Lari Dari Masalah…
First of all, thank you adik admin (if korang end up approve confession sy ni).
Dahulu sy juga punyai seorang kawan macam Bingung (rujuk pada post bertajuk 'Miskin'), kawan saya ni ada masalah dengan family (ayah kahwin dua, abaikan family dia dan dia tertekan sbb adik beradik dia pun ada yg problematic).
Dan disebabkan nak melupakan masalah family yg menyerabutkan tu, kawan saya ni mengaktifkan diri dengan menyertai kelab ABC dan pelbagai aktiviti dekat UIA. Tapi silapnya dekat situ, kawan saya ni terlalu fokus pada aktiviti kelab tu, hinggakan dia abaikan pelajaran dia. Assignment pun buat last minit (kadang-kadang tak berhantar walaupun due date dah tiba), kuiz pun kadang2 tak pergi.
Yang memburukkan keadaan, kawan sy tu ditimpa perasaan waktu tu (more to perasan sbnrnya, sbb lelaki yg dia suka tu macam anggap dia kawan-kawan je, minah tu je yg in denial ingat lelaki tu suka pada dia), lagi la kawan sy tu tak boleh nk fokus pada pelajaran. Dia lebih fokus pada aktiviti kelab sebab melalui aktiviti kelab dia boleh selalu luangkan masa dengan lelaki yg dia minat tu.
Waktu saya belum graduate, sy dengan beberapa kawan yg rapat dengan dia banyak kali cuba slow talk dengan dia. Cakap pada dia suruh kurangkan penglibatan dalam koku dan fokus pada pelajaran. Dan kalau ada masalah belajar, boleh jumpa kami dan kami boleh cuba bantu (kawan sy ni sekos dengan seorang member ni, jd member ni boleh tlg dia sbb dia orang banyak ambil subjek yang sama). Tapi usaha kami ibarat mencurahkan air ke daun keladi, sebab kawan saya tu masih lagi teruskan cara hidup dia ketara tunggang langgang itu.
Kadang-kadang dek kerana sibuk berprogram, kawan sy tu tak balik kampung waktu cuti semester. Walhal, kalau difikir dari dia menyumbang bakti pada sekolah-sekolah, baiklah dia balik kampung tolong mak dia jaga adik dia yang ramai dekat kampung. Atleast kurang sikit beban mak dia.
Sem demi sem berlalu, CGPA kawan saya makin teruk. Setiap sem mesti ada subjek yang dia gagal. Tapi dia masih lagi kekal dengan gaya hidup dia. Dia pun dah mula menjauhkan diri dari saya dengan kawan yang pernah rapat dia (agaknya dia tak mahu kami menyibuk hal dia, jadi dia pun berkawan dengan orang lain yang tak tahu kisah jerangkung dalam almari dia).
Lama-lama kawan saya tu makin hanyut. Sibuk dengan program. Sibuk dengan kawan yang suka keluar berjimba, makan-makan dekat tempat mahal (padahal kawan sy memang sah cukup duit sbb PTPTN dah block pinjaman dia sbb CGPA dia bwh paras minima). Waktu tu saya hanya mampu tengok dan doa dari jauh je, hrapnya segalanya tak terlambat untuk kawan saya ni. Dan tak lama lepas tu saya grad dan saya terputus hubungan dengan kawan saya tu.
Berita terakhir yg saya dengar, kawan saya sudah pun berhenti dari UIA. Buat apa dan dimana dia berada, wallahu'alam saya tak tahu. Cuma sy harap keadaan dia baik-baik sahaja sekarang ni.
Bila difikir-fikir, sayang betul kawan saya tu. Dia bukannya tak pandai. Orangnya cerdik je, sebab dia mampu je untuk dapat A/A- untuk certain subjek yang dia ambil. Tapi itulah, dek kerana dia tak boleh nak hadapi masalah dia dengan cara yang lebih baik, kesudahannya begitu. Kawan saya ni, pada orang luar yang tak kenal dia, memang orang nampak dia happy go lucky, macam langsung tak ada masalah. Dan mungkin sebab itu dia boleh cuba menipu orang luar (dan juga diri sendiri) yang dia dalam keadaaan okay. Padahal sebenarnya tak…
Jadi, pada adik-adik yang dekat luar sana, kalau korang ada masalah family, jangan cuba nak pendamkan sorang-sorang. Kongsi dengan kawan yg korang boleh percaya. Lepas tu jangan nk ikut sangat hati dan ego tak mahu admit kita ada masalah bila kita sememangnya ada masalah. Dan bila orang bagi nasihat, cubalah dengar dan maybe cuba untuk ikut. Orang bagi nasihat sebab sayang. Huhu. Jangan nanti bila dah terlewat, waktu tu baru nak rasa menyesal.
– Min
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/