Luahan Kehidupan

Aku ada luahan yang agak lama aku pendam.

Setahun yang lepas, ayah telah kembali ke rahmatullah, dan aku telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang mencari kerja di negeri kelahiran untuk dekat dengan ibu.

Aku sudah berkahwin, dan disebabkan aku pindah kerja, aku terpaksa LDR dengan isteri di Penang.

Satu hari aku akan travel pegi dan balik kerja sejauh 200km in total dan mengambil masa 1 jam 45 minit perjalanan pergi dan balik hari hari.

Aku cuma kadang kadang geram dan marah dengan sikap ibu. Sampai satu masa aku sangat stress dan benci akan kelibat beliau.

Aku faham dia perlukan semangat setelah kehilangan ayah, tetapi dia tidak mencuba untuk memudahkan kerja orang lain, dan tidak mahu berkerjasama dengan anak beranak.

Adik beradik cuba sebaik mungkin untuk buat yang terbaik untuk dia, seperti mengajak duduk di rumah kami, tepi dia degil dan keras kepala.

Ibu juga suka untuk play victim dan guilt trip anak anak. Aku tahu tidak patut berasa begitu tapi aku akan kongsikan beberapa situasi yang berlaku.

1) Ibu selalu cuba untuk mengawal akan kehidupan keluarga kecil aku dan isteri.

Akan bising bila aku bila keluar masa weekend untuk spend time dengan isteri aku di luar untuk jalan jalan atau shopping.

Untuk aku, setelah bekerja 5 hari, aku juga ingin berehat dan buat apa yang aku nak buat. Aku juga ada isteri yang perlu aku jaga.

Seolah olah, bila aku dah duduk di rumah ibu, aku kena patuh segala undang undang dia, dan kena abadikan hidup aku untuk dia.

Sedangkan aku boleh je untuk sewa rumah/ beli rumah sendiri, aku cuma ada rasa IHSAN je untuk ibu, thats why aku duduk situ dan berulang alik untuk teman dia.

2) Apabila contoh aku nak jalan ke KL or Cameron Highland or pergi kenduri kahwin or so on, ibu akan guilt trip,

“Sampai lah hati nak tinggalkan ibu sorang”/ “pergilah kenduri kahwin tu kalau itu lebih penting dari ibu sendiri”/” pergilah kalau tak kesian bla bla bla”. For me it such a toxic behavior.

Bukan aku tak sayang ibu, tapi beliau takde sikap untuk memahami, instead ibu tuduh aku selfish sebab nak pergi jauh jauh.

Sejak kecil aku sentiasa dahulukan ibu, aku tak lepak dengan kawan masa zaman University bila cuti sem sebab ibu akan ada list of things to do aku kena buat semasa weekend.

Hampir setiap minggu ibu akan suruh aku balik untuk tolong beliau itu dan ini seperti kemas rumah, gardening, belikan barangan.

Aku cuma akur dan buat sahaja, ada juga aku memberontak aku taknak balik sebab aku penat.

Jangan salah faham, bukan aku tak ikhlas, tapi ibu juga kena faham, semasa weekday aku bekera/ belajar jadi hanya weekend lah untuk aku rehat dan buat apa yang aku mahukan.

Aku dah abadikan diri aku untuk ibu separuh hidup aku.

Agaknya disebabkan aku sentiasa ada untuk ibu, dia rasa entittled sampai sekarang untuk aku sentiasa ada untuk dia.

Tapi Alhamdulillah, mungkin disebabkan itu, rezeki aku untuk dapat kerja/naik gaji sangat sangat senang.

Tapi sampai bila? dan bagaimana untuk dia faham akan sifat toxic tersebut lebih buat anak anak jauh dengan beliau.

3) Kami adik beradik pernah ajak beliau untuk duduk di rumah, kerana Ibu belum boleh duduk seorang. Beliau akan sedih sedih teringat ayah bila rumah itu sunyi.

Tetapi ibu selalu tolak pelawaan kami, ibu complain akan rumah kami.

Itu takde, ini takde, ada haiwan peliharaan lah, rumah tak cukup ventilation lah, rumah apartment tinggi lah, taknak rasa terkurung lah.

Makan hati sudah tentu, aku rasa Ibu lebih patut rasa bersyukur dan cuba adapt dengan kekurangan kami. Betul kami tak dapat provide macam macam, tapi kami ada untuk Ibu.

Tolong lah, tolong kami, untuk kami tolong ibu. 

4) Ibu selalu cakap kalau buat keputusan, jangan libatkan dia.

Buat untuk kebaikan diri sendiri. Betul, tetapi takkan lah kami buat keputusan tidak memikirkan ibu kami.

For sure aku resign kerja semua sebab untuk dekat dengan dia. Dia lebih kepada “malu tapi mahu” anak anak dekat dengan dia.

Bagi aku cukup lah sekadar aku lebih dekat dengan dia mungkin di negeri sama tapi di daera berlainan, ini tidak, kalau boleh dia mahu aku duduk berjiran dengan dia sambil sharing pintu pagar.

Aku kasihan juga kepada isteri, mungkin dia tidak selesa untuk sebumbung di rumah.

Mental health dia juga aku kena jaga. 

5) Play victim and manipulative.

Ibu selalu trigger kemarahan dan mula play vicitim and manipulate orang lain. Ibu akan cakap “tak baik marah ibu blablbabla” walhal dia yang akan mulakan sesuatu yang tidak menyenangkan kami.

Pernah satu hari dia buat kami marah, and just throw a “im your mom, u cant be mad at me” card. Takkan kami nak marah tiba tiba kalau tiada apa yang trigger.

Bila sudah sakitkan hati orang, dia akan “oh ibu gurau jela”. Itu jelah damage control yang dia boleh buat.

6) Mental aku penat. Aku tak tahu jika ibu pergi suatu hari nanti aku akan rasa lega atau aku sedih.

Itulah serba sedikit tentang aku yang mempunyai ibu yang manipulative, toxic, sentiasa banyak alasan, no common sense, fails to respect boundaries, lack of empathy, hard to cooperate, feels entitle like the world revolve around her and ungrateful sometimes.

Aku pon bukanlah anak yang perfect, tetapi aku sentiasa mencuba untuk beri yang terbaik.

Terima kasih.

– Anak Yang Mencuba (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *