Lelaki berkahwin lebih sweet talker

Aku nak share kisah aku..

1st time aku bercinta dengan kristian tapi dia da berkahwin. Mmg betul laki yg dah kawen nie sweet talker n lebih caring. Dia jaga aku elok sgt² smpai aku buat dia lupa wife n 2 org ank kat kg. Masa tu nafsu bergelora sgt nak kawen. Dia masuk islam & prepared utk kawen dgn aku. Time tu aku rasa cm da jumpa mr.right aku. Dia pun dah tukar ic dia kepada nama Islam dia.. Byk pengorbanan dia utk aku masa nak nikah. Tp kami sempat dihalang keluarga yg berkeras tak mahu terima dia. Lama² dia menghilangkan diri & sampai skrg tak dgr berita. Dah 7 taun kot.

Pastu 2 taun aku cuba ubat hati. Aku di duga lagi. Kali nie aku jumpa org yg x jujur. Kami dah jatuh cinta baru dia explain dia dah kawen. Yes, mmg laki dah kawen nie sweet talker & pandai amek hati. Aku pun tergoda lagi & jiwa aku tak kental. Serius, aku syg dia sgt²… Tp lama² aku sedar , yg aku cuma dipergunakan . Dia cari aku cuma bila dia sunyi & gaduh dgn wife dia. Dia gtau aku, dia nak cari pengganti & fed up dgn wife dia.. N mintak aku bg dia masa utk lepaskan dia. Ada haritu dia bergaduh teruk sampai maki wife dia..Byk masalah dia story kat aku especially sikap wife dia yg tah pape.Dia kata aku jauh lg better dr wife dia , n dia nak sgt hidup dgn aku. Biasa la bermacam lg ayat sedih dia bg aku simpati. So start dr rasa simpati, aku jadi benci bila dpt tau yg wife dia mengandung lagi. Aku jd dendam & tak boleh terima. Dia ckp nak kawen dgn aku tp dia mengandungkan wife dia lg cmne nak tgglkan wife dia tu…?
Sikit demi sikit perangai dia berubah & Allah tunjuk. Bergaduh dgn aku pun dah pandai maki² , tengking & campak barang. Tapi nasib baik tak naik tgn mcm mana dia buat kat wife diaaa dlu.
Dia kantoi dgn aku, diaaa ada affair dgn bini org. Aku tak faham dia cari apa. Masa aku tanya dia, dia cuma jawab utk ubat hati dia.. Lebih baik dia kwn dgn org yg tak boleh dia hidup sama².. means pompuan yg bini org tu even dia sama² syg, tak boleh buat ape.. Dia pun tak boleh nak ceraikan bini dia.. Especially dia anggota bdn beruniform yg tak boleh senang² cerai mcm tu je.. So aku terima semua tu sbg kifarah utk aku.. Dlu aku wat wife dia , sekarang aku rasa balik mcm mana wife dia rasa even wife dia taktau yg selama nie laki dia ada org lain. Baru aku tau mcm mana perasaan tu. Sakit gila wehhh..

Aku redha, aku tinggalkan semuanya. Aku delete semua pic & kenangan n aku janji yg aku takkan balik kat dia lagi. Aku takkan.. Walau apa pun jadi..

Alhamdulillah, aku secara tak sengaja berjumpa dgn tunang aku dan bulan depan kami akan berkahwin dgn restu keluarga. Bukan rampas hak org eh.. Ye aku tau kifarah tu ada , aku takut sgt dan aku doa yg dia bukan mcm laki² org sweet talker yg aku kenal dlu..
Dia lah laki terbaik yg berusaha bersungguh² demi aku.. Ye mmg dia tak berharta tapi akhlak dia baik..Dia boleh jaga aku dan bimbing aku sekali. Alhamdulillah aku syukur sgt…

Pesan aku pd semua perempuan di luar sana, jgn cpt perasan bila laki org meluahkan perasaan. Dia mmg akan burukkan wife konon ada masalah semua , konon nak cari pengganti, tapi sebenarnya tak. Dia hanya pandai berkata². Tapi sanggup tak korang tgk kehancuran rumah tangga org lain sebab kita? Ya Allah mintak di jauhkan.. Ye aku tau dlu aku silap, aku pernah salah pilih.. Tp aku jadikan semua tu pengajaran.

Utk lelaki, hargailah isteri korang. Dia lah teman susah sendang korang.. Dia yg lahirkan anak² korang.. Cubalah jadi suami yg setia .. Inshaa Allah..

-mrs to be

– ms. miss you

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *