Kucing yang diberi nama Take

Jiran sebelah aku ada kucing warna oren ala ala garfield. Selalunya kucing dia yg ni duduk dalam rumah je.

Satu hari tu kucing oren ni duduk luar rumah satu hari suntuk. Mengeow macam mana pun, jiran aku tak bawak masuk. Lepas tu aku perasan ada seekor kucing gebu dalam rumah dia.

Adakah jiran aku ni manusia jenis yang cantik simpan, yang dah tak cantik dicampak keluar?

Itu soalan dalam benak fikiran aku.

Bermula dari hari tu aku akan bagi makan dekat kucing oren tu dan aku bagi nama dia Take.

Cara nak sebut nama dia sama macam korang sebut nama Takeshi Kaneshiro cuma ambik yang 'Take' tu je.

Kadang-kadang aku simpan duit belanja sekolah nak belikan dia makan sedap-sedap dan hari-hari jugak aku curi keluar rumah nak main dengan si Take ni.

30 Jun, Take duduk depan pintu rumah tunggu aku balik sekolah dan hari tu Take manja sangat, tak berhenti gesel badan dia dekat aku as if dia nak cakap

"Terima kasih bagi makan, jaga Take. Selamat hari lahir akak M".

30 Jun ialah hari lahir aku dan lepas kami balik dari makan malam, aku tengok Take masih lagi duduk depan pintu rumah tunggu aku.

Aku usap kepala dia, aku cakap aku sayang dia sangat-sangat dan aku janji esok aku main dengan dia.

1 Julai, mak dapat phone call dari jiran satu lagi. Dia cakap dia terlanggar Take waktu nak undurkan kereta.

Aku berlari turun bawah, menangis tak berhenti bila aku tengok Take berlumuran darah. Jiran aku merangkap ex-owner Take tengok sekejap lepas tu dia balik rumah. Pak guard dengan pakcik sorang tu tolong tanamkan Take.

Sekarang ni, ada satu pokok bunga tumbuh cantik dekat tempat Take kena tanam. Terubat rindu bila tengok pokok bunga tu.

Patutlah Take tengok akak lama macam tu kan. Take, Akak rindu Take sangat-sangat…

Akak rindu bila Take bawak burung, cicak segala benda letak depan rumah akak. Orang kata tu tandanya Take bagi hadiah.

I love you my sweet Take.

– M

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

33 Comments

  1. Aku pun ada sekor anak kucing aku bagi nama kawasaki sebab dia hensem haha.

    Aku tak suka sangat kucing tapi yang sekor ni terkecuali. Dia sesat kot sampai umah aku. Aku jaga dia bagi makan, tiap kali aku balik kerja mesti dia dah tunggu depan pintu dapur and aku akan main dengan dia dulu.

    Tapi satu hari aku tgk dia duk meringkuk kat hujung katil nampak macam sejuk. Aku ingat mmg dia sejuk la sbb kebetulan waktu tu hujan. Aku ambik tuala selimutkan dia satu badan. Hehe cute je kepala je terkeluar. Tgk2 esok dia mati dalam selimut tu. Tak bergerak, mata je terpejam. Sampai sekarang aku tak tau kenapa dia mati

    Waaa aku pun dah tak bela kucing sampai ke hari ni. Baca confession ni tetiba rindu kawasaki

  2. Itu la kan,kadang2 segelintir orang yg mengaku pencinta kucing ni agak hipokrit. Nak yg gebu je,yg kucing kampung tak pandang. InsyAllah confessor dapat pahala sebab berbuat baik kepada haiwan.

  3. I feel u!! Hakak kehilangan bobo sb jiran terlanggar.punye la sedu sedan sepanjang jlm bawak dia dari umah jiran balik umah. 2nd time oren.otw pg kenduri.sepanjang2 jln sampai ke pendang nanges..llast skali amad.masa tgh mengajar dpt call dari vet. Menangis sungguh2. Lecturer lain pun pelik apsal laa nanges sesungguh.putus cinta ke? Kena marah bos ke? Tak kucing mati.diorg nk gelak kot masa tu..huhu..rip take..run free… :'(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *