Assalamualaikum semua. Saya Mama dan usia perkahwinan dengan Baba baru masuk 3 tahun. Mempunyai seorang cahayamata 1 tahun dan bakal melahirkan seorang lagi cahayamata.
Maafkan Mama kalau cerita Mama kurang difahami kerana Mama bukan lah pandai menulis.
Mungkin semua yang terjadi ini salah Mama sendiri. Mama sebelum ni duduk dengan ibu mentua. Dan ada masalah dengan mentua dan juga ipar duai. Lebih2 lagi selepas melahirkan anak pertama.
Ada issue sorok anak, issue tak bagi anak bergaul dengan sepupu. Macam2 lagi lah. Semua tu cerita lain yang Mama tak nak cerita details. Nanti makin panjang pula confession ni kan.
Ok. Perkahwinan Mama Baba atas dasar suka sama suka. Tapi kami kenal dalam keadaan fasa Mama rasa tak kahwin pun Mama tak kesah.
Lepas kahwin Mama mula rasa yang Baba mula berubah sedikit demi sedikit dengan menjadi diri dia yang sebenar. Dia mula endah tak endah dengan Mama.
Mama sangat jarang balik rumah mak Mama walaupun sebenar nya rumah mak Mama dekat je. Dalam 15 minit je boleh sampai. Alasan nanti tak ada siapa teman mentua.
Ada masa Mama balik je sendiri, Baba duduk rumah mak dia. Balik asing2. Itu pun menjadi issue bagi kakak ipar Mama. Kata nya nanti keluarga Mama pandang dia buruk memandangkan dia juga tinggal dekat dengan mentua.
Fasa Mama mengandung anak pertama, tak ada yang special pun layanan Baba dekat Mama. Mungkin dia anggap tak ada yang special pun isteri dia mengandung. Kami kerap bergaduh juga. Sehingga Mama contraction pun Baba buat tak tahu je.
Sampai la Mama menangis2 cakap dia tak kesah kan Mama yang mengandung tapi tetap juga dia salahkan Mama yang asyik nak marah je.
Selepas anak pertama lahir, Baba tak pernah berjaga malam. Dia hanya contribute sedikit sahaja dalam anak membesar. Mandikan anak. Ya hanya mandikan anak. Itu pun jarang2.
Dari segi kewangan pun Mama yang sentiasa keluar duit. Duit gaji Baba? Habis bayar komitmen dia dan kehendak dia.
Dalam pantang jangan cakap la. Setiap malam Mama menangis. Macam Mama cakap moment mengandung, berpantang, anak membesar tak ada pun moment special antara Mama dan Baba.
Tapi bagi keluarga Baba, Mama yang salah kerana hanya nampak kesalahan Baba. Sampai mereka pun masuk campur dengan rumahtangga kami.
Semua perkara hanya menambah luka dan seksa dijiwa Mama. Alhamdulillah Allah kurniakan anak yang sangat baik dan sentiasa menjadi penguat Mama.
Time goes by, Baba dapat kerja di tempat lain. Jadi kami berpindah. Soal ini pun keluarga Baba ada masuk campur suruh Mama pjj dulu dengan Baba awal2 ni sebab nanti Baba akan hidup susah jika Mama dan anak ikut.
Tapi Mama dan anak tetap ikut sebab Mama tekad nak keluar dari rumah mentua. Bila tinggal sendiri, a-z Mama kena buat sendiri. Baba? Hanya pergi kerja balik kerja. Ada masa Baba ada juga tolong Mama buat kerja rumah. Alhamdulillah.
Tapi makin hari Mama makin penat. Yelah hari2 buat semua sendiri ibarat hidup sendiri. Masa dengan suami tak ada. Hanya berdua dengan anak.
Baba juga sejenis yang bukan seorang pendengar yang baik. Apa2 Mama cerita dia akan dengar tapi sekadar dengar sebab terpaksa. Tapi bila dia luah perasaan Mama kena dengar dan respon tanda sokong perasaan dia.
Mama rasa perkahwinan ni, Mama suami dan dia isteri. Huhu
Anak tak sihat umi jaga, Mama tak sihat Baba langsung tak hirau. Baba tak sihat pun Mama jaga. Mama punya rekod kerja makin merosot.
tak lama kemudian Allah kurniakan rezeki anak kedua. Tapi layanan Baba masih sama. Tak ada yang special. Mama sakit la macam mana pun Baba masih tak kesah.
Mama pernah bleeding. Doktor nasihat untuk Mama rehat. Tak buat kerja berat tapi faham2 sendiri la. Tetap Mama kena buat semua benda.
Lagi2 bila keluarga Baba datang, Baba akan suruh Mama masak walau Mama cakap beli je sebab Mama tak boleh masak. Tetap Baba suruh Mama masak.
Adakah Mama tiada nilai dimata Baba? Mama sentiasa fikir kenapa umi alami semua ni. Apa lagi Mama perlu buat untuk ubah semua ni. Kadang2 Mama rasa nak pjj tapi kadang2 nak bercerai. Entah la. Semua benda jadi semakin tak kena.
Makin lama hubungan kami pun semakin pudar. Hanya usaha dari sebelah pihak je. Adakah Mama yang salah? Hanya nampak kesalahan Baba? Tak nampak kekurangan diri? Adakah itu penyebab hubungan kami hambar dan love spark kami makin padam?
– Mama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Usia perkahwinan masih ‘muda’, tp sejak awl dah bnyak ujian dlm r/tangga.. bincang lah elok2 dgn Baba tu, ke mana ‘halatuju’ awk berdua selepas ni.. klaw mmg dia nk ‘lepas tgn’ je, baik lepaskn awk dgn cara baik.. lps ni ank mngkin akn bertambah ramai, msalah makin akn bertambah ‘rumit’ klaw dia x berubah, malah jd lbh teruk.. famili dia plak sering ‘masuk campur’, so bertambah ‘parah’ la jdnya nt.. awak pon kna ‘solat istiqorah’, mohon petunjuk Allah, adakah msih perlu ‘bertahan’ atau sebaliknya.. dlm keadaan yg ‘buntu’ begini, hanya Allah tempat mngadu dan memohon ‘penyelesaian’ yg terbaik.. semoga Allah sentiasa melindungi awk n zuriat awk dgn baik.. aamiin YRA
Jangan letakkan kebahagian kita di tangan orang lain. Urus masa, cari hobi yang u suka. Bab anak pulak kalau dah suami memang malas, u stop dulu dengan 2 orang anak. Besarkan mereka dengan bersungguh2. Insyaallah di sebalik ujian pasti akan ada nikmat di kemudian hari. Yakin!
Bab keluarga mertua, belajar untuk let go apa shj yang mereka cakap atau buat. Kalau mereka berkata buruk, hidup u sama je. Takde yang kurang. Gaji u tetap sama. Main point kat sini, u kena cari bahagia. Berhenti salahkan orang lain.
Macam i kan, i memang tak berapa ngam dengan keluarga mertua. I nak buat apa2, i buat je. Kalau dieorang tak suka, suka hati dieorang sebab i tak menyusahkan mereka. Susah senang i dengan husb memang tanggung sendiri. So ape je yang dieorang cakap i dont care.
Husb i dulu pon kurang concern dengan i. Everything i kena buat sendiri. Mula2 penat dan sedih. Tapi lama2 i fikir, nothing i can do untuk ubah my husb. I ada 3 anak untuk difikirkan, so i have no time untuk ubah husb. Pandai2 dia fikir sendiri hidup dia.
I do my best untuk anak2. Bila penat, i shoping sorang2. I mingle dengan kawan2 yg senasib dengan i. Lama2 husb i perasan je, i macam tak berapa concern pasal dia. Pandai pulak dia tarik perhatian i. Senang cakap, sekarang dia pulak terhegeh2 dengan i. Mungkin kalau kita terlalu terhegeh2 dengan suami dia kurang rasa cabaran. Dah memiliki kan, nak kejar apa lagi.
Bab suami u, as long as dia bertanggungjawab, penuhi nafkah wajib u just hold with him. Dah ada anak 2, kalau bercerai kesian kat anak2. Kita tak bahagia sebab kita terlalu harap suami membahagiakan kita. Salah. Kita kena cari sendiri bahagia. Banyak jalan lain. Happy mom happy family.