Lel4ki Rasa Inferior Ke Dengan Per3mpuan Yang Gaji Lebih Dari Dia?

Assalamualaikum semua. Hai! Saya agak nervous sebenarnya sebab saya ni jarang menulis panjang-panjang, dan ini first time saya try menulis luahan kat sini.

Jadi kalau jalan cerita saya tak best atau berterabur, mohon maaf awal-awal ya. Nanti komen tau part mana yang boleh saya improve, saya cuba improve from time to time, hehe.

Btw, saya just nak sharing pasal topik yang cliché, iaitu perihal jodoh. Ya saya tahu, mostly kat sini banyak share pasal jodoh, sama lah macam saya, seorang wanita yang masih menanti jodoh.

Of course lah kebanyakan kita semua mengimpikan sebuah perkahwinan kan, sebab fitrah kita diciptakan nak ada pasangan yang halal.

Tapi tu lah, perjalanan dan timing setiap orang tu berbeza. Dalam kes saya pula, dah banyak kali juga kenal orang, tetapi belum jumpa jodoh yang sesuai.

Sebelum tu, serba sedikit mengenai saya, saya wanita akhir 20-an, mempunyai kerjaya yang baik dan pendapatan yang tetap, serta berpendidikan (degree je lah tapi hehe).

Dari segi rupa, saya tengok saya ni biasa-biasa je lah, golongan pertengahan, walaupun kawan-kawan pejabat dan orang sekeliling cakap saya ni ada rupa, tapi saya anggap diorang just nak ambil hati je la.

Ye la, mana ada orang nak cakap kita buruk depan-depan kan?

Lagipun saya ni bukan kategori kurus, tapi bukan lah kategori gemuk juga. Sederhana. Tinggi pun sederhana je. Gaya hidup pun sederhana. Jimat selagi boleh, hehe.

In short, wanita biasa dengan kehidupan yang biasa-biasa sahaja.

Ok back to the main story, macam saya cakap tadi, saya dah agak banyak juga kenal lelaki, tapi sampai sekarang masih belum berjodohan.

Ya betul, memang lah jodoh tu rahsia Tuhan dan akan datang bila tiba masanya, tapi bagi saya, tak salah kan kita usaha memperbaiki diri.

Jadi persoalan saya pada kali ini, bukanlah tentang jodoh yang tak kunjung tiba, tapi since saya dah banyak juga kenal orang tapi asyik tak menjadi,

Saya just nak tanya pendapat kalian, untuk saya memperbaiki diri saya, dalam usaha saya untuk mencari jodoh yang terbaik.

First of all, saya ni bukanlah sejenis yang terlalu memilih.

Sejujurnya, lelaki-lelaki yang pernah saya kenal, bukanlah orang kaya (bahkan selalunya pendapatan lagi rendah dari saya), dan bukanlah kategori hensem (kawan-kawan dan family yang cakap, bagi saya, saya nampak ok je).

Pokoknya, saya suka yang biasa-biasa je, sebab saya pun biasa-biasa je. Asalkan rasa serasi, ada basic agama, baik, berpendidikan, manis di mata saya, bagi saya, itu dah mencukupi.

Cumanya saya perasan, bila saya dah kenal orang ke tahap yang lebih serius, tetiba timbul isu dari pihak lelaki pasal gaji lagi tinggi dan belum stabil pula.

Saya pelik la juga, sebab saya ni tak pernah pun expose pasal gaji saya pun dan saya pun tak pernah berminat nak tanya gaji orang.

Dan saya pun bukan pandang gaji orang pun, asalkan bekerja dan rajin, itu memadai. Cuma disebabkan saya ni keje Kerajaan kot, jadi mereka macam boleh agak gaji saya berapa.

Tetiba timbul pula isu “awak gaji tinggi dari saya, nanti kena buli macam mana?”, atau “saya belum stabil lagi”.

Saya macam tertanya-tanya juga la, kenapa nak persoalkan isu gaji pula, sebab itu kan rezeki Allah. Lepastu, kenapa nak kaitkan dengan buli pula?

Pandangan saya, once dia dah jadi husband kita, kena la hormat dia, tak kisah la gaji dia berapa. Menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk taat kepada suami kan.

Hmm tu lah, saya pun tak faham apa sebenarnya yang bermain di fikiran mereka.

By the way, lelaki-lelaki yang saya kenal ni semuanya dalam lingkungan umur saya juga (means umur yang matang). Cuma mungkin gaji mereka rendah sikit dari saya sebab lambat dapat kerja.

Tu je.. Btw, lelaki-lelaki yang saya kenal ni, dah pun menjadi sejarah. Mereka lelaki yang baik, dan saya pun tak salahkan mereka. Jangan salah faham pula hehe.

Cuma, persoalannya, adakah lepas ni saya nak kena cari lelaki gaji lagi tinggi dari saya ke macam mana ya?

Entahlah, kalau boleh, malas lah nak memilih dari segi gaji dan harta, sebab saya dari dulu bukan jenis yang tengok harta orang. Saya tengok effort. Tapi jadi macam ni pula.

Lelaki memang akan rasa insecure ke dengan perempuan yang gaji lebih dari mereka? Habistu, adakah saya perlu cari lelaki yang gaji dari tinggi dari saya?

Kebanyakan yang dah stabil ni maybe umur dalam 30-an, tapi masalahnya lelaki dalam lingkungan umur tu, mostly dah kahwin kan.

Peluang untuk saya jumpa yang single dan stabil, saya rasa macam agak tipis.

Saya pernah dengar, boss dan kawan-kawan perempuan saya cakap yang lelaki ni, bila kita dah ada semua, mereka jadi segan/ takut nak berkenalan ngan kita.

Betul ke gitu? Kenapa macam complicated je? Haha. Ke kalian rasa macam mana? Kalau ada pandangan/ pendapat share tau, saya sangat mengalu-alukannya. Thank you so much!

Ok tu je lah untuk kali ini. Hehe.

Akhir sekali, saya doakan semoga semua yang sedang berusaha mencari jodoh, dipermudahkan urusan dan dipertemukan dengan jodoh yang terbaik menurut Allah. Aamiin.

– Tash Hermosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *