Lahai Mentua

Cerita aku ni agak sama dengan REPLY: Jauh Hati Kerana Mentua oleh Menantu Hantu, (https://iiumc.com/reply-jauh-hati-kerana-mentua/).

Rupanya ada juga senasib dengan aku cuma aku dah ada anak dan dah 3 tahun berkahwin.

Suami dan aku bekerja tetap dan stabil. Kalau ikutkan pendapatan kami cukup untuk keluarga kecil kami. Tapi aku tak pasti pengurusan kewangan suami macam mana sebab dia tak kongsi dengan aku.

Sama macam menantu hantu, sebelum kahwin, semuanya indah belaka sebab suami nak pujuk kahwin kan. Berjanji keluarganya akan melayan aku sebaiknya.

Bila dah kahwin baru tahu satu persatu sikap masing2. Banyak benda yang aku pendam rasa sampai kini.

Kami duduk menyewa. Suami ada beli rumah tapi diduduki oleh adik beradiknya yang dah bekerja dan masih bujang dan mak mentua sekali.

Setiap bulan suami kena bayar 1/3 gajinya untuk rumah tu. Selebihnya baru bayar komitmen lain seperti rumah sewa, bil-bil, kereta, duit untuk maknya dan untuk anak.

Jadi baki tinggal? Tak banyak, cukup makan sahaja. Itu pun aku ada sumbang macam bil-bil dan sewa separuh2 sebenarnya.

Dan aku simpan duit untuk anak aku, tapi sedihnya gaji suami cukup makan untuk komitmen bulanan.

Aku pernah tanya berkaitan simpanan untuk anak, tapi dia tak nak cerita sangat. Malahan tak nak bercakap dengan aku seolah aku meragui pengurusan wangnya.

Sungguh, aku tak kisah dia nak beli rumah untuk maknya, tapi memang perlu ke dia sahaja yang menanggung walhal dia ada adik beradik lain yang dah bekerja? Suami bukan anak sulung.

Suami kata suatu hari rumah tu akan jadi milik kami sekeluarga juga, tapi aku tak berharap. Aku balik sekali sekala rumah suami pun terasa macam tetamu sahaja.

Bilik kami selalu tidur dikemas rapi, barang aku disimpan dalam kotak. Nak keluar bilik pun terpaksa pakai tudung litup. Kalau kami keluar sekejap, balik bilik mesti dikemas mak mentua.

Maknya pun selalu pujuk suami balik rumahnya dengan cara bukan direct seperti dengan bagitahu suami dia rindukan cucunya sangat-sangat.

Tapi yang lawaknya bila kami balik, dia bermain dengan anak aku dalam setengah jam sahaja seharian. Kalau tak turuti apa mentua aku nak, mula la drama air mata dengan pak cik & mak cik suami aku.

Tak cukup dengan bayar rumah untuk maknya, bulanan dia bagi duit bulanan yang akhirnya habis ke tangan scammer sebab maknya mudah percaya.

Last-last maknya tiada simpanan. Macam mana aku tahu mak dia tak ada simpanan sebab dia suka pinjam duit suami nak pergi check up.

Asyik bergurau poket dia sakit sebab tak ada duit. Ada ke anak yang sanggup remind mak untuk bayar balik hutang?

Dia selalu bercerita dengan suami dia nak ambil insurans, tapi tahu la kan bila mula ambil insurans usia tua dan dah ada penyakit, jadi mahal. RM500 ye sebulan. Aku pun tak tahu suami rancang nak ambil ke tak.

Demi suami nak jadi anak mithali, aku terpaksa berkorban. Berkorban sampai bila aku tak pasti, makin lama makin tawar hati. Ajak berbincang mesti akan jadi pergaduhan seolah-olah aku ni dengki dengan keluarganya.

Ada juga bila aku suarakan apa yang dalam hati, jadi macam aku pula yang jahat.

Suami jawab mak dia dah tua, sakit lagi. Ye la, mak dia je yang terpaling sakit walhal ada darah tinggi belum tahap kritikal. Mak abah aku pun tua juga, lagi sakit teruk sampai pernah masuk ICU.

Itupun aku balik rumah mak abah aku 2 bulan sekali. Dia sedap2 je balik 3 kali sebulan. Aku tak kisah untuk dia berbakti dengan keluarga dia, tapi seperti kata menantu hantu, mana pergi adik beradik lain?

Macam menantu hantu juga, adik dia nak beli kereta, siap gurau2 dengan suami aku ajak sharing loan.

Kalau nak sangat letakkan maknya atau keluarganya nombor satu, kenapa kahwin? Aku pun tak berapa bijak juga. Nak kata menyesal tak juga sebab anak aku baik dan comel, kerja aku pun Alhamdulillah okay.

Maknya selalu sebut tak suka susahkan anak menantu la, apa la macam bekas mentua dia dulu. Tersedak jugak dengar.

Setiap hari aku berdoa aku tak jadi macam tu untuk anak aku dan aku berusaha sekali. Aku tak nak menaruh harap dengan anak aku, kesian dia.

Aku niatkan kerja aku sekarang bukan sebab takut suami tinggal, tapi untuk memudahkan untuk anak aku kelak.

Entah la, ke suami aku salah pilih bini?

Sepatutnya dia pilih bini yang boleh duduk sekali dengan keluarganya, tak banyak soal pasal kewangan, apa yang ada terima sahaja. Mungkin ada la kot perempuan macam tu kan?

– Menantu Mengira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *