Assalamualaikum W.B.T
Sejak kecik, aku dah jumpa lelaki takguna. Aku taktahu apa tugas bapak aku, tapi aku kesian tengok mak aku. Mak aku kerja untuk sara kitorang adik beradik.
Bapak aku dah la malas kerja, asal ada yang tak kena je pasti berterbangan barang kat rumah. Kengkadang, mak aku penat-penat balik kerja nak makan, disebabkan adik-adik aku bergaduh (biasalah budak-budak), bapak aku boleh terbalikkan meja. Terkulat-kulat kitorang tengok makanan berterabur.
Kalau takde duit, aku masak bubur. Petik kangkung belakang rumah. Goreng. Camgitu pun dah cukup enak dah.
Kiranya senang cakap, adik beradik aku ramai tapi kitorang takpernah pun rasa apa itu kasih sayang.
Aku yang sulung, maka aku kena jaga adik-adik aku.
Aku taksekolah pun masa kecik. Umur aku 11 tahun baru aku dan adik-adik dapat sekolah. Itupun, ada orang bantu. Dah la orang tu bantu kitorang sekolah, bapak aku boleh kejar orang tu dengan parang sebab dia minta duit bantuan, orang tu tak kasi.
sedihnya.
Perit jerih masa kecik, hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.
Sakit hati aku bila diingat semula.
Aku biarkan semua berlalu. Aku cuba untuk kuat. Keadaan buat aku jadi garang.
Aku berharap dan berdoa mak aku akan terus dapat masuk syurga sebab dia sangat baik dan sabar dengan perangai tak guna bapak aku.
Usia pun makin menginjak. Kawan-kawan aku dah kahwin semua. Masing-masing beria nak tunggu aku kahwin pula.
Aku bukan taknak kahwin, tapi aku takut aku akan dapat suami macam bapak aku.
Aku doa hari-hari.
Aku cari betul-betul.
Akhirnya aku pun berkahwin.
Mungkin Allah S.W.T terlalu sayangkan aku. Maka aku diuji lagi.
Suami aku bekerja.
Tapi sebulan lepas kahwin, aku dah nampak belang dia.
Duit sewa rumah aku yang bayar. Duit bil semua.
Hati aku dah start berperang masa ni.
kemudian kitorang dikurniakan anak.
Walaupun dia ada keluar duit sikit-sikit untuk beli keperluan anak, aku rasa sangat terkilan.
Aku kena minta duit kat dia baru dia bagi. Itupun kalau aku bernasib baik.
Kenapa aku perlu ingatkan bila itu tanggungjawab dia?
Aku mula jadi isteri yang tidak bersyukur. Aku tak dapat jadi baik macam mak aku.
Dah banyak kali aku fikir nak minta cerai. Kalau semua pun terletak kat bahu aku, buat apa aku ada suami?..
Aku tahu aku berdosa tapi taktertanggung lagi rasanya luka dalam hati ini.
Kami beli rumah, suami aku janji nak bayar sama-sama. Hampeh. Aku yang kena bayar semua. Dia pergi buat pinjaman peribadi sampai kena bayar beribu.
Aku cuba muhasabah diri.
Jadi aku suruh dia bayar bil elektrik dan air je.
Duit pengasuh aku bayar. Duit baju anak aku, banyak dari gaji aku. Duit klinik, dari gaji aku juga. Duit simpanan aku banyak luak sejak aku kahwin. Ada satu masa, duit simpanan aku berbaki 0.
Ya Allah, sedihnya.
Suami aku buat tak kisah je bila aku suruh dia berjimat.
Aku suruh dia simpan duit, rm50 sebulan pun jadilah. Pun dia buat taktahu.
Akhirnya bila nak baiki kereta rosak, hidupkan insuran guna duit aku. Duit simpanan aku.
Baru-baru ini bank cari dia sebab hutang kad kredit tak berbayar.
Kebetulan masa tu aku buat pinjaman nak suprise kat mak aku untuk baiki rumah. Tapi aku terpaksa bayar hutang kad kredit dia rm10k.
Aku paksa suami aku bayar bulan-bulan kat aku. Aku dah jadi macam orang yang tak malu. Asal gaji aku kena ingatkan dia supaya bayar. Kalau tak ingatkan, dia buat taktahu.
Masa ni hati aku betul-betul sakit. Aku dah mula buat perangai. Aku benci dengan semua lelaki. Dan aku dah rasa kenapa aku bodoh benar ni..?
Aku dah tak tahu apa yang tinggal dalam hati aku. Hati aku kosong.
Gaji suami aku lepas tolak pinjaman peribadi dia masih berbaki rm1k++. Dia cuma bayar bil elektrik dan api. Aku kira, dia boleh simpan banyak dari situ. Tapi dia boros. Dia sibuk beli talian internet bayar bil beratus. Kadangkala dalam 1 masa dia ada 2 line internet.
Seminggu selepas gaji duit dia dah habis.
Aku terpaksa bagi dia duit belanja pulak sampai dapat gaji.
Ada juga aku cakap, dah terbalik macam aku pulak suami bagi nafkah kat isteri.
Dia ketawa je.
Aku terfikir dalam hati, dia ni tak tahu malu ke?
Baru-baru ni aku ternampak bil elektrik.
Ada tunggakan rm500++ selama 3 bulan.
Aku dah taktahan. Hati aku sakit sangat. Sebelum tu, bil tertunggak jugak sampai dapat surat merah. Aku keluarkan duit simpanan aku untuk bayar semua bil yang tertunggak tu.
Aku rasa nak menjerit.
Aku nampak muka dia, aku jadi tertekan. Aku rasa aku dah takboleh bertahan lagi. Aku dah letih.
Sekarang aku mengandung lagi. Persiapan untuk baby, semua duit aku. Aku pernah pesan bagilah aku duit buat beli barang-barang baby. Satu sen pun aku tak dapat.
Aku takfahamla kenapa jadi macam ini.
Aku buntu.
Aku takboleh nak mengadu kat emak aku sebab aku taknak tambah beban mak aku dengan suami tak guna dia tu.
Tapi duduk serumah dengan suami aku, buat aku terus tertekan. Aku macam nak halau dia dari rumah ni.
Berdosakah aku?
– Makcik Penat
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit