hubungan adik beradik tak patut diputuskan tapi aku nak buat apa ye?

– Adik Kak Lia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *