Kurang mesra dengan lelaki
Assalammualaikum wbt.terima kasih sebab aproved admin
First of all,nak ceritakan diri aku dulu.honestly,aku ni bukan budak uia.baru je habis buat diploma.sekarang ni tengah kerja part time kat restoran makanan segera.
Aku ni perempuan.dan aku ni jenis garang sikit ngan lelaki.bukan anti tapi kurang mesra dengan kawan2 lelaki.lagi2 budak lelaki yg sama baya ngan aku.dalam henfon aku ni cuma ada no budak lelaki yg sama kelas ngan aku je.tupun aku tak save pon nama dorang.semua ada dalam grup studi kitaorang.memang sikit jelah kawan2 lelaki.
Nak dijadikan cerita..ada sorang mamat yg sama kerja kat tempat aku ni suka sakat aku.makin marah makinlah suka…
Setiap hari memang selalulah keluar perkataan mencarut kat dia.huh! Geram!!!
One day,mamat tu tegur aku tak baik selalu marah2,orang lelaki sebenarnya tak suka jenis perempuan yg garang.tah apelah dia membebel..pastu dia compare kan aku dengan sorang kawan aku ni.kitaorang studi uni yg sama.mamat ni cakap kawan aku ni jauh lebih matang dari aku.peramahlah itulah inilah.kisah plak aku!
Aku jawablah balik kat dia perlu ke aku jadi macam orang lain.macamlah dorang tu semua sempurna.disebabkan lembut kawan aku nilah ramai orang lelaki suka kacau dia.mintak no fonlah ajak keluar mkanlah.suara aku ni memang tinggi volume bila dah cakap ngan budak lelaki.so,semua staff kat situ sibuk duk doakan aku ngan budak lelaki ni kahwin pasal selalu gaduh.oh please…..aku tak tahan nak marahkat dia,terkeluarlah perkataan 'pergi mampus'
Korang kena paham,mamat nikan selalu duduk rapat2 ngan aku.kadang dia sengaja sentuh2 hujung jari aku.langsung takde persaan bersalah even dia ni budak lepasan sek. agama katanya.semua staff kat sini memang tak kisah setakat sentuh tangan camni.aku ni walau tak alim mana pun,aku tetap jaga batas pergaulan aku.tak suka cakap lembut ngan budak lelaki ni.dan tak selesa berurusan dengan kawan2 lelaki.entahlah..mungkin aku ni selalu dengar tazkirah pasal pergaulan perempuan sejak akil baligh lagi.berkat didikan tulah mentaliti aku berfikir supaya tidak bersikap lembut ngan dorang.
Kat tempat aku kerja nikan,ada sorang akak ni kata kat aku,kalu garang sangat dengan lelaki nanti susah dapat jodoh(sebab dia dah umur 28 tahun tapi bujang lagi).masalahnya bukan semua orang pun aku garang,cuma lelaki yg jenis tak paham bahasa dan annoying.aku perempuan normal.adalah jugak aku minat kat lelaki di uni aku dulu.bukan aku anti dengan kaum adam ni.
Kadang orang lelaki ni tak kisah mana pun bila aku cakap tinggi suara sikit kat dorang.cuma kawan2 perempuan aku ni ha yg terlebih carring pikir perasaan dorang.pastu cakap nanti jodoh lambat sampai.yelah..dah masuk umur 20an ni gatal gak terpikir nak kawin.hihi
Tapi just terpikir,aku langsung tak bersedia nak ubah status aku ni.selagi mana belum bayar jasa ibu bapa dengan gaji pertama aku selagi tulah aku taknak kahwin.bila aku cakap macam ni kat dorang,mulalah cakap jodoh lambat sampai jadi andartu.
So,harap korang yg baca ni faham diri aku.dan aku rasa,bukan aku sorang je yg garang dengan budak lelaki tapi ok je ngan kaum sejenis.tak perlulah kot korang yg perempuan ni mengata.memang sikap kitaorang camni.ada setengah tu kata kalau garang tapi muka cantik takpelah jugak.hekeleh kecoh je..
-by nena-
– Nena
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/